Advertorial

ABS Powerbank Benda Yang Wajib Korang Perlu Ada!!

5:47 PM

Sekarang powerbank adalah menjadi satu keperluan kepada setiap pengguna smartphone dan tablet. Powerbank seakan menjadi nyawa untuk selamatkan smartphone korang dari kehabisan bateri. Memang sangat berguna tak kira dimana korang berada terutamanya jika hendak berjalan jauh ataupun mengembara.

Sebagai seorang blogger, mama sangat memerlukan powerbank jika mama menghadiri event, food review atau kemana sahaja mama pergi. Ini memudahkan mama jika smartphone, tablet atau camera habis bateri pada waktu tersebut. Dulu mungkin la akan cari plug dan tunggu charge penuh baru boleh bergerak. Sekarang mama hanya charge powerbank sehingga penuh sebelum keluar rumah dan pasangkan USB cable untuk recharge telefon mama. 

Model Youth Series dari ABS Powerbank mempunyai kapasiti 12,000 mAh dengan harga RM179.00 sahaja

Sebelum ni, memang mama ada satu powerbank cuma powerbank yang mama ada sekarang tersangatlah berat. Kalau mama masukkan dalam handbag dah rasa macam bawak batu jer. Hahaha.. Sangat tak bestkan kalo powerbank berat macam ni. Tapi dengan ABS Powerbank ni dah la ringan, kecik dan slim tau sampai tak terasa macam bawak powerbank pun. Sekali pegang dah macam sebiji telefon jer.. Tak caya tengok gambar kat bawah ni.

Setiap pembelian ABS Powerbank ini akan diberikan USB cable 

Tengok betapa slimnya ABS Powerbank ni.. Nampak tak macam camera telefon kan padahal ia boleh berfungsi sebagai lampu suluh tau.. Wahh bukan sebarang powerbank nih!!

Setengah powerbank yang berada di pasaran susah nak dapatkan warranty yang agak lama dan paling lama pun hanya setahun sahaja. Bagi ABS Powerbank ni korang akan dapat warranty selama 2 tahun (1 to 1 exchange untuk jaminan di seluruh Malaysia). Selain itu, ABS Powerbank sangat menjimatkan masa untuk charge setiap smartphone korang. Powerbank ini sangat bagus jika charge pada sebelah malam kerana setiap kali telefon korang dah penuh ia akan automatik stop dengan sendirinya ataupun dipanggil CPU supply cut off control. Ini lebih baik daripada kita charge telefon menggunakan plug di rumah kerana kita boleh mengelakkan telefon terlebih charge malah dapat mengelakkan berlaku terjadinya kebakaran.

Tengok boleh charge sampai 2 output lagi. Lampu LED di atas powerbank tersebut dapat monitor dengan mudah.

Yang mana memang tengah mencari powerbank, mama memang recommended sangat powerbank ABS ni. Korang boleh nampak betapa mudah untuk dibawa kemana-mana malah bentuk yang compact, ringan, slim dan warna yang menarik ia akan menjadi satu gadget yang paling penting dan wajib korang perlu miliki.

Bagi yang kaki shopping online boleh terjah website 11 Street bagi sempena Jualan Merdeka dan dapatkan ABS Powerbank dengan diskaun dari 20% - 30%  sehingga 31 Ogos 2016. Tekan link untuk pembelian di 11 Street [http://bit.ly/ABS_11Street]

Untuk pembelian ABS Powerbank di seluruh outlet Malaysia boleh terjah [Where To Buy ABS] dan untuk pengetahuan korang "C Two Gadget" adalah pengedar tunggal bagi ABS Malaysia.

Untuk info yang lebih lanjut boleh layari :- 

Facebook : ABS Malaysia 
Instagram : ABS Malaysia 


Love,
/>

You Might Also Like

9 Comments

  1. memenuhi kriteria :) boleh jenguk 11street ni.

    ReplyDelete
  2. Betul tu, Jue..powerbank saya yang skrg ni, berat..kadang malas nak angkut dalam beg..rasa terbeban bahu nak bawak..

    ReplyDelete
  3. comelnya...kena ada ni satu..tq for sharing

    ReplyDelete
  4. comel sgt jue...harga pun just nice...

    btw, nice review mak yong...hehehehe

    ReplyDelete
  5. boleh buat org confius nie..hehehe..

    ReplyDelete
  6. So far still berpuas hati dgn powerbank brand pineng.. 20000mAh okla kan? ^_^

    ReplyDelete
  7. ni la PB ida melepas tu hahahhahahhahahha

    ReplyDelete

Like us on Facebook