Blogger Review

Cari Hotel Bajet Di Penang Dengan Traveloka

8:53 AM

Sebelum mama bersalin mama teringin nak pergi bercuti. Eh ingat suri rumah tak perlu cuti ker? Of coz la kena rehatkan badan juga. Almaklum la hehari letih uruskan anak, rumah, hantar anak sekolah dengan berbadan dua ni keletihan jadi kuasa dua tau. En husband tanya nak bercuti mana? Kalau dalam fikiran mama teringin sangat nak pergi ke Penang. Sebabnya mama teringin nak makan pasembor kat Padang Kota, nak naik feri dan nak naik Bukit Bendera. Hahhh kemahin mak buyung ni kalau nak berjalan kan.

Seingat mama last bercuti ke Penang masa Qeram dalam 6 bulan dulu. Itu pun bukan tido di Penang cuma lalu nak balik ke Kedah kemudian mama singgah ke Penang. Memang tak dapat berjalan sangat masa tu. Takper InsyaAllah impian mama nak pergi Penang sebelum bersalin akan terlaksana. En papa cakap carilah hotel bajet kat Penang nanti mama booking. Mama pun apa lagi kan terus google hotel bajet di Penang. Terus mama jumpa website https://www.traveloka.com/en-my/. Mama pun godek harap-harap dapat la mama jumpa harga hotel bajet yang murah. Alaaa mama cari hotel bajet pun sebab bukan nak duduk dalam hotel tapi nak pergi berjalan-jalan kan. Dapat tumpang tido semalam dua dah bersyukur sangat.

Melalui website Traveloka, mama membuat pencarian hotel di Penang yang sesuai dengan budget dan perancangan mama nanti. Memandangkan ini percutian pendek so mama pun tak merancang dengan teliti dari awal, jadi bajetnya pun tidaklah banyak. Ok ini adalah perancangan bajet mama jer tau kalau korang punya bajet mama tak tahu lah sebab mama kena fikir anak-anak lagi itu lagi penting. Kalau dalam perancangan mama ingat nak pergi masa cuti hari Malaysia nanti pada 16 September 2016. Kiranya hari Khamis malam tu terus mama bertolak pergi Penang. Harap-harap en papa boleh la drive malam tu dengan lancar. Risau jugak kalau ada hari percutian jer mesti highway utara selatan pasti jem.


Kenapa banyak-banyak tempat mama tertarik dengan Pulau Pinang? Ok mama tertarik sangat dengan hasil lukisan yang ada di dinding kedai dan bangunan yang ada di Georgetown atau lebih dikenali sebagai street art. Mama dah cakap kat en papa yang mama nak berjalan-jalan dan mengabadikan gambar di situ nanti. Harap-harap mama kuat la berjalan yer.

Antara lukisan 3D yang mama teringin untuk bergambar dan lihat sendiri nanti. Lukisan ini membuatkan mama teringat pada zaman kanak-kanak mama. Ianya kelihatan seperti hidup dan sangat unik. Pasti anak-anak mama teruja ke tempat bergini. Selain itu, terdapat pelbagai lagi lukisan, mural art dan sebagainya di sekitar Georgetown tu.


Mama kagum dengan orang-orang seni yang menghasilkan artwort sebegini. Cantik bukan? Mungkin selepas berjalan-jalan nanti mama boleh singgah makan mee sotong atau dikenali lagi pasembor di Padang Kota yang sangat terkenal tu. Aduhhh dah terbayang kesedapannya. Susah kalau mak buyung ni teringat. Kesian baby dalam perut pasti terliur kalau tak dapat makan ni. So, dalam list mama menu wajib yang patut makan nanti di medan selera Padang Kota Lama.

InsyaAllah sepanjang mama di Penang nanti, mama akan update setiap apa yang menarik disini seperti di sekitar Street Art dan Padang Kota di Instagram atau juga Facebook untuk tatapan kawan-kawan yang lain. Pada sebelah malamnya nanti, mama nak ajak en papa pergi Gurney Drive untuk makan malam. Orang kata, kalau ke Pulau Pinang ni, rugi tak merasa makanan-makann yang sedap di sana macam pasembur, laksa penang dan rojak.

Kalau ikutkan mama banyak juga tempat-tempat menarik di Penang yang boleh dikunjungi, tapi keadaan mama yang berbadan dua ni cukuplah mama berjalan-jalan di sekitar Georgetown. Jadi mama kena cari bajet hotel di Penang yang berdekatan dengan kawasan tersebut supaya mudah untuk mama berjalan-jalan disana.


Ok berbalik pada website Traveloka yang mama jumpa tu. Bila mama taip Penang untuk mencari hotel di Penang terus keluar list yang bersesuaian. Macam dipermudahkan jer urusan mama ni. Oleh kerana mama mencari budget hotel di Penang, mama memilih sorting Lowest Price.

Selain itu, kalau yang suka travel cepat boleh jer korang buat keputusan membeli tiket flight kat sini. Lagi lah mudah korang sampai Penang dengan cepat berbanding kereta. 1 jam jer dah sampai Penang. Best sangat!! Ok jugak kalau mama tak larat naik keta mama boleh memilih flight lagi cepat dan mudah berbanding kenderaan lain. Kalau korang nak memilih flight boleh jer ke website Traveloka dan pilih masa dan tarikh sesuai untuk korang pergi bercuti ok.

Selepas semuanya selesai buat tempahan, mama rasa sedikit semangat untuk pergi bercuti. Yeayy!!! Mama harap dapat la berehat sepuas-puasnya di Penang Hotel dan kuat berjalan di sana nanti. Kata orang kita kena lah sekali sekala rewards kepada diri sendiri sebelum mama bersalin nanti. Doakan mama yer kawan-kawan! Untuk maklumat lanjut boleh layari Traveloka

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook