Advertorial

Pengalaman Detail Scan 3D / 4D Di MySonoworld

3:48 PM

Alhamdulillah ini kali ke tiga mama mengandung. Setiap kali mengandung mesti mama teruja nak tahu jantina. Tambah-tambah mama mempunyai 2 hero. Mesti kali ni nak heroin bukan. Tak kisah la kalo keluarnya hero asalkan sihat sudah tapi dalam hati memang mama nak anak perempuan jugak. hahahah.. InsyaAllah dipermudahkan.. 

Masa zaman Iqbal & Iqram mama takder pulak nak buat detail scan 3D/4D ni.. maybe time zaman tu just scan 2D hitam putih jer. Kalau ada pun harga memang mahal lah. hehehe.. Kali ni alhamdulillah rezeki Allah bagi untuk mama dapat buat detail scan 3D/4D ni.. Terima kasih MySonoworld dan Puan Suraya bagi mama peluang untuk mengalami pengalaman yang sangat bermakna buat mama. 

Di MySonoworld mempunyai beberapa pakar sonogrpaher yang terlatih. Masa mama buat detail scan mama dapat temujanji dengan Puan Suraya Sulaiman Khan. Beliau merupakan seorang sonographer di beberapa klinik dan hospital sekitar Kuala Lumpur. Beliau juga adalah pengajar ultrasound di institusi tinggi di UKM, UIA dan AMU. Beliau seorang yang berkelulusan Degree in Radiography & Diagnostic Imaging (Universiti Islam Antarabangsa) dan Diploma of Medical Ultrasonography (Australasian Society Of Ultrasound In Medicine). Alhamdulillah mama dapat sonogrpaher wanita dan beliau seorang yang sangat peramah dan teliti dalam setiap detail scan. 


Untuk pengetahuan semua, MySonoworld dibuka pada tahun 2015 dan memberikan perkhidmatan servis ultrasound yang berkualiti, terbaik dan berpatutan kepada masyarakat. Ia merupakan Pusat Ultrasound Scan yang pertama di Malaysia dan menyediakan pelbagai servis berkaitan Ultrasound. Di sini terdapat 3 perkhidmatan scan seperti Abdomen Scan, Pregnancy Scan dan Other Scan. 

Scan yang canggih.

Apa itu Detail Scan?

Detail scan lebih dikenali sebagai morphology scan dan dilakukan dalam bentuk 2D iaitu hitam dan putih. Scan ini sangat sesuai untuk kandungan yang berusia 20 - 26 minggu. Ketika ultrasound ini dilakukan ia mengambil beberapa aspek dinilai untuk memastikan kandungan membesar dengan sempurna dan normal. Detail scan ini akan melihat perkembangan seperti :-
  • kepala dan otak bayi
  • muka dan termasuk profil bibir
  • jantung
  • dada termasuk diagframa 
  • abdomen termasuk buah pinggang, pundi kencing dan perut
  • tulang belakang
  • anggota badan termasuk tangan dan kaki

Memula mama buat detail scan dulu. Lihatlah dekat screen gambar hitam putih. Memang sangat teliti Puan Suraya menceritakan pasal kandungan mama. Alhamdulillah semuanya normal sampaikan berat baby, air ketuban semua boleh dapat tahu tau. Mama sangat teruja melihat muka baby dan kesemua anggota baby lengkap. Malah Puan Suraya sendiri kata muka baby macam abang Iqbal. hehehe.. Mama berdebar-debar nak tahu jantina baby ni. Suspen jer tau.. 

Ni tulang belakang baby. 


Kemudian, Puan Suraya buat scan 3D/4D pulak... MasyaAllah time ni hanya Allah jer tahu perasaan mama. Bayangkan kita boleh nampak baby dalam perut buat apa dengan clear. Canggih betul scan ni.. rasa nak ambik bawak balik boleh skodeng baby hari-hari.. Hahahah.. giler teruja tau.. Siap baby menguap pun boleh nampak.. itu pun puas godek perut nak bagi baby bangun tetap la dia tido. 

Muka adik baby. nampak macam tali depan muka tu adalah tali pusat depan muka baby.. 

Mama bagi skit la video baby menguap.. Sebak rasa tengok video ni.. 

Hasil detail scan 3D/4D pada pagi tersebut. Puan Suraya comment :-
  • Single viable intrauterine fetus scan
  • Fetus lying in breech position
  • Adequate liquor
  • Placenta at anterior upper segment. Os clear
  • Morphology scan done
  • Fetal brain, heart, limbs, facial, kidneys, spine observed
  • No abnormalities noted
  • Edd by U/S today correlates with EDD by LMP
  • Baby weight 821 gram
Gender baby is its a GIRL. Alhamdulillah. boleh mama shopping baju kembang & pink banyak2.. 

Untuk pakej harga bagi Pregnancy Scan seperti berikut :- (untuk detail harga boleh klik HARGA PREGNANCY SCAN) Setiap scan mengambil masa lebih kurang 15 - 20 minit per sesi.
  • Growth Scan - RM50.00
  • Nuchal Screening / NT Screening - RM100.00
  • 3D / 4D Scan - RM100.00
  • Detail Scan - RM150.00
  • 3D / 4D & Detail Scan - RM180.00
Terima kasih Puan Suraya Sulaiman Khan & MySonoworld atas perkhidmatan scan yang terbaik buat mama. Ia satu pengalaman yang cukup bermakna buat mama. Terbaik MySonoworld!!

Best moment in my life.. Yang mana ibu mengandung cepat-cepat booking untuk perkhidmatan scan disini. Memang recommended sangat ok!!!

Untuk maklumat lanjut mengenai scan di MySonoworld boleh hubungi :-

SONOWORLD CENTRE
BG 14, Residensi Bistaria Apartment
Ukay Bistari, Hulu Klang
68000 Ampang
Selangor

Telefon : 03-4162 2754 / 010-2256 224
Email : sonoworldmalaysia@gmail.com

Waktu Operasi : 

Isnin - Jumaat 
2.00 petang - 5.00 petang (Walk in)
6.00 petang - 9.00 malam (Booking)

Sabtu & Ahad / Cuti Umum
10.00 pagi - 4 petang *Wajib booking


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook