Food Review

Pretz n' Beanz Bangsar | Jom Buka Puasa Dengan Harga RM38+

2:23 PM

Alhamdulillah ini kali ke 2 mama datang makan sini tapi masa tu di Solaris Mont Kiara.. Kali ni mama mencuba di Bangsar pulak.. Ok kali ni apa yang istimewanya Pretz n' Beanz sempena bulan Ramadhan?? Ok tunggu mama citer apa yang menarik tertarik disini ok.. 

Yang mana bekerja di sekitar kawasan Bangsar atau yang mana tersesat ke sini boleh datang untuk berbuka puasa di Pretz n' Beanz Bangsar.. Dengan harga yang cukup murah korang boleh menikmati pelbagai makanan yang disajikan.. Tapi jangan membazir yer kawan-kawan.. Tak baik membazir.. Kalo korang datang sini untuk cari parking agak limited la skit. Tambah kawasan disini yang sangat sesak tapi jangan risau korang boleh jer parking dekat Bangsar Village yer, kemudian korang jalan jer sikit ke restaurant ni..

Depan pintu masuk Pretz n' Beanz Bangsar


Ni lah yang mama cakap keistimewaan bulan puasa di Pretz n' Beanz. Nah korang jom la berbuka kat sini giler berbaloi harga. Bayangkan RM38+ korang boleh enjoy makan sebanyak mana ala-carte disini dengan minuman percuma serta akan dapat kek khas lagi tau!! Air percuma boleh pilih seperti Air Bandung, Honey Lime atau Ice Lemon Tea dengan tanpa had. So korang boleh jer habis minum refill lagi. 

Untuk makan dengan harga macam tu ada syarat yer.. Syaratnya seperti di bawah :-
  • No takeaways
  • No sharing allowed
  • Free Buka Puasa Dates to soothe your stomach
  • This offer is applicable for dine in only
  • Food wastage will be subject to RM5 per 100gm
  • Price is not inclusive of 6% GST & service charge
  • Available from 6pm - 9pm (Monday to Friday)
  • Not avalaible on Saturdays, Sunday and Public Holiday
Mudah kan syaratnya kalo compare balik dengan harga yang korang makan memang berbaloi-baloi murah lah.. Jom tengok apa yang korang boleh makan disini.. ehh macam2 boleh makan.. tapi ingat kalo tak abis kena charge yaa!!

Suasana yang santai disini.. 


Untuk air mama mesti ambik air buah lah kan.. So pilihan mama watermelon juice, lime breeze & kiddos ice lemon tea.. semuanya nyaman tekak weolls.. 

Masa berbuka mama tak nak makan nasi.. kang terlebih kenyang so mama makan spaghetti chicken bolognese RM19.00

Pilihan en papa pulak Tower chicken burger RM25.55

Yang ni korang silalah cuba memang recommended sangat tau Pepperoni Beef.. Dough pizza ni dari pretzel so memang lain dari pizza yang lain.. boleh pilih size 7" atau 10"
7' - RM18.00
10" - RM26.50

Ini pilihan anak-anak Pretzel Chocolate Cookies Crunch RM8.50

Untuk anak-anak lagi Fish & Chip RM23.20

Sempena bulan Ramdhan yang mulia ni, Pretz n' Beanz menawarkan hidangan istimewa seperti Green Curry, Assam Pedas Fish dan Mutton Briyani. Sebelum ni mama pernah cuba green curry dia makan dengan pretzel memang sedap sangat.. kali ni mama nak cuba hidangan terbaru.. Moh ler kita tengok!!

Pilihan en papa Mutton Briyani. Nasib portion nasi skit kalo tidak pitam nak makan.. memang sedap nasi yang seroi rasa rempah briyani dia.. Mutton plak takder rasa terlalu keras sangat kira nice jer

Pilihan mama Assam Pedas Fish.. ini pun sedap jugak.. dengan isi ikan yang lembut dengan rasa kuah assam pedas memang menawan kalbu lah.. 

Last sekali apa lagi dessert lah.. kalo dah datang sini mama nak recommended satu cake yang boleh menawan kalbu korang.. kalo makan cake ni mesti mata terpejam sebab menikmati kesedapan kek ni.. sampai berebut-rebut la antara mama dengan anak-anak.. hahaha kemahin tau!!

Volcano Chocolate Cake With Ice Cream RM14.00 yang ni lah korang patutttt cuba giler sedap.. tengok limpahan coklat macam volcano tu makan pulak dengan ice cream yang sejuk sedap ya amat!! memang kena sungguh antara kek coklat yang panas dengan ice cream yang sejuk.. memang thumb up la tau.. 

Ini pulak Blueberry cheesecake RM18.10

Last kek kita orang share Rainbow Chilled Cheesecake RM13.10 pun sedap jugak..

Antara bloggers yang hadir pada hari tersebut.. Muka memasing kenyang selepas berbuka puasa disini.. memang terbaik lah..

Hahh apa lagi korang tengok apa yang kami makan semua sedap2 kan.. dengan harga macam tu korang boleh menikmati apa sahaja sampai la kenyang ok.. berbaloi-baloi sungguh dengan apa yang kita makan.. 

Untuk maklumat lanjut boleh terjah 

Pretz n' Beanz Bangsar
No 9 Jalan Telawi 2 
Bangsar Baru 
59100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2201 9026

Facebook : Pretz n' Beanz
Instagram : Pretz n' Beanz


Love,
/>

You Might Also Like

15 Comments

  1. Teringin dah lama nak makan kat sini tapi tak pergi2 lagi.. Sobsss.. Tengok menunya semua perghhh

    ReplyDelete
  2. menarik juga menunya tp weekdyas je ye...dessert tu...yummm

    ReplyDelete
  3. semua sedap2, esp kek rainbow tu glup2.terus balik kang nak cari kek hihii

    ReplyDelete
  4. Sally dok teringat dia punya aglio olio...fuhhh~

    ReplyDelete
  5. meriah tapi simple, jangan membazir seeloknya.

    ReplyDelete
  6. so far restoran2 di Brunei takde konsep charge pelanggan kalo food tak habis hehe it is a good idea though

    ReplyDelete
  7. sedapnyaaa tapi jauh la pulak.. hehehe

    ReplyDelete
  8. wahh kek rainbow tu bestnya

    ReplyDelete

Like us on Facebook