Resepi

Resepi Masak Lemak Petola

4:58 PM

Ok kembali dengan resepi masak memasak Mama Jue.. macam biasa kalo tekak nak makan baru masak.. setiap hari nak masak mesti belek buku resepi.. dah teruk nau ni.. hahahah.. tanya en papa masak la apa pun kadang2 dia bagi menu lagilah tekak mama tak kenan.. biasalah mak buyung memang gini tekak nak makan benda yang kita nak jer.. bukan leh sebat makan sesuka hati.. Hampir 3 bulan tak makan ikan.. en papa naik heran ma dah tak nak makan ikan ker?? Bukan ma hantu ikan.. hahahha korang tengok tak makan ikan pun jadi 1 issue tau.. cisss tekak tak lalu jangan dipaksa.. 

So hari ni mama bikin masak lemak petola.. kalo tak masak lemak mama buat masak sup jer.. tapi malas nak beli cili merah mama bedal buat masak lemak ni.. sedap jugak.. Qeram makan bertambah tau.. seronok tengok dia makan.. terus dia lupa nak minum susu.. hehehheh.. Jom la tengok bahan-bahan dan cara-caranya.. 

Bahan-bahan :-
* 1 biji petola
* 1 batang lobak merah
* 1 sudu besar udang kering
* 1 kotak kecil santan 
* 1 cawan air
* 3 ulas bawang putih
* 3 biji bawang merah
* 1 biji cili merah

Cara-caranya :-

- Petola dibuang kulit dan dihiris nipis dan lobak merah dipotong memanjang.

- Panaskan kuali dan panaskan minyak. Masukkan bawang putih, bawang merah dan udang kering. Tumiskan hingga naik wangi serta bawang lembut. 

- Kemudian masukkan air, masukkan lobak merah dan cili merah masak sehingga lembut. Kemudian masukkan santan kotak dan petola. Masak sehingga mendidih agar petola lembut.

- Perasakan dengan garam dan pak aji. Diingatkan masak lemak harus dikacau sentiasa dengan api yang kecil.

Selamat mencuba

Love,
/>

You Might Also Like

5 Comments

  1. fae x berapa suka mkn sayur petola hehehe

    ReplyDelete
  2. cantik plak kalernye jue...hijau merah gituuu...

    peberet anak2 akak ni, wajib gak buat .....letak suhun ...bertambah2 dieor makan woooo

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sis.
    Waaa ni sayur fav saye ni hehehe mak sllu masak. Cicah plak dgn sambal belacan lembik2. nyum nyummmmm

    ReplyDelete
  4. tetiba teringat kat kampung . adush sedapnya

    ReplyDelete

Like us on Facebook