Resepi

Resepi Mee Sanggul Goreng

2:16 PM

Salam semua.. Lambat bersiaran hari ni.. Pagi2 dah gelut masak kununnya petang nak duduk depan pc jer.. hahaha.. kalo landing atas katil mau lena sepasal.. baik mama terconggok depan pc ni sambil blogwalking + fb kan.. hahaha.. Orite korang pernah makan mee sanggul?? Kat belah sini mama tak sure jual kat mana macam susah skit.. dan mee sanggul kat sini memang bentuk sanggul gulung gitu.. Ni pun mama ma dari kampung bawak mai KL bagi.. Memang mee sanggul ni keluaran tempatan lah.. kalo mee sanggul yang jual di sini mama no komen.. heheheh.. 

Mama sendiri masak mee sanggul ni dah banyak kali.. kekadang fail kekadang jadi.. kalo tak jadi memang tak sedap.. selalu goreng jer lah.. buat sup sup macam tak pernah dengar lagi.. Ok lah jom tengok mama buat mee sanggul goreng cara mama.. maybe cara orang lain berbeza bukan..

Ni lah Mee sanggul desa.. bawak mai dari kedah tauu.. 

Bahan-bahannya :-
* Sebungkus mee sanggul - rendam dalam 10 minit sampai lembut sedikit
* Cili kisar
* Udang
* Kicap cair
* Bawang putih
* Sayur sawi

Cara-caranya :-

- Tumiskan bawang putih sehingga keperangan dan naik wangi.

- Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Setelah itu, masukkan udang masak seketika. Jika pekat tambah sedikit air. *korang agak la cili kisar banyak mana yaa.. kang korang terlajak letak mama tak berani tanggungjawab.. hahahah

- Kemudian masukkan kicap kacau lagi dan perasakan dengan garam serta pak aji.

- Setelah itu, masukkan mee sanggul dan kacau sehingga rata. Last sekali masukkan sayur sawi gaul sehingga sebati. Siap...

Mee Sanggul Goreng

Love,
/>

You Might Also Like

5 Comments

  1. Kalau tak bagitahu itu mee sanggul goreng, mesti mak kata kuey teow halus...:)

    ReplyDelete
  2. igtkan sanggul mee dah td dlm kuali..hikhik

    ReplyDelete
  3. oooo mee ni dipanggil mee sanggul...selalu jumpa tapi x pernah beli...

    ReplyDelete

Like us on Facebook