Review

Review | MyFir Wellness - Spa Sauna Mencegah Penyakit -

3:06 PM

Korang pernah dengar tak mengenai sauna FIR yang dapat mencegah penyakit yang berbahaya seperti breast cancer, penyakit kulit serta lain-lain lagi? Selain itu, sauna FIR ini juga boleh mengurangkan toksin dan membakar lemak dengan mudah. Nak tahu apa tentang MyFir Wellness ni meh ni mama kongsikan dengan korang.

Pada 30 April yang lepas, mama diundang oleh pihak MyFir Wellness untuk mencuba sendiri pengalaman sauna FIR ini tapi mama kan pregnant so mama just buat foot treatment sahaja. Mana tahu lepas bersalin nanti boleh mama cuba FIR Sauna Treatment ni kan. 


FIR adalah gelombang tenaga yang mampu menembusi jauh ke dalam kulit badan kita dan ia akan perlahan-lahan meningkatkan suhu permukaan badan serta dapat mengaktifkan fungsi badan utama. FIR juga memperluaskan kapilari yang merangsang peningkatan aliran darah, peredaran darah dan oksigen. Kiranya dalam erti kata yang lain sauna ni merehatkan badan kita sambil berdetox dengan cara yang mudah.

Dalam spa sauna MyFir Wellness.

Mama teruja betul dengan lampu garam kristal himalaya ni sebabnya banyak kebaikkan seperti menyedut ion negatif dan menyerap bau di dalam rumah serta boleh dijadikan lampu hiasan. Harga sangat murah berbanding di pasaran luar yer uolls.. 

Meh la mama citer skit pasal FIR Sauna Treatment ni. Heheh walaupun mama tak masuk ke dalam kabin yang dibuat daripada kayu khas ini bertujuan :
  • membaiki keanjalan dan tona kulit
  • menyingkirkan lemak
  • menyah toksin dalam badan 
  • menjadikan kulit lebih sihat dan muda
  • meningkatkan kadar metabolisma dan tenaga
  • meningkatkan ketahanan badan
  • melancarkan peredaran darah
  • membuatkan agar seseorang dapat tidur lebih lena
FIR Sauna kabin yang besar. Ini boleh memuatkan 2 orang setiap sessi

Ini pula boleh memuatkan seorang saja. 

Untuk pengetahuan korang, setiap sessi FIR Treatment ini mengambil masa selama 30 minit dengan suhu sehingga 50'c. Bagi yang mencuba FIR treatment di dalam kabin ini akan diiringi muzik dan penerangan yang detail dari MyFir Wellness. Dalam tempoh sesi ini badan korang akan berpeluh, jadi dinasihatkan sentiasa mengelap selalu agar tidak diserap semula ke dalam kulit. Alahai bestnya.. 

FIR Body wrapping atau FIR Slimming Blanket 

FIR Body Wrapping atau FIR Slimming Blanket digunakan untuk keadaan seperti menghilangkan inci badan, mengurangkan berat badan, mengurangkan kesakitan, kulit yang lebih baik dan mengurangkan selulit dengan menggunakan tenaga infared agar dapat menembusi tisu badan sehingga dalam.

Foot Sauna Ergonoplus

Pada hari tersebut, mama hanya dapat perkhidmatan Foot Sauna Ergonoplus sahaja. Mama kan tengah pregnant so ini jer yang mama boleh mencuba sauna di MyFir Wellness. Foot Sauna Ergonoplus ini dapat menyegarkan kaki dengan haba dari sauna yang diperbuat daripada kayu khas. Sauna ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dengan suhu sehingga 55'c selama 30 minit.

Baru sekali penggunaan mama dah rasa kaki kurang kebas tau.. rasa segar jer kaki lepas bersauna dalam ni. malam tu pun mama tidur dengan lebih senang.. selalunya pusing kanan kiri belum tentu dapat tidur tau.. memang terbaik la sauna di sini.

Korang kalau dah cuba FIR sauna di MyFir Wellness ni memang akan rasa kelainannya tau.. Tak percaya korang kena cuba sendiri. Mama lepas bersalin nak cuba untuk Fir Sauna Treatment. Jadi, korang yang mempunyai penyakit seperti sakit lutut, sengal badan, lemak berlebihan, toksin banyak, susah hendak tidur atau penyakit yang lain seperti breast cancer, eczema dan lain-lain boleh lah cuba bersauna di MyFir Wellness ni. 

Di MyFir Wellness ini juga menjual blanket slimming dan boleh korang bersauna di rumah. Jadi, korang boleh membuat pelaburan untuk seisi keluarga anda. Untuk harga slimming blanket korang boleh tanya dengan pihak MyFir Wellness ya.  Harga sekali percubaan murah ajer uolls RM19.90 jer. Selain itu, kalau korang hendak pakej yang menjimatkan boleh pilih pakej dibawah ini.

30 sesi - RM798.00
10 sesi - RM349.00

Untuk sebarang pertanyaan dan booking boleh tengok detail dibawah :-

MYFIR WELLNESS

PG-11, Tropics Shopping Centre (Komplek Prima)
No 15, Jalan PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Hotline :
03-7733 4613 / 012-254 2997 / 017-227 2007


Facebook : 

Opening Hour
Mon - Thursday (11 am - 7 pm)
Saturday (11 am - 5 pm)
(Closed on Fridays, Sundays & Public Holidays)


Love,
/>

You Might Also Like

2 Comments

  1. murah weeiiii. Kalau dekat dah serbu ni. Mane nak dapat harga RM20!

    ReplyDelete

Like us on Facebook