Buffet Ramadhan

D'Arab Station, Alam Damai | Berbuka Puasa Dengan Nasi Arab Yang Sedap

10:32 AM

Hari ni dah hari ke 11 kita berpuasa kan.. Mesti korang pun buntu nak masak apa macam mama ni.. Sampai siap buka buku resepi nak masak apa untuk juadah berbuka nanti.. Ini masalah dalam bulan puasa buntu nak masak apa.. Hehehe ok takper jangan buntu meh ni mama nak bagitau satu restorant yang menjual nasi arab yang super sedap. Lepas ni kalo dah tak tahu masak korang datang jer terjah makan nasi arab kat sini. 

Isnin baru-baru ni, mama dapat jemputan berbuka puasa di D'Arab Station, Alam Damai. Selama ni mama lalu la pi mai pi mai jalan tu dan tak tahu pulak ada restaurant nasi arab yang sedap disini.. huhuhu.. so lepas ni kalo lalu boleh la singgah makan kan. Kalo korang dah cuba nasi arab ni memang terbaik lah.. Memang sedap sungguh tau.. haipp ini bukan sebab mama tukang review yer ini betul-betul sedap tau.. At least kita support business orang melayu daripada business pak arab yang ada kat Malaysia ni.. dan satu lagi restaurant nasi arab ni lain dari yang lain sebabnya restaurant ni macam ala-ala fast food gitu.. tak caya baca entri ni sampai abis lah..

Pintu depan restaurant D'Arab Station.. 

Ingat yer logo ni.. nampak gambar ayam thumb up ni korang akan kompom ingat D'Arab Station

Tengok la ni lah mama cakap restaurant ni lain dari yang lain. Mana ada restaurant nasi arab kena self service macam ala-ala fast food. Ni lah pertama kali mama jumpa tau.. Selama ni kalo pergi kedai nasi arab lain kita tunggu jer kat meja dan waiters datang layan ini lain hokey. Di D'Arab Station korang kena pergi beratur untuk order dan bawak makanan ke meja korang sendiri. So kita puas hati masa pelayan di restaurant ni hidang macam mana. betul tak??


D'Arab Station bukan hanya menghidang nasi arab jer tapi disini jugak ada Roti John Royal yang sedap. Selain tu, ada jugak kambing golek yang sememangnya menjadi tumpuan orang ramai. kalo sesiapa nak datang beli kambing golek ni pun boleh tak jadi masalah yer..

 Ni bahagian luar untuk menyediakan roti john & kambing golek.

Ni hahhh kambing yang dah dipotong kecil. Korang tengok la bertapa juice kambing selepas dibakar. Rasa rempah kat kambing tu memang terbaik lah.. 

Ni pulak Roti John Royal yang bersalut telur. Wehh mana nak jumpa roti john gini selalu telur kat belah dalam jer ini hahh sampai pusing keliling roti woohh.. tak kedekut langsung telur!!


Air pilihan en papa of coz la mango juice & mama pulak ice lemon tea. Ni nak bagitau kalo dah makan nasi arab korang kena minum teh arab lepas tu. Teh arab berfungsi untuk meneutralkan balik apa yang kita makan. Yer lah dah makan nasi arab dengan daging kambing yang panas tu dengan teh arab akan coolkan badan korang. Rasa teh arab ni lain dari teh2 yang biasa ini tau, rasa macam mint-mint skit tapi memang sedap. Korang patut cuba okey..

Sedapkan.. perghh teringat-ingat betul makan nasi arab ni..

Untuk hidangan set yang kami makan ni adalah Combo 8. Bak kata owner restaurant ni Dato Haji Taufek Ismail, combo ni memang paling laris dan popular di sini. Dalam 1 dulang besar boleh makan seramai 7 - 8 orang. Dalam hidangan combo ini turut dihidangkan dengan sambal cili,  salad timun serta kambing dan ayam di atas permukaan nasi. Mama yang penggemar kambing memang hantu la makan malam tu hahaha.. Kambing tu walaweh lembut jer tau tak payah bersusah payah nak kunyah-kunyah.. Ini kalo sapa yang takder gigi pun boleh makan. hehehe.. Hahh satu lagi korang cakap alaaa hidang macam ni takder kuah-kuah ker?? Yer memang macam ni tau makan nasi arab.. Korang bayangkan nasi arab digaul dengan sambal cili + salad timun berserta daging kambing tu memang terangkat abis lah.. terliur ker?? moh ler datang sini.. heheheh



Buffet Ramadhan D'Arab Station

Dewasa - RM50.00
Kanak2 / Warga Emas - RM25.00

Untuk menu buffet boleh klik gambar diatas ya. Banyak menu korang boleh makan disini. Untuk solat Magrib atau Terawih, lepas berbuka terus jer pergi belakang kedai ni ada masjid yang berhampiran. So tak terbabas la untuk korang solat nanti. 

Sesiapa yang nak datang berbuka pada waktu weekend Jumaat, Sabtu & Ahad, korang kena call untuk RSVP dulu tau.. Takut nanti penuh pula.. 

Maklumat lanjut boleh terjah :-

D'Arab Station 
No 36, Jalan Damai Raya 2
Alam Damai
56000 Cheras
Selangor

Tel / Home Delivery : 03-9108 3330 / 03-9108 3331

Facebook : D'Arab Station
Instagram : D'Arab Station 


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook