cloth diapers

Cloth Diapers (CD) Untuk Adik Baby

9:54 AM

Cloth Diapers atau lebih mudah sebutnya CD iaitu sejenis lampin moden yang mampu berfungsi seperti lampin pakai buang dan paling penting sekali boleh dibasuh dan dipakai semula. Dah lama pasal CD ni sebenarnya.. Seingat mama masa zaman Qebal lagi dah ada.. kira dekat 7 tahun yang lepas lah. Well masa zaman tu mama tak teringin pun nak bagi anak-anak mama pakai.. Ntah maybe mama MALAS & masa tu kerja memang takder masa lah nak melayan cuci-cuci CD ni.. Kalau nak CD ni kena ada kerajinan yang sangat tinggi.. Heheheh.. kalo mindset kata dah MALAS memang benda jadi susah. 

Dah tahun ni mama tak kerja so mama ingat nak bagi la baby pakai CD.. Kot2 dapat jimat ribu-ribu kan.. wahhh kemahin tau.. heheheh bab susu dah jimat dah sebab mama memang fully BF jer.. tang pampers tu kalo orang kata nak mudah beli pakai buang.. tapi duit jugak kan.. Fikir mama dah stay at home apa kata mama nak menjimatkan duit en papa mama bagi jer pakai baby guna CD ni.. yehaaa... En papa benarkan tapi dia cakap papa tak nak sidai.. hahahah dia dah sound awal2 lagi wehh.. takper mama yang kesahkan semua tu cuma mama nak beli lagi stock CD ni dalam 20 CD jer lagi.. lepas tu pakai CD kemudian basuh jer.. jimat kan?? Tapi masa nak beli tak jimat wohhh.. 

Ni permulaan mama beli kat QQ Baby Shop... comel kannnn

Sebelum mama beli bukan terus beli yer.. no no no.. mama survey banyak web, FB, Google & tanya orang jugak pasal CD ni.. Agak lama mama study & baca pasal ni.. dah macam nak ambik exam pun ada.. wakakak.. last-last compare mana murah siap kira2 tekan otak jepun lagi yer baru mama decide beli.. tu pun 10 jer dulu.. nanti tambah lain.. hahahah giler rambang mata dengan CD yang super duper cute yaa... Mak mak sangat la!!!

Semua sedia maklum kebaikkan pasal CD ni kan seperti menjimatkan kewangan, bayi lebih sihat tak kena rashes dan selamat alam sekitar kita. Mama dah tanya ramai orang memang menjimatkan lah.. tak payah beli pampers tu selalu dah. wahhh ini boleh menjimatkan det en papa ni.. ngeee... 

Insert yang diperbuat daripada bahan bamboo yang menyerap air. 

CD & Insert.. Awal2 nampak comel jer.. Fuhh berikan mama kerajinan yang tinggi nak handle semua ni.. Mama chaiyok!! u can do it lahh.. hahahah

Masa memula beli CD ni, korang kena pre-wash sebanyak 3x sebab tujuannya nak membuang kotoran dari kilang dan juga memastikan daya serapan lebih baik. Mama memula basuh tak guna sabun apa pun.. Basuh dengan air, bilas & sidai. Buat jer 3x dah siap.. Bilas tu senang jer campak jer dalam mesin untuk spin tapi CD masuk la dalam washing net yer dan macam insert dia tak masukkan dalam washing net pun tak per.. Nak baca lebih lanjut sila tekan sini [CARA BASUH CD]. Sabun pulak ada khas2 yer untuk cuci CD ni bukan boleh guna peluntur ke, pelembut ka, enzym ker. no no no kang jahanam CD korang sila nagis ya.. hahahah abis koman korang guna sabun Pureen HAD tu atau Kiddie wash Cosway sudah.. yang paling senang campak jer masuk mesin.. tapi tang najis tu korang kena tonyoh2 skit la yer.. ahh korang google jer macam mana nak basuh.. penat tau nak taip.. 

Ni cara pakai CD.. kalo letak 1 insert untuk pakai siang.. kalo 2 insert untuk sebelah malam. itu depend pada tahap ketahanan CD menampung kencing anak korang lah.. mama belum tahu macam mana tunggu baby lahir baru boleh tahu camner nak adjust sehari guna berapa CD.. hehehe.. 

Ini pun mama dah senarai nak beli lagi... hahaha kalo korang nak beli CD yang murah ni boleh terjah web ni www.qqbabyshop.com mama beli Buy 10 RM168.00 dapat la 1 CD & 2 insert.. ok la ni paling murah yer.. satu lagi website yang menjual CD jugak yoyosnow.blogspot.com korang tekan la link ni dan sila cuci mata kat situ.. mama dah senarai nak tambah lagi.. tunggu la nanti2 ada duit review boleh la beli untuk baby.. ahakkk.. Ni banyak lagi mama nak royan sekarang duk aim ring sling & woven wrap jer.. hahahah kali ni takder nak beli botol, liner & breastpump so mama duk beli macam ni pulak.. paroh paroh en papa geleng kepala!!! 


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook