Advertorial

Mix Box Cake & Brownies Dari HoneyBerryBake Yang Super Sedap!!!

10:27 AM

Baru-baru ni mama tetiba craving nak makan macam-macam jenis kek & brownies. Huhh nak beli setiap satu tapi kuantiti banyak la pulak jenuh nak perabih kan. Nasib ada satu page Facebook ni ada jual pelbagai jenis kek dalam 1 box. Terus craving mak buyung terlaksana tau. Korang bayangkan mana nak dapat 7 jenis pelbagai kek dalam 1 box. Susah tau nak jumpa macam ni. Selalu kalo mama jumpa pun 4 jenis jer.. Ini hahhh 7 jenis apa lagi boleh merasa pelbagai jenis kek & brownies.. Giler best!!!

Since pregnant memang mama gemar manis-manis. Dari awal bulan lepas duk teringin cream puff la, red velvet brownies la. congor bar la.. nak buat sendiri paham-paham la keadaan mama yang memboyot terus malas. Sampai terfikir mana la nak cari orang jual dalam kuantiti skit-skit begini.. Psssttt korang jangan rungsing la... meh ni mama nak bagitau ada sorang akak ni dia tokey kek tau.. kekadang kalo korang rajin follow instagram & page facebook dia mesti akan buat fast sale!! Bukan senang dia nak rajin buat gini yer.. Sebab dia punya order untuk pelbagai jenis kek & brownies ni memang tak menang tangan la orang cakap. Time dia buat fast sale mix box ni korang cepat-cepat booked kalo tak melepas lah!!!

Hahhh lepas ni korang kena ingat logo HoneyBerryBake ni tau

Kat gambar bawah ni mix box yang super laris!! Korang bayangkan ada 7 jenis kek & brownies yang sedap giler-giler!! Mama dengan Qebal yang hantu kek sampai berebut-rebut dalam 1 mix box ni.. Yang paling sedap semualah bagi pendapat Qebal... mama sendiri pun puas hati dapat makan semua jenis ni.. Yang red velvet choc cheese brownies tu wallah sedap sungguh sampai sekarang duk teringat-teringat jer.. Cream puff pulak rasa inti dalam dia cheese tau bukan custard. Untuk congor bars pulak lain dari yang lain siap boleh rasa gigitan ketulan coklat di dalam congor bars tersebut. Manakala oreo truffle brownies pun sedap.. alahaiii semua sedap lah.. susah nak cakap!!! korang kena beli dan rasa sendiri baru gerenti sedap macam mana yer.... sambil mama taip dah kecur air liur.. hahhhh kompom kena order lagi next week gini.. heheheheh.. mana leh tahan macam ni!!!

Setiap Mix Box berharga RM 50.00 sahaja dan mengandungi 7 jenis iaitu :-

* 6 pcs - Cream Puff
* 3 pcs - Eclairs
* 8 pcs - Congor Bar
* 7 pcs - Fudge Brownies
* 3 pcs - Nutella Oat
* 3 pcs - Oreo Truffle Brownies
* 4 pcs - Red Velvet Choc Cheese Brownies

Di HoneyBerryBake juga buka tempahan untuk sebarang majlis keramaian, hari jadi, pot luck dan pelbagai jenis majlis.. Kalau korang nak order kek / brownies ni dalam kuantiti banyak pun ada jugak.. Make sure korang kena buat tempahan awal la yer... Untuk harga dan kuantiti boleh rujuk gambar seperti dibawah yer... Dijamin korang puas hati & terbaiklah hasil tangan homemade HoneyBerryBake ni uollsss!!!

Congor Bars - (84 pcs) 
RM 70.00 

Fudge Brownies - (84 pcs)
RM 55.00

Nutella Oat - (45 pcs)
RM 60.00

Red Velvet Choc Cheese Brownies - (50 pcs)
RM 90.00

Oreo Truffle Brownies - Size 9 inch (45 pcs)
RM 80.00

Cream Puff - (50 pcs)
RM 38.00

Eclairs - (25 pcs)
RM 35.00

Hahh lupa pulak yang mana nak order boleh terus direct wassap Puan Norlinda sendiri yer dan setiap order korang boleh self pick up di Apartment P16, Fasa 1C Putrajaya (belakang Alamanda). Untuk sebarang penghantaran korang boleh deal dengan beliau ok... 

Untuk sebarang tempahan dan pembelian boleh hubungi :-

Puan Norlinda Ahmad

HoneyBerryBake (002344775-D)
Wassap : 019-9191 835
Email : honeyberrybake@gmail.com
Facebook : HoneyBerryBake
Instagram : @honeyberrybake


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook