Drama

Dia Semanis Honey

9:21 AM

Assalamualaikum lamanya mama tak update blog.. Sorry semua kesihatan mama agak kurang memuaskan.. Since balik dari Melaka mama dah start sakit kepala, kemudian mama dah sakit tekak dan sekarang batuk berleluasa memang kong kang abis batuk ni.. Masuk 2nd trimester duk badan tak berapa nak sihat pulak.. sampai terpaksa mama ambik ubat kalo boleh mama tak nak makan ubat2 ni.. Dah nak tido pun tak boleh terpaksa la ambik ubat.. Jangan tak tahu bawah mata mama dah ada eye bags, mata tak larat angkat macam mata ikan pirana jer ni.. uhuk... 

Last week lagi mama dah terpengaruh citer terbaru ni.. Gandingan pelakon Alif Satar dengan Siti Nordiana.. erkk best ker.. memang best la.. kalo tak best mama tak gedik2 g beli novel siap marathon baca kasi abis buang.. heheheh jenis tak sabar nak tunggu citer kat tv abis.. First tengok Nana berlakon macam agak kaku tapi lama kelamaan dah tak ada tau.. Maybe watak Alif Satar membuatkan wanita semua tersenyum jer.. muahahah.. itu mama ngeeee.. wehh sweet giler kot Alif yang berlakon watak Ahnaf tu dia cakap "come on are u serius how sweet" hahahah comel sangat dengan dia pandai berlakon dan asyik senyum2 gatal gitu.. kekekek.. Yang pasti mama abis dah marathon baca novel.. sekarang hanya tunggu drama kat tv jer.. ehh drama kat online jer.. kat umah mama dah takder asterok!!.. kahkahkah.... Dah jom baca sinopsis citer ni..

Baca novel lagi pantas tau.. 1 hari setengah jer khatam.. ngeeee

SINOPSIS DIA SEMANIS HONEY 

Bagi Hani, pertunangan ni tak sepatutnya berlaku. Bagi Ahnaf pula, pertunangan ini diterima hanya kerana taatnya seorang anak. Perbalahan semi perbalahan akhirnya membibitkan cinta. Tetapi saat diri sudah bersedia untuk bergelar suami, muncul pula Ariana menghancurkan segala impiannya untuk hidup bersama Hani. Hani ditinggalkan. 

Tiga tahun berlalu, Ahnaf kembali setelah sekian lama menyepi. Kembalinya lelaki itu saat Hani punya Adam di sisi, dan kehadiran Bella di sisi Ahnaf mengukuhkan lagi tembok pemisah antara mereka. 

Adakah perkataan ‘sahabat’ itu hanya dibibir saja, sedangkan hati berbisik mengimpikan sesuatu yang lebih dari sekadar sahabat. Akan bersatu semula dua hati yang masih memendam cinta di hati masing-masing, atau pertemuan ini hanya akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi? Adakah pertemuan sekali lagi ini akan mencipta sekali lagi perpisahan? Atau akan menjadi titik penyatuan dua hati untuk selama-lamanya?

Okey kalo korang yang takder asterok macam mama ni, korang leh tonton online di Movie Info Dia Semanis Honey.. Mama memang suka tengok kat sini yang pasti takder iklan.. ngeeee.. Selamat menonton korang kot2 angau macam mama dah ni.. 


Love,
/>

You Might Also Like

7 Comments

  1. Morning...
    Nieyl dari episod 1 lagi dah jatuh kedebok² dgn drama nie..
    serius watak alif mmg super best..super cair laaa...huhu

    ReplyDelete
  2. Nani tak terbeli novel nya, tak apa lah layan dekat tv aje :)

    ReplyDelete
  3. serius kan Alif Satar bawak watak Ahnaf tu cheeky sangattt.. haha.. especially episod awal2 tu memang cheeky... hihihi..

    ReplyDelete
  4. tak sempat nak layan drama la jue .. sobs!

    ReplyDelete
  5. Hahaha....serius cik.akak pun minat drama nie...ulang tayang je kat astro..tak sempat nonton kat belah mlm..cik akak pergi lah rakam..hahaha....sadis betul kan mama..penangan alif satar nie..giler sweet bila dia senyum..alamak..cair hati cik.akak tengok.senyuman dia..haha..nuffnang tu tetap gitu lah..setia gitu je..

    ReplyDelete
  6. ARz on off ja tgk tv... Kadang seminggu tak tgk tv... Ada juga tgk drama ni

    ReplyDelete
  7. Yang ni laki mek slalu layan. Dia cakap sbb ade siti nordiana je. tapi mek pn terjebak same. mek suka gaya ahnaf yang cool tu. sesuai plak dia dua org tu :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook