Drama

Dia Semanis HoneyMoon & Raya

1:31 PM

Assalamualaikum.. Hmm nampaknya blog pun dah berjangkit raya ni.. nak update pun macam malas.. hahaha.. Dek kerana tak tahu nak update apa tapi ada sebenarnya cuma belum boleh publish kat media sosial so itu kena tunggu 20 Julai yer.. hahahah kemahin suprise tauuuu.. 

Macam biasa mama kan agak ketinggalan ketapi bab2 drama ni.. mencik tau mentang2 kat umah takder astro.. Android pun dah reboot keluar gambar android hijau bulat2 tu.. dah tak boleh tekan apa.. ppffftt so balik kampung jer ada astro apa lagi kan tengok iklan kat astro ada Dia Semanis HoneyMoon pulak nak tayang lepas tu ada Dia Semanis Honey Raya.. aaaahhh ini bikin tak boleh jadi kena cari kat internet ni.. ehh jangan tak tahu masa drama ni tengah pemes tak pernah miss kat online.. hahahah kesian mama kena tunggu kat internet jer.. :p punya tak sabar nak tahu jalan citer siap sanggup beli novel hokey.. gigih kemahin.. nak tengok drama yang dulu bleh tengok SINI

Drama kesinambungan citer ni macam dah boleh agak kompom akan keluar raya.. biasalah nak naikkan rating drama ni kan.. tapi mama suka giler dedua pelakon si Aliff satar dengan Nana ni.. Yang si Aliff suka sangat buat rolling eyes dia & dia sweet giler kot.. mana ada nak jumpa lelaki yang romantik tahap macam ni.. semuanya dah pupus!!.. Yang Nana pulak memula macam agak kaku dia berlakon lama2 dah terror pulak.. dia ni suka cakap sejenis sejenis hahaha tak kesah asalkan lagu lama dia dengan arwah Achik Spin naik kan.. best kotttt.. 


Untuk drama Dia Semanis HoneyMoon & Raya ni mama tak tahu baper episod tapi skit jer kot.. alaaa korang yang tak sempat nak tengok kat tv or tak der asterok macam mama boleh jer tengok online kat web ni.. Nah mama bagi link korang tengok kat SINI tau.. So lepas ni sila sediakan tissue ok memang sedih woihh.. episod 2 dah nagis sedu sedan!! dah cakap kat diri tak nak nagis kang sakit kepala tapi nangis jugekkk.. buweerkkk menyampah.. hahahah dah la malam karang episod 3 tapi tengoknya esok.. hahahha.. Ok tu jer nak share... Daaa

Sapa ada buat open house sila jemput mama yer.. mama nak g makan.. ok Bye..

Love,
/>

You Might Also Like

5 Comments

  1. akak tak penah layan drama nh... jd tak paham sgt... jd tak layan heheheh

    tp mmg banyak drama kesinambungan di jadikan episod khas raya

    ReplyDelete
  2. tu la tk tgk plak..nanti kena tgk online la

    ReplyDelete
  3. Mommy jue...sama lah kena tggu 20 Julai hahaha...tq bg link movie tu leh layan jap sebab asyik terlepas episod je

    ReplyDelete
  4. tertengok semalam. hahha. sweet tu sweet la jugekk si aliff tu.

    ReplyDelete

Like us on Facebook