Food Review

Dominos Pizza Memperkenalkan Menu Terbaru "Fabulous Four"

10:28 AM

Domino's Pizza sangat sinonim dengan pelbagai jenis pizza yang lazat di Malaysia. Domino's Pizza juga telah membuka cawangan sebanyak 12,600 dari lebih 80 buah negara sehingga pada pertengahan tahun 2016. Di dalam Malaysia, Domino's Pizza pertama diperkenalkan di USJ 9, Subang Jaya pada tahun 1997. 

Di Domino's Pizza menawarkan 28 jenis pizza untuk dipilih yang terdiri daripada ayam, daging, makanan laut dan sayur-sayuran. Selain itu, Domino's juga turut menawarkan lebih 25 pilihan makanan sampingan yang lazat seperti pencuci mulut dan juga makanan dan minuman yang lain.

Pada Jumaat lepas, mama berpeluang untuk mencuba menu terbaru dari Domino's Pizza iaitu Fabulous Four. Fabulous Four didatangkan dalam 1 box yang mempunyai 4 hidangan yang menarik untuk pelanggan. Gadingan yang sangat istimewa iaitu manisan dan tidak manis merupakan kombinasi yang menarik khas buat pelanggan untuk makan bersama dengan pilihan pizza yang anda ingini.

Fabulous Four | 4 dalam 1 box yang sangat berbaloi

Satu kotak ini terbahagi kepada 4 hidangan iaitu Roasted Chicken Drummets, Cheezy Mozzarella Stix, Garlic Cheese Onion Rings dan Mini Cinnadots. Promosi set Fabulous Four ini membolehkan pelanggan memilih set ini sebagai hidangan sampingan bersama tempahan pizza yang dibuat. Harga pengenalan Fabulous Four yang ditawarkan adalah RM19.90 sahaja.

Oh nom nom nom sedap sangat.. korang kena cepat-cepat pergi Domino's dan cuba set Fabulous Four ni okey.. Mama paling suka Cheezy Mozzarella Stix.. sedap sangat!!!

Di Domino's Pizza turut membuat promotion pizza beli mana-mana size pizza 2 regular, 2 large & 2 xtra large dan jimat RM23.60
  • 2 Regular Pizza hanya RM30.00
  • 2 Large Pizza hanya RM50.00 
  • 2 Xtra Large Pizza hanya RM70.00
Meh kita tengok pizza yang paling laris di Domino's Pizza. Sorry korang buatkan korang terliur yer..

Pizza Tuna Temptation - Ini sedap sebab rasa isi tuna dengan cheese yang membuatkan korang nak makan lagi.

Pizza Spicy Sambal - yang ni mama pertama kali cuba.. Memula macam pelik sebab ikan bilis di atas pizza dengan ada cheese macam tak kena sangat tapi kalo dah rasa tak berhenti-henti lah makan sedap ya ampun!! terror Domino's Pizza cipta kelainan tau..

Extravaganzza - pun sedap ada gabungan beef sausage, ground beef, green peppers, onions, mushroom & olives.

Chicken Confidential - Sedap jugak.. ehh semua sedap la

Kalo korang nak cuba kelainan pizza yang manis boleh cuba Pizza Banana Kaya. 

Yang mana sedia maklum, Domino's Pizza juga memberikan penghantaran yang pantas kepada pelanggan :-
  • Dijamin penghantaran 30 minit dan pihak Domino's akan memberikan percuma voucher regular pizza
  • Dijamin 15 minit untuk bawa pulang dan pihak Domino's akan memberikan percuma voucher personal pizza
  • Free Delivery - Tiada charge tambahan
Untuk membuat belian melalui telefon boleh call 1-300-888-333 atau membuat belian melalui website boleh www.dominos.com.my

Muka blogger-blogger happy dapat mencuba set terbaru di Domino's Pizza. Terima kasih Domino's Pizza


Untuk mengetahui info lanjut mengenai tawaran & promosi di Domino's Pizza boleh layari :-

Facebook Domino's : www.facebook.com/DominosMY
Website Domino's : www.dominos.com.my


Love,
/>

You Might Also Like

7 Comments

  1. Wah!bestnyaaaa...nak try la nanti..

    ReplyDelete
  2. alahaiiii ni buat cik perut iols x tahan dugaan ni
    tp mmg piza domino sedappppp

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaa... ari tue nk order on9 kenapa xnmapk pon set ni..

    5 Suis Rahsia yang boleh buat anak anda Diam

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh sebab set ni baru perkenal kat dominos dlm 15hb baru2 ni

      Delete

Like us on Facebook