Advertorial

Pengalaman Face Spa Menggunakan Nu Skin

10:24 AM

Pada Ahad lepas, mama berpeluang untuk melakukan spa muka di Sungai Long. Ehh dah lama jugak mama tak buat spa muka ni. Yer lah since pregnant mama rasa dah lama tak membelai muka sendiri. Rasa macam hilang seri pun ada. Hehehe seri muka abis baby kecik dah ambik. Ok mama pun pertama kali dengar Nu Skin. Korang pernah dengar tak? Mesti tak pernah kan.. Meh ni mama story skit apa Nu Skin ni. 

Nu Skin ditubuhkan pada tahun 1984. Nu Skin Enterprise adalah sebuah syarikat jualan langsung yang mengedarkan produk anti-penuaan yang berkualiti dalam penjagaan diri serta makanan tambahan. Nu Skin beroperasi di 54 pasaran antarabangsa seluruh Amerika, Asia Pasifik, Eropah, Afrika dan Timur Tengah. Nu Skin menjual lebih daripada 200 produk anti-penuaan, penjagaan diri dan makanan tambahan seperti ageLOC, Facial Spa, Tru Face Essence Ultra dan Epoch.

Untuk maklumat lanjut dengan produk ini boleh layari www.nuskin.com

Masa Ahad lepas juga, mama telah diperkenalkan oleh seorang pakar mengenai produk Nu Skin iaitu Shu Yi. Beliau menerangkan lebih lanjut mengenai produk-produk Nu Skin yang berada di pasaran serta kebaikkan produk tersebut. Mari kita tengok apa produk-produk Nu Skin ni yer.. 

Galvanic Spa 

Galvanic Spa ini adalah satu mesin yang tidak menggunakan elektrik tapi ia menggunakan bateri untuk membuat urutan di wajah anda. Apa yang best Galvanic Spa ini adalah direka dan berkuasa untuk menyerap sehingga 5 kali Facial Gels dengan ageLOC dan ia menyerap ke dalam kulit wajah anda. Facial Gels dengan ageLOC digunakan untuk melembutkan ke liang roma dan membolehkan kulit bernafas serta membuang lebihan minyak di wajah anda. Rawatan ini adalah langkah