Advertorial

MamyPoko Kids Pants For Night Time Dari Lazada Big Baby Fair

10:20 AM

Kalau sebut jer jenama pampers seperti MamyPoko, semua para ibu tahu betapa power dengan jenama ni. Mama sendiri pun suka dengan produk MamyPoko ni kerana kualiti dia tak boleh tandingi dengan jenama-jenama yang lain. Selain dari itu, MamyPoko mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi setanding dengan harganya. Mesti para ibu semua tahu harga setiap barangan MamyPoko kan. Walau agak mahal kualiti sangat terbaik.

Baru-baru ni mama dapat satu produk MamyPoko iaitu MamyPoko Kids Pants for Night Time. Ehh anak mama masih lagi pakai pampers walaupun umur dia dah mencecah 5 tahun. Hahaha susah sebenarnya nak lepaskan pampers. Itu pun hanya pakai pada sebelah malam. Pakai jer lah anak sampai la berhenti sendiri. So, pilihan mama selama ni hanya pants sebab pakai macam ala-ala seluar dalam gitu. Memandangkan pants yang mama terima ni adalah keluaran dari oversea. Kalau tengok pada di luar packaging pants ni belum ada lagi di dalam Malaysia. Nak tahu kat mana beli baca sampai habis ok..

MamyPoko Kids Pants for Night boleh muat sehingga berat anak 18 kg.

Untuk pengetahuan ibu-ibu kat luar sana, MamyPoko kids pants dapat mencegah dan memberi penyerapan air kencing sehingga 8 gelas sepanjang malam. Ia boleh mengelakkan kebocoran air kencing serta tidak membasahkan katil anda. Ketebalan pada kids pants ini sangat tebal serta lembut pada permukaan dalamnya. So, ibu-ibu tak perlu runsing nak tukar pampers pada sebelah malam kerana ia dapat mengeringkan punggung anak anda. Best betul kalo tak asyik bocor jer pampers Qeram ni.. Dengan kids Pants MamyPoko tidak lagi.. 

Ada gambar animasi kartun Lightning Mcqueen

Sebelum ni memang tak nafikan Qeram kena rashes iaitu ruam lampin. Hahh jangan tak tahu umur macam dia pun masih kena kalau pampers tu tak berkualiti tau. Dengan adanya kids pants MamyPoko , Qeram bangun pagi still kering walaupun lama dia pakai. Yang bestnya Qeram dah tak ada kena ruam lampin!! Design corak kids pants MamyPoko pun lain dari keluaran pants MamyPoko yang berada dipasaran. Tengok la design dalam gambar diatas tu siap ada kartun Lightning Mcqueen lagi confirm anak-anak sukakan dengan kartun ni. Selain itu, mama paling suka bahagian getah sebelah pinggang pants ni takder ketat sangat memang sangat selesa dan kemas. Setengah jenama pants confirm berbirat getah di pinggang. Betul tak?

Tengok getah yang sangat elastik dan lembut pada bahagian pinggang. 

Mesti orang kata mahal kan kids pants MamyPoko ni. Yer memang agak mahal tapi kita boleh tahu kualitinya pants ni dan sangat puas hati. Alaaa beli pejam mata jer lah. Hahaha.. Ehhh nak bagitau ni Lazada akan buat promo BIG BABY FAIR pada 27 Julai - 31 Julai 2016 ni dan menawarkan diskaun sehingga 80% untuk semua barangan baby. Hahh time macam ni korang boleh rembat pampers murah-murah di Lazada memang berbaloi-baloi lah. Kalau korang nak dapatkan kids pants MamyPoko yang super cute mute dan barangan baby yang lain korang terjah web Lazada ya.. Nak mudah korang tekan gambar kat bawah ni terus direct ker "BIG BABY FAIR LAZADA". Apa tunggu lagi jom shopping di Lazada!!!

Lazada Big Baby Fair
Lazada Big Baby Fair


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook