Resepi

Resepi Nasi Daging Noxxa

10:48 AM

Kemarin rajin nau masak nasi daging.. alaa mudah jer sebenarnya nak buat.. macam mama jenis nak kena ada mood + rasa nak makan baru buat. hehehe.. So gigih la kemarin g beli bahan-bahan nak buat. hujung-hujung Ramadhan baru sempat buat kalo tak awal2 ramadhan dah buat nasi daging ni.. tapi asyik banyak jemputan berbuka kat luar.. Kalo nasi daging ni mesti kena ngamkan dengan air asam kerisik. dan satu lagi mama bukan jenis buat nasi daging siap ada rencah bahan2 semua tu.. no no no.. mama guna rempah perencah nasi daging Iman. Ala hat segera kann.. ada benda senang naper nak susahkan betul tak? Tambah perencah nasi daging Iman ni dah la sedap, mudah & cepat lagi.. masak pulak dalam noxxa bertambah-tambah cepat hokey!!!.. Dah jom tengok bahan-bahan dan cara-caranya.. 

Ok ni lah perencah nasi daging Iman ni.. memusing cari 1 Tesco.. hat kedai lain susah nak jumpa.. kalo kat belah kedah belambak.. balik nanti kena beli buat stok.. 

Bahan-bahan untuk nasi daging:-

* 4 cawan beras basmathi
* 2 peket perencah nasi daging Iman
* Daging yang dihiris nipis
* Halia
* Air secukupnya 

Cara-caranya :-

- Tekan stir fry Noxxa dan on kan. Panaskan minyak, kemudian tumiskan halia yang dihiris nipis sehingga wangi.

- Selepas itu, serbuk perencah & sos nasi daging yang tersedia dalam pek tersebut tu satukan dan kacau sebati. Kemudian masukkan ke dalam periuk kacau sehingga sebati. 

- Kemudian, masukkan isi daging dan kacau sehingga sebati. Setelah itu masukkan air sehingga terbenam daging. Off kan periuk noxxa, kemudian tutup tudung periuk dan HP selama 30 minit.. Bab nak pressure daging suka hati korang nak letak 20 minit boleh 15 minit boleh.. Mama hentam 30 minit nak bagi betul2 lembut.

- Setelah selesai pressure, release wap dan buka tudung noxxa, masukkan beras basmathi. kacau beras sehingga sebati dengan kuah daging tersebut. Masukan air sukatan. Macam mama terbenam sedikit jer dah cukup memang takder sukat yer. 

- Tutup periuk noxxa, kemudian HP selama 7 minit. Setelah siap 7 minit, biarkan bunyi bep bep dan biarkan selama 5 minit. kemudian bukak dah gemburkan nasi daging tu. 

Nasi Daging. korang boleh jer nak tabur daun bawang or bawang goreng ok.. Mama takder so tak letak.

Bahan-bahan untuk air asam kerisik :-

* 3 batang cili merah
* 5 batang cili padi hijau
* 4 batang cili padi merah
* 1 biji bawang besar
* 2 biji tomato
* 1 sudu besar kerisik
* Belacan
* 2 biji limau nipis
* Garam & perasa secukupnya

Cara-caranya :-

- Hiris nipis bawang besar dan 1 biji tomato dan ketepikan. 

- Kemudian, masukkan cili merah, cili padi hijau dan merah, 1 biji tomato dan belacan ke dalam blender dan masukkan air. Ehh korang agak2 la air tu banyak mana ya. Kisar sehingga sebati.

- Setelah siap kisar, masukkan ke dalam mangkuk yang diisi hirisan bawang besar dan tomato. Kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan 1 sudu besar kerisik. Kacau lagi ya.. 

- Akhir sekali, perasakan dengan garam serta pak aji dan perahkan limau nipis dan gaul sehingga air asam kerisik itu sebati. Siap...

Air asam kerisik.

Hahh siap jugak 1 entri.. dah berabuk baper hari tak update entri malas giler nak update sekarang ni.. ada1 entri kena buat oiihh kerojer gini harus kena settle sebelum balik raya.. huhuhu...


Love,
/>

You Might Also Like

1 Comments

  1. Macam sedap je mamajue... Sha ingat nak masak utk lunch jap lagi

    ReplyDelete

Like us on Facebook