Food Review

Just Seafood @ Sunway Giza Mall

12:52 PM

Pada Jumaat minggu lepas, mama dan beberapa orang blogger lain dapat jemputan untuk food review di salah satu restaurant makanan laut iaitu di Just Seafood, Sunway Giza Mall Petaling Jaya. Sebut jer seafood mesti terbayang makanan laut seperti ketam, udang yang besar, sotong, kupang dan kerang yang dihidangkan bukan. Sekarang kalo korang perasan dan menjadi satu trend dan makin mempelopori hati rakyat Malaysia untuk menikmati makanan laut segar yang dihidangkan di atas meja.

Bab-bab makanan seafood ni mama paling sukalah nasib pregnant kali ni mama takder allergic langsung dengan semua makanan laut. Masa diawal kehamilan mama tak boleh makan tapi sekarang korang bagi jer nak makan apa semua mama bedal. Hahahah.. Di Just Seafood, semua makanan yang dihidangkan di atas meja dan semua pelanggan digalakkan untuk menggunakan tangan mereka untuk makan supaya boleh menikmati rasa kesegaran makanan laut itu sendiri. Jom kita tengok dekorasi dalam restaurant Just Seafood yang sangat santai.


Menu di Just Seafood.. Korang leh tekan gambar untuk zoom harga ya.. 

Terbahagi kepada 2 kawasan samada di dalam atau di luar.

Konsep dapur terbuka so korang leh tengok proses memasak di sini.

Di sudut sauce bar diberikan pelbagai pilihan. 

Today's Special tengok nama menu dah teruja bukan...

Diberikan 1 besen serta spannar untuk pecahkan kulit ketam. Hahaha macam pelik jer mama sebut spannar. 

Air pilihan Ice Lemon Tea, Lime Ice Tea & Lime Bubbles. 
Setiap satu harga RM9 

Di Just Seafood menawarkan pakej hidangan seperti 1-2 pax, 3-4 pax dan 5-7 pax. Setiap satu set juga dihidangkan dengan ketam yang penuh isi, udang galah, udang besar, kerang besar, sotong, chilean mussels, kentang, lobak merah, jagung dan nasi serta toasted bread. Selain itu, disini ada satu yang istimewa iaitu boleh mencuba live oysters yang diimport dari USA. Sesiapa pengemar oysters boleh cuba sini yer sebab sangat fresh tau. Setiap hidangan makanan laut disini dihidangkan dengan 3 sos yang berbeza iaitu Louisiana Cajun, Butter Milk dan Creamy Peanut. Dah jangan duk bebel jom kita tengok makanan laut yang super sedap ni..

Tudiaaaa tengok la dah nak lambak segala makanan laut di atas meja ni...

Nampak tak??? Ahhh terliur kalo teringat ni.. Setiap hidangan akan diberikan samada nasi atau toasted bread. Ini sos Louisana Cajun. Sos ni diilhamkan dan popular di Vietnam dan rasa sos ni agak sedikit pedas tapi kalau makan dengan makanan laut ni akan menjadi sempurna dalam mulut. Sos ni paling laris di Just Seafood. Korang kena cuba tau...

Tengok muka mama yang teruja nak makan.. 

Sapa tak kenal yang ni tak tau la.. Ini paling istimewa di Just Seafood iaitu Live Oysters yang diimport dari USA. Cara makan oysters ni perah lemon dan titiskan sos tobasco ke atas oysters.  Untuk harga oysters adalah seperti dibawah :-

* 1 pc - RM18.00
* 5 pcs - RM72.00
* 9 pcs - RM126.00
* 16 pcs - RM216.00 

Setiap set akan dihidangkan dengan Chilean mussels.

Besar tak udang ni??? Puas hati sangat makan kat sini!!!

Ini pulak sos Creamy Peanut iaitu diilhamkan dari hidangan Malaysia iaitu kuah kacang satey. Bagi mama kuah ni macam ala-ala masak lemak cili padi dan ditambah dengan rasa kacang. 

Yang terakhir adalah sos Butter Milk yang creamy dengan butter. Ini pun sedap.. ehhh semua sedap-sedap lah.. 

Teruja tak tengok makanan laut di Just Seafood ni. Yang mana memang kaki craving makanan laut boleh datang dan cuba makanan di sini. Mama gerenti korang puas hati untuk menikmati makanan laut yang sangat segar, besar dan sos pilihan kegemaran korang. 

Harga untuk Louisiana Cajun Style 
1 - 2 pax RM109++
3 - 4 pax RM199++
5 - 7 pax RM399++

Harga untuk Butter Milk Style Seafood & Creamy Peanut Style
1 - 2 pax RM99++
3 - 4 pax RM189++
5 - 7 pax RM369++


Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi :-

JUST SEAFOOD
A-9-G Sunway Giza Mall
No. 2 Jalan PJU 5/14 PJU5
47810 Petaling Jaya
Selangor

Telefon : 012-229 0855
Email : info@justseafood.com.my
Facebook : Just Seafood


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook