Event

Sambutan Hari Ibu Di Mamee Jonker House, Melaka

8:52 AM

Tahun ni mama sangat teruja kerana mama berkesempatan menyambut sambutan hari ibu dengan Mamee di Mamee Jonker House, Melaka. Memang tak terfikir nak sambut tahun ni yer lah dengan mama tengah pregnant memang mama tak kuat. Terima kasih tak terhingga kepada Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd kerana menjemput mama serta anak-anak untuk sambutan Hari Ibu serta sambutan ulangtahun penubuhan yang ke-45 di Mamee Jonker House, Melaka

Kami semua berhimpun di Mamee HQ Subang pada jam 8.30 pagi. Alhamdulillah mama serta anak-anak sempat sampai disana. Anak-anak memang sangat teruja nak jumpa dengan Mamee Monster. Harap-harap anak-anak tiada adengan mengamuk disana nanti hahaha.. Tepat jam 11.00 pagi kami tiba di Mamee Jonker House, Melaka. Kami disambut dengan maskot Mamee Monster dan Mister Potato serta artis undangan pada hari itu ialah Irma Hasmie.

Tengok muka kanak-kanak riang teruja. 

Untuk merancakkan acara pada "Hari Mamee" pada hari tu, kami telah dibawa melawat dan merasai sendiri pengalaman unik Mamee Jonker House dengan sentuhan moden tapi  ia masih mengekalkan ciri warisan bangunan lama Melaka. Mama kali ke 2 melawat Mamee Jonker House ni memang sangat istimewa. Acara selepas itu, kesemua anak-anak menyertai aktiviti istimewa di Monster Kitchen dimana ibu-ibu membantu anak-anak dalam memproses pembuatan dan penyediaan snek mee dari bahan mentah yang telah disediakan. 

Anak-anak fokus mendengar taklimat sebelum menjadi little chef

Ahhh tak tahu nak cakap anak-anak mama sangat comel dengan topi & apron yang cute tu..

Sebelum tu kesemua little chef bergambar dengan maskot Mamee Monster serta Aunty Irma Hasmie

Step sebelum memulakan proses pembuatan snek mee. Yang penting wash your hand first. Tengok la tangan comel sedang gaul tepung.. aloooo cute sangat!!!

Setelah doh direhatkan selama 20 minit, boleh la mula mencanai dengan mesin ni.. Yeaa pusing Qeram pusing... 

Akhir sekali lepas mencanai menjadi mee kering begini. 

Kemudian, setelah selesai di dapur Lil Monster kami telah dibawa ke bahagian Noodle Doodle. Aktiviti ni pun menyeronokkan kerana anak-anak boleh mencipta mee cawan sendiri. Mula-mula doodle mee cawan ikut kreativiti anda tapi kesemua anak-anak dibantu oleh ibu masing-masing dalam mengubahsuai pada mee cawan yang bertemakan sambutan Hari Ibu. Setelah itu, campurkan dan suaikan perasa serta kondimen kegemaran ke dalam mee cawan Mamee tersebut.

Tengok la memang tersenyum dan fokus pada setiap aktiviti. Satu pengalaman yang bermakna buat mereka. 

Di Mamee Jonker House juga terdapat Galeri World Of Taste merupakan muzium Mamee yang pertama di Malaysia. Di sini kita boleh mengetahui sejarah dan evolusi produk Mamee Double Decker dalam suasana interaktif serta pelbagai segmen menarik untuk gambar kenangan. 

Banyak lagi gambar menarik disini.. korang kena datang Mamee Jonker House Melaka sendiri ya.. baru rasa pengalaman yang best!!!

Sebelum menjamu selera, sidang media diadakan antara media, bloggers dan bersama Nadia Jasmon jurucakap Perhubungan Media, Jabatan Komunikasi Korporat Mamee menerangkan lebih lanjut mengenai sambutan ulang tahun ke-45 serta menganjurkan "Hari Mamee" yang dilihat sinonim dengan perkataan Mommy iaitu ibu. 

Selepas sidang media, kami dihidangkan dengan sajian tradisi yang lazat seperti Laksa Kari Mamee Chef, Mee Goreng Mamak Mamee dan resipi tradisi istimewa Nasi Ayam Hainan serta pencuci mulut di Kafe Mamee Jonker House. Untuk pengetahuan semua, sajian disini telah mendapat pensijilan Halal oleh JAKIM Malaysia

Hidangan yang sangat lazat untuk kami 3 beranak. memang terbaik lah. Kalo datang Melaka mesti singgah kafe Mamee Jonker House ya..

Hasil Snek Mee & Noodle Doodle oleh anak-anak sempena Hari Ibu tahun ni.. Anak-anak happy mama lagi teruja happy!!!

Sebelum balik bergambar dahulu dengan pihak Mamee serta maskot Mamee Monster dan Mister Potato. 

Terima kasih tak terhingga mama ucapkan kepada pihak Mamee telah menjemput mama serta anak-anak untuk memeriahkan sambutan Hari Ibu di Mamee Jonker House, Melaka. Korang mama nak bagitau sempena Ulangtahun Mamee yang ke-45 korang boleh lawati Mamee Jonker House dan sertai aktiviti menarik diadakan disana. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.mameejonkerhouse.com | Facebook Mamee Jonker House | Instagram @mameejonkerhouse


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook