Resepi

Resepi Kari Ikan Keli

10:41 AM

Morning, padahal mama nak update benda lain tapi ayat tak mari2 la pulak.. hahaha biasa la tu banyak dah draft tunggu takder idea mama publish.. ngeee.. Ok ni mama nak bagi resepi kari ikan keli.. padahal mama teringin ikan sembilang.. dah duduk di celah beranang ni mana nak jumpa ikan sembilang.. habaq mai... tak jumpa lah.. maybe kalo jumpa pun dekat pasar pagi.. hekk bangun pun lambat pagi celah mana nak jumpa ikan sembilang kannn.. hahahha.. 

So, mama beli jer ikan keli.. serupa bentuk ikan sembilang sudah.. hohoho.. mama ni takder la terror nak buat kari ni.. sebab kadang2 tak pecah minyak la rempah terlebih la.. kekeke orang tua cakap tak reti masak boleh jer belajar.. so call tok nak letak apa masa tumis bawang.. kahkahkah.. tok cakap halba dengan biji sawi jer kalo nak buat kari ikan.. kalo bunga lawang ka apa ka tu untuk kari ayam.. ok tok.. nasib ada rempah2 tu semua.. Zasss mama buat dan sedap pulak kari tu.. en papa puji sedap dia cakap.. rasa semua serba lengkap lah dalam kari tu.. ker mama masak dalam kuali ikea tu menyebabkan sedap.. :p dah la jom tengok bahan-bahan buat kari atau gulai ikan keli.. 

Bahan-bahan :-
* 4 ekor ikan keli dikerat 2
* 4 biji bawang merah 
* 3 ulas bawang putih
* Sedikit halba
* Sedikit biji sawi
* 4 sudu besar serbuk kari ikan
* 2 batang daun kari
* 1 mangkuk santan
* 1/2 mangkuk air asam jawa
* 8 batang kacang bendi

Cara-caranya :-

- Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih, halba, biji sawi dan daun kari sehingga kekuningan dan naik wangi

- Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak sehingga kari pecah minyak. 

- Selepas itu masukkan santan, jika pekat tambah sedikit air & air asam jawa. Kemudian masukkan kacang bendi masak sehingga bendi lembut. Jangan lupa masukkan garam serta perasa.

- Akhir sekali masukkan ikan keli dan masak ikan sehingga masak. Biarkan mendidih seketika dan siap kari ikan keli. 

Kari Ikan Keli

Selamat Mencuba...


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook