Advertorial

A-Look Eyewear & O.W.L Eyewear | Pusat Pakar Optik Anda Di The Mines, Serdang

8:04 AM

Mama pernah ada pengalaman buat cermin mata sampai 5 hari tau. Ahh lama giler sampai rasa penat nak menunggu. Maklum la mata dah semakin rabun sampai mengakibatkan sakit kepala yang berpanjangan. Kenapa la mama baru sekarang tahu ada rupanya kedai cermin mata yang boleh siapkan dalam masa 1 jam atau 1 hari. Terus rasa ok lepas ni memang mama terjah jer kedai ni senang.

Kedai cermin mata yang mama maksudkan adalah A-Look Eyewear dan O.W.L Eyewear di The Mines, Serdang. Untuk pengetahun korang semua, kedai A-Look Eyewear sangat menitik berat tentang fesyen terkini dan bingkai kaca mata yang bergaya dari seluruh dunia yang dibuat khas untuk bagi penduduk Asia. Mereka sangat pakar dan komited tentang keselesaan terhadap pemakai dan ketahanan cermin mata tersebut. 

Jika korang hendak mencari pakar mata yang sangat profesional dan banyak pencapaian penghargaan dalam bidang Optometri korang boleh berjumpa sendiri dengan Mr Lee Jin Tzer. Beliau merupakan perunding pakar optik di outlet A-Look Eyewear & O.W.L Eyewear di The Mines, Serdang. Antara percapaian yang diterima oleh beliau adalah :-
  • AXISMATICS-ABDO Best Full Time Student Award - Tahun 2003
  • OPSM-AXISMATICS FBDO-Top Student Award Year - 2003 Tempat Kedua
  • Hans Stepper Prize in Best Overseas Student Year - 2003
  • Distinction Grade in Eye Refraction Examination
Ok mesti korang nak tengok kan apa yang menarik di A-Look Eyewear, The Mines. Jom kita tengok siap ada harga promo baik punya lah!!


Di A-Look Eyewear bukan sahaja hanya menjual cermin mata biasa sahaja tetapi pelbagai jenis jenama korang boleh pilih dengan harga yang sangat berpatutan. 

1. Kaca mata yang berjenama pada harga istimewa seperti 
  • Armani Exchange Frame, RM368 PERCUMA Lens SV (single vision)
  • Ray Ban Frame, RM298, PERCUMA Lens SV


Untuk pelajar sekolah pun ada. 

Yang Mr Lee pegang ni memang sangat tahan lasak siap boleh kepak kiri kanan memang sangat sesuai orang yang lasak ataupun ada anak kecil. Harga dari permulaan RM168 siap termasuk lens sekali yer. 

Ini siap warning! You may look too stylish.. ewahh sapa nak beli boleh datang sini.. cute sangat..

Mama pun cuba yang mana sesuai dengan muka mama.. Nice kan..

Bukan itu sahaja, di A-Look Eyewear juga turut menjual cermin mata hitam yang berjenama antarabangsa seperti Gucci, Marc Jacob, Rayban dan pelbagai jenama lagi. Yang mana pengemar cermin mata hitam yang berjenama boleh datang ke sini untuk dapatkannya. Harga sangat murah dari luar sana. Percayalah..



Mama dapat try shades Gucci yang bernilai RM1k ni tauu.. 

2. Pelbagai Jenis Contact Lens
  • Contact Lens Berwarna 
  • Contact Lens khas untuk dry-eye / pengguna pc
  • Promosi Best Deal contact lens
Promo Contact Lens

Pelbagai jenama untuk pakai 1 hari, 1 bulan dan 3 bulan. Pilihan ditangan anda. Yang mana giler nak mata warna warni boleh datang beli kat sini sebab tengah promo tau.. lepas ni boleh kelip-kelip mata selalu.. heheheh

3. Pengedar sah Award Winner Lenses 

Drive Safe Lenses, Zeiss 
  • Di iktiraf sebagai Lens Product of the Year 2016
  • Berkesan mengurangkan silau yang ketara pada waktu malam dan boleh meningkatkan tahap penglihatan untuk memandu malam atau hari hujan
Glacier Coating, Shamir
  • Mendapat anugerah Lens Product of the Year 2016
  • Permukaan tahan lasak, sangat tahan calar & mudah untuk dibersihkan beserta jaminan 2 tahun pengilang
Eyezen, Essilor
  • Lens Product of the Year 2016
  • Khusus kepada pengguna computer atau telefon tegar. Lens ini berupaya melindungi mata anda daripada sinaran biru yang berbahaya dari LED elektronik.
MyoVision, Zeiss
  • Terbukti secara klinikal melambatkan perkembangan rabun kanak-kanak dengan 30%. Jika anak anda rabun, elok pakai kanta jenis ini.
Individual, Zeiss
  • Boleh customize lens & fabric mengikut citarasa anda
  • Unique Personal Engrave pada lenses
* Semua kanta premium diberi dengan sijil ketulenan & jaminan.

