Event Review

Majlis Pelancaran The Frutzee Family | Makanan Ringan Yang Sihat Untuk Anak Anda

12:12 PM

Pada Sabtu baru-baru ni, mama dapat jemputan untuk menghadiri pelancaran The Frutzee Family di Publika. The Frutzee Family merupakan anak syarikat dibawah Nutrio Food yang merupakan syarikat makanan ringan sihat yang pertama bagi kanak-kanak. 


Menurut Pengarah Urusan syarikat Frutzee Encik Derek, beliau mempunyai 3 orang anak yang sangat cerewet tentang pemaknan. Oleh itu, atas dasar pengalaman dalam perusahaan makanan selama 10 tahun, beliau amat gigih untuk memenuhi keperluan sekeluarga dengan pilihan yang terbaik. Dengan ini, beliau serta rakannya telah mencipta pemakanan snek yang bukan sahaja sihat malah berkhasiat serta lazat.


The Frutzee Family dikenali sebagai siri snek buah-buahan yang pertama bagi kanak-kanak dalam pasaran. Terdapat 4 rasa buah-buahan bagi Frutzee, iaitu rasa pisang, anggur, epal dan strawberi. Untuk pengetahuan semua, Frutzee direka untuk memenuhi cita rasa kanak-kanak yang berumur dari 12 bulan ke atas dan disamping itu kita boleh mengawasi pengambilan nutrien anak-anak anda. Hasil daripada buah-buahan sebenar akan dibeku-keringkan sebaik sahaja dipetik agar supaya ia dapat mengekalkan segala zat-zat asli dan kebaikan nutrisi buah-buahan yang segar.

Kotak Frutzee yang menarik minat kanak-kanak.

Nutrio Food menggunakan teknologi yang terbukti canggih dan dipaternkan. Buah-buahan dibersihkan dan diletakkan di dalam ruang vakum untuk disejukkan sehingga suhu -30 darjah celcius. Dengan kaedah pembekuan ini, buah-buahan dibekukan dalam keadaan segar secara semulajadi dan rasa asli yang dapat dikekalkan. Oleh itu, udara dipam keluar melalui proses vakum yang menukar kristal air batu kepada gas supaya diasingkan daripada buah-buahan yang dikeringkan. Menerusi proses tersebut, nutrisi dapat dikekalkan selama setahun dan ia dapat meninggalkan kegaringan kepada produk.

4 buah-buahan segar yang telah dibekukan dan dikeringkan menjadi makanan ringan yang sihat kerana snek makanan ini tidak mengandungi gula tambahan, tiada pewarna serta tiada minyak. Oleh itu, anak-anak anda boleh makan begitu sahaja atau dimakan bersama susu, bubur atau cereal.

Harga setiap kotak RM18.00 dan mengandungi 4 pack di dalam kotak tersebut.

The Frutzee Family kini boleh dibeli secara atas talian melalui www.frutzee.my dan www.motherhood.com.my

Selain itu, anda juga boleh membeli Frutzee melalui rangkaian runcit di lokasi berikut :-
  1. Babyland (M) Sdn Bhd (No. 35-39-M, Jalan SS2/64, 43700 Petaling Jaya, Selangor)
  2. Chubby Chubby Sdn Bhd (FF03 A & FF05, The Waterfront @ Parkcity 5, Persiaran Residen Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur)
  3. Rising Sun Health Food ( No 58, Jalan Rimbunan Raya, Laman Rimbunan Kepong, 52100 Kuala Lumpur)
  4. Kedai Ubat Wei Yip (No 9, Jalan SS2/67, 47300 Petaling Jaya, Selangor)
  5. Lobbee (D2-G3-3A Solaris Dutamas (Publika), No 1 Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur)
Pada 19 Ogos 2016 sehingga 21 Ogos 2016, Frutzee akan menyertai Premium Baby Expo di KLCC. Gerai Frutzee akan berada di No 3037 dan 3038, Hall 4. Pelbagai aktiviti akan ada disepanjang Expo jom datang memeriahkan acara. 

Untuk maklumat lanjut mengenai snek yang berkhasiat sila layari laman Facebook Nutrio Food di www.facebook.com/NutrioMalaysia/ atau laman web rasmi Frutzee di www.frutzee.my


# Tunggu next entri mama akan update apa yang boleh buat dengan makanan ringan Frutzee ni.. Tunggu tauuuuu


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook