Resepi

Resepi Pajeri Nenas

10:14 AM

Apaa mama buat pajeri nenas?? Silalah gelak sebabnya ini pestime mama masak pajeri nenas guna nenas sebiji yang belum dikupas.. perghh memang hebat la sangat kan.. hahahaha.. Sebenarnya mama tak reti kupas nenas.. yes.. tak reti sebab susah giler.. dengan pisau pulak tak tajam macam pak pandir kan.. Ini mengidam punya pasal la mama pulun buat.. kalo tidak beli hat dalam tin jer lah.. tapi memang tak sedap dari yang sebiji macam ni tau.. 

Biasalah kalo nak merap mama kat kampung kena balik kampung tapi bila nak balik ntah la pulak.. mama try buat sendiri.. gagah tau kupas buah nenas ni.. Malu aku dengan bro Hazman.. Dia kan tokey Bob Nenas.. orang laki kupas lagi cantik dari perempuan kupas.. heheheh.. Dah lama nak makan nenas ni tapi kan orang kata tajam.. So aku hold dulu nak makan.. Mama cakap alaa nenas yang masak buat kuah macam ni boleh jer.. So apa lagi bikin pajeri nenas la khenn... 

Sebiji RM4 gagah cari sampai Semenyih.. heheheh.. macam nak buat lagi jer.. next time nak cari hat dah kuning2 mesti rasa juice nenas tu lagi keluar kannnn.. 

Sesampai umah terus mama kupas buah nenas ni.. ada 2 pisau tau.. 1 hat besar dan 1 hat kecik.. tajam tu tak tajam aku tak berani guna tajam sangat kang tersiat jari sendiri padan muka.. ngeeee.. T___T Dekat setengah jam jugaklah kesahkan buah nenas ni oiihhh.. bahu lengan jemari tangan semua lenguh.. aduiii punyalah nak makan mak buyung ni.. Nasib comel jer kalo jadi buah ciku tak ker haruuu.. abis kesah nenas kesahkan bahan2 tumis pulak.. hat tu takper cepat jer buat.. zassss....

Tadaaaa cun tak.. nampak hijau2 tu mama dah fade up nak bagi licin.. giler penat!!!

Korang nak resepi ker untuk pajeri nenas ni.. ok ni cara mama ma kat kampung.. ehhh walau tak pandai masak kita kena call mama tanya.. wassap jer lah kan.. Jom tengok bahan-bahan dan cara-caranya... Mudah jer uolls.. 

Bahan-bahan :-
* Nenas
* 2 ulas Bawang putih
* 2 biji Bawang merah 
* 1 inchi halia
* 2 kuntum bunga lawang 
* 1 batang kulit kayu manis
* 5 sudu besar serbuk kari daging
* 2 sudu besar kerisik
* Semangkuk santan
* garam & gula

Cara-caranya :-

- Tumis bawang putih, bawang merah, halia, bunga lawang & kulit kayu manis hingga wangi dan sedikit kekuningan.

- Kemudian, bancuh serbuk kari daging dengan air sehingga pekat dan tumis serbuk kari sehingga pecah minyak.

- Masukkan sedikit air, kemudian masukkan santan. kacau sehingga kari & santan terlarut. Masukkan nenas dan masak sehingga nenas empuk. 

- Kemudian masukkan kerisik, gula serta garam. Dan masak lagi sehingga pecah minyak atau agak pekat.. Ikut citarasa masing2 nak pekat mana.. macam mama suka tak cair tak pekat sangat.. hehehhe

Pajeri Nenas makan dengan Ikan kembung goreng perghhh 3x tambah pun boleh tauuuu

Selamat Mencuba...


Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. Bab masak mek memang fail. Tambah pulak spouse jenis yang xmnyokong sangat untuk masak. tp xpe, ni kita jadikan rujukan :)

    ReplyDelete

Like us on Facebook