4. Driving & Sporty Sunglasses

Rudy Project
  • keluaran Italy
  • 2 tahun jaminan semua produk
  • ImpaxtX lenses: Jaminan seumur hidup jika pecah 
  • Golf 100 : khusus kepada pemain golf
  • Cyclist : Prevent Fog by allow air ventricular 
Oakley
  • HD Optics, tahan hentakan
  • 20% diskaun tambahan jika korang mention Blog MamaJue
Ray Ban
  • Menggunakan kata kaca G15 lenses
  • Pelbagai jenis special edition & Polarization lenses
  • mempunyai kesan penyejukan
* Bagi yang ada bingkai cermin mata sendiri pun boleh datang ke A-Look Eyewear untuk masukkan power dalam kanta tersebut. Harga dari permulaan RM90 sahaja bagi lenses biasa.

5. Fesyen Cermin mata mampu milik

A-Look Eyewear menyediakan pelbagai variasi cermin mata kepada pelajar dan peminat eyewear pada harga yang lebih rendah. 


Manakala berdepan kedai A-Look Eyewear terdapat satu lagi kedai O.W.L Eyewear iaitu kedai yang sangat meningkat naik untuk remaja belia yang suka sangat trend hipster dalam setiap gaya cermin mata. Oleh itu yang mana ingin bergaya seperti remaja Korea, korang boleh datang kesini dan mencuba pelbagai reka bentuk yang sangat comel dan unik.


Di O.W.L Eyewear juga terdapat promosi yang menarik!! Harga dari RM99 untuk upgrade ke super / ultra high high index lenses, blue light dan Uv protection lense dan light adaptive lense. Dan manakala RM199 untuk upgrade ke super /  ultra high index lenses, transition lenses dan freeform back surface lenses.


Kalau korang perhatikan bingkai cermin mata di O.W.L Eyewear ini kebanyakkan bentuk bulat yang sangat comel. Yang mana berani ingin mencuba bingkai oldschool style boleh memilih cermin mata macam ni. Mama yakin korang lagi lebih trendy dan stylo abis lah. Bagi orang yang berumur mana tahu korang boleh juga cuba menggunkan cermin mata begini dan penampilan korang nampak lebih muda 10 tahun.




Jangan tak tahu shades pun ada uollss...

Nice tak.. hehehe pestime berani cuba macam ni.. 

Ok last but not least mama nak bagi tips iaitu Tips Cermin Mata Mengikut Bentuk Muka. Mama harap tips ni dapat menolong korang yang mana baru pertama kali hendak pakai cermin mata.
  • Muka bulat
Muka ini tidak sesuai untuk memakai bulat atau jenis bingkai bersudut, jenis-jenis bingkai ini akan menyerlahkan wajah korang lebih bulat. Oleh itu, pemakai muka bulat harus memilih bingkai bersegi agar mengelak muka korang jadi bulat dan akan kelihatan agak matang.
  • Muka berbentuk hati
Ini pula untuk muka yang dagu tirus dan dahi yang luas, maka korang perlu memakai jenis yang ringan dan poligon. Selain itu, jenis bingkai seperti rama-rama sangat sesuai pada wajah dan akan kelihatan lebih luas dan dagu lebih runcing.
  • Muka empat segi
Anda harus mengelak daripada menggunakan bingkai empat segi. Dan anda boleh menggunakan bingkai cermin mata bulat, yang boleh membolehkan wajah anda diubah suai, supaya seluruh muka kelihatan lebih menarik.
  • Muka bujur
Bagi muka bujur sangat mudah untuk pelbagai gaya sesuai seperti bingkai jenis petak, bulat dan bujur. Tetapi jika muka terlalu panjang, sesuai untuk memakai bingkai kotak-jenis lebar agar cermin mata stabil di muka anda.


Untuk dapatkan secara profesional dengan pakar perunding mata anda boleh terus datang ke :-

A-Look Eyewear 
Lot L1-16, MINES Shopping Fair
MINES Resort City
43300 Seri Kembangan, Selangor
Tel : 03-8941 3600
Business Hour : 10.00 am - 10.00 pm


Facebook A-Look : www.facebook.com/alookeyewear 
Website A-Look : www.a-look.com.my


Love,
/>

You Might Also Like

12 Comments

  1. harap2 spek el yang ke10 ni mmpu bertahan lama
    sbb x larat dah nak beli lain..aje hilang ntah mana satu hal..pas2 pecah sbb anak main hahaha
    ritu jumpa dalam mesin basuh..wakakaka

    ReplyDelete
  2. Singgah pagi dekat sini ♥
    murah jugak...

    ReplyDelete
  3. yang 1k tu meletop jue..dh mcm datin dah haaa kalau pakai hihi

    ReplyDelete
  4. hah elok la ko buat entry nie..aku baru sembang dengan eady pagi tadi nak buat spek dia .. murah nie nanti aku nak try terjah.

    ReplyDelete
  5. mcm2 pesyen spec mata rupanya. ingat satu pattern ja . hehe

    ReplyDelete
  6. kacamata Fae dah bertahun tak tukar huhuhu budget takde

    ReplyDelete
  7. shades gucci tu mmg nampak mcm mak2 datin gitu.... i like

    ReplyDelete
  8. Yup, mines banyak kedai best dan murah. Dari kecik aku suka shoppiing sana haha

    ReplyDelete
  9. Semua cun2..paling cun yg cermin mata 1k tu.. :)
    Kebetulan plak tgh plan nak tukar lens sbb rasa power dh meningkat ni..

    ReplyDelete
  10. wahh kalo by pos bole ke nak minta buatkan dkt kedai ni..sgt2 menarik laaa

    ReplyDelete

Like us on Facebook