Event Review

Oh!! Meriahnya Raya Bersama Jakel, Shah Alam

12:07 PM

Seperti tahun yang lepas, Jakel kembali dengan kempen Oh!! Meriahnya Raya khas buat kepada pelanggan setia Jakel untuk membeli baju raya yang siap serta kain ela dengan harga yang sangat murah. Jangan tak tahu dengan adanya kempen sebegini Jakel membuat lelongan harga murah untuk mempromosi koleksi baju raya 2016 kepada pelanggan Jakel. 

Sebelum ni mama hanya perhati dari luar Jakel sebab orang terlalu ramai datang sini. Apa keistimewaannya Jakel sehinggakan ramai pelanggan tak senang duduk sampai sanggup datang ke Jakel ni? Yer terbukti harga memang murah gila-gila berbanding harga bukan promosi serta koleksi baju-baju raya disini semuanya bermutu tinggi dan sangatlah kualiti. Dengan mama sendiri pun dah rambang mata dibuatnya.


Pada hari tersebut, seawal pagi ramai pelanggan setia Jakel sudah beratur panjang untuk dapatkan 300 baju melayu percuma untuk yang terawal sampai ke Jakel Shah Alam dan 200 lagi percuma untuk setiap pembelian. Wahh beruntung la siapa yang datang awal pagi tu memang tak payah beli baju raya la tahun ni. Hehehe.. Selain itu, ada diskaun dari 30% sehingga 80% akan diberikan untuk setiap pembelian. Tengok la bukan main banyak lagi diskaun dari pihak Jakel berikan kepada pelanggan khas Jakel. Apa tunggu lagi memang ramai rembat dengan harga diskaun macam ni tau..


Untuk tahun ini, Jakel memperkenalkan duta terbaru iaitu Datuk Ac Mizal dan keluarga bahagia Awal Ashaari, Scha Alyahya serta anak mereka yang comel Lara Alana. Selain tu, Jakel turut menampilkan duta-duta terdahulu seperti Aaron Aziz, Nabil Ahmad serta tak dilupakan Upin Ipin. Setiap tahun jika ada kehadiran duta-duta Jakel ini mereka akan membuat promosi dan lelongan untuk setiap koleksi baju raya mereka sendiri. 

Acara sesi soal jawab antara media dan blogger.


Memang betapa meriahnya acara lelongan baju melayu yang diilhamkan untuk duta-duta ni. Mana taknya semuanya harga gila-gila murah. Apa lagi kan orang ramai berpusu-pusu untuk mendapatkan baju melayu ni. Korang bayangkan harga promosi dalam RM329 tapi jualan lelong dari duta Jakel hanya RM140 ajer. Memang orang akan sambar yang murah la kan. Kesemua duta buat lelongan murah seperti Datuk Ac Mizal, Aaron Aziz, Nabil Ahmad, serta Awal Ashaari dan Scha Alyahya.



Baju Melayu Moden seperti Aaron Aziz memang direka khas untuk mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif bercorak. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz adalah koleksi yang berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna. Warna yang bakal menjadi pilihan pelanggan pada tahun ini adalah hijau zamrud, biru diraja, peach, jingga, hijau tiffany, hijau mint dan merah cili.


Manakal Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kotemperari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket. Bagi mereka yang kurus seperti Nabil Ahmad boleh membeli baju melayu ini kerana ia sangat berkualiti dan baju ini sangat mampu milik. Setiap pembelian baju pelanggan akan diberikan percuma sehelai sampin dan butang baju melayu sekali.


Pada tahun ini, Jakel mengambil inisiatif dengan mengeluarkan koleksi Schaawalara X Jakel terdiri daripada Baju Kurung Scha Alyahya, Baju Melayu Awal Ashaari serta Baju Kurung Lara Alana. Bagi pelanggan yang ingin mendapatkan baju kurung Scha Alyahya ini, fabrik-fabrik yang berkualiti  dari jenis fabrik kapas sulam, chiffon, lace dan banyak lagi. Baju-baju yang ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza berganting pada rekaan dan kualiti. 

Manakala, Koleksi Baju Melayu Awal Ashaari pula di bawah label AA- Awal Ashaari ini direka khas dan khusus untuk mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif warna. Disamping itu, potongan "shirt" tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu, ia mampu memberikan kekemasan apabila digayakan dengan bersama sampin. Baju melayu dari serendah RM199 sepasang dan lebih menarik lagi pelanggan akan diberikan percuma sampin beserta butang baju melayu.



Bagi pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin walaubagaimanapun ianya diolah dengan rekaan yang sedia ada kepada rekaan baju melayu yang bercorak. Kolesi baju melayu Upin Ipin yang dijual pada harga serendah dari RM59 ini juga diberi percuma sampin dan butang baju melayu. 



Pada akhir kemuncak acara Oh!! Meriahnya Raya, kepada pelanggan yang telah membuat pembelian di Jakel akan dapat tandatangan percuma serta boleh abadikan kenangan bersama duta-duta Jakel. Yang mana tak buat pembelian tunggu tahun hadapan la yer. 

Promosi Oh!! Meriahnya Raya akan diteruskan di semua cawangan seluruh Malaysia. Apa lagi korang datang tau awal-awal untuk dapatkan sepasang baju melayu raya percuma. 
  • Jakel Johor Bahru pada 18 Jun 2016
  • Jakel Sabah pada 25 Jun 2016
  • Jakel Sungai Petani pada 1 Julai 2016
  • Jakel Alor Setar pada 2 Julai 2016
Antara bloggers yang memeriahkan Oh!! Meriahnya Raya.

Dalam diam-diam en papa pun dapat jugak baju melayu free.. ehh masa bila dia ambik yer.. Huntung lah temankan wife dia kat event ni tetiba dapat baju melayu free ok.. Jeles betul.. Harap pihak Jakel boleh bagi free baju kurung pulak tahun depan.. Hehehe..

Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Jakel

Website : www.jakel.my
Facebook : Jakel 
Instagram : Jakel Shah Alam 


Love,
/>

You Might Also Like

8 Comments

  1. Memang meriah ni. Harga pun murah berbanding biasa :)

    ReplyDelete
  2. ari tu kawan iols pi jakel..rezeki anak2 dia dpt baju free 3 pasang..huhuhu bestnye..xpenah masuk jakel sini lagi

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat join event..jumpa artis lagi..

    ReplyDelete
  4. meriah sungguh..untung juga dapat baju free.

    ReplyDelete
  5. jakel kl pun pening,rami ye umat manusia.
    tak sanggup nak laga2 bahu,tp redah jugak hahaha

    ReplyDelete
  6. seronoknyyaaa :) kain jakel memang cntik2

    ReplyDelete

Like us on Facebook