Food Review

Buffet Ramadhan Di Laman Kayangan, Shah Alam

9:00 AM

Alhamdulillah Jumaat lepas mama dapat jemputan untuk satu Majlis Prebiu Buffet Ramadhan di Laman Kayangan, Shah Alam. Terima kasih tak terhingga kepada pihak Segi Seri Sdn Bhd sebab menjemput mama. Hampir sebulan lagi kita akan mula berpuasa bukan. So, mesti dalam bulan Ramadhan akan ada berbuka di luar. Selain berbuka di luar dapat juga kita mengeratkan silaturrahim sesama keluarga serta kawan-kawan. Meh mama nak kongsi buffet Ramadhan di Laman Kayangan, Shah Alam yang berkonsepkan hidangan dari Asia Tenggara

Pada malam tersebut, mama berpeluang dan merasai sendiri kelazatan juadah-juadah Ramadhan dari Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei, Vietnam dan negara kita Malaysia. Pelbagai makanan yang dihidangkan di sini dan keenakan juadah yang terdapat di Laman Kayangan sukar ditandingi dengan kualiti dan keaslian rasa yang pasti memikat hati. Bagi mama kesemua makanan yang dihidangankan sangat lah sedap dan mama berpuas hati!!!

Perlancaran disempurnakan oleh Tuan Haji Azhar Bin Baharin, Pengarah Urusan Segi Seri Sdn Bhd

Antara menu utama disini adalah kambing panggang yang dihidangkan dengan tiga sos istimewa dan menjadi tumpuan setiap kali berbuka puasa. Memandangkan mama datang lambat pada petang tersebut, so mama tak dapat berpeluang makan kambing panggang. InsyaAllah nanti bulan puasa mama mesti datang untuk merasai kambing panggang yang sedap tu. Untuk pengetahuan korang, dekorasi setiap gerai yang terdapat disini juga bertemakan negara-negara yang diwakili. Jom kita tengok makanan yang dihidangkan disini.

Pelbagai lauk yang sedap dihidangkan.

Tak lalu makan nasi jangan risau Mee kari pun ada.. 

Segala ulam, ikan masin , telur masin juga ada uolls.. 

Ini pecal & gado-gado.. memang sangat-sangat mabeles.. 

Ini hidangan bakso yang mengancam.. dengan sup berempah bakso ni membuatkan makan tak pandang kiri kanan..

Pelbagai jenis air dari sejuk, panas, ais kacang semua dihidangkan.. Korang boleh minum ikut pilihan masing-masing yer..

Ini hidangan dari wakil Singapura

Korang patut cuba nasi bukhara ni.. sedap sangat..

Lauk pauk lagi.. memang tak termakan nih.. 

Pelbagai buah-buahan untuk pencuci mulut 

Kek dan kuih muih 

Lagi dessert dihidangkan.

Menarik kan?? Pada malam tersebut, tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan alunan muzik ghazal yang merdu dan segar di halwa telinga korang. Dan tak lupa juga majlis prebiu dimeriahkan dengan kehadiran pengacara dan pelawak terkenal tanahair, Jihan Musa serta suaminya Ungku Haris.

Selfie bersama Jihan Musa. 

Selain itu, di Laman Kayangan juga menyediakan surau untuk menunaikan solat, parking kereta percuma, kaunter zakat serta tempat makan di Laman Kayangan yang berhawa dingin. Mesti korang nak tahu harga untuk buffet ini bukan?? Harga disini tersangatlah murah dan berbaloi dengan pelbagai juadah yang dihidangkan. Korang boleh makan sampai kenyang.. 

HARGA BUFFET RAMADHAN 

Dewasa : RM59.00
Kanak-kanak / Warga Emas : RM35.00

EARLY BIRD PROMOTION *book until 15 May 2016
RM39.90 (Dewasa)

Apa lagi korang cepat-cepat buat tempahan sebelum harga asal yer.. 

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh terus hubungi detail dibawah :-

LAMAN KAYANGAN 
Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor
Seksyen 7, Shah Alam 
Selangor Darul Ehsan

Telefon : 
013-435 7935 / 017-556 3711 / 017-218 1875 / 012-699 6634 / 011-1878 4681
(Puan Nor Iliana (Nana) | 019-311 7443 / 03-3359 0561

Email : info@segiseri.com

 Website |Facebook | Instagram 

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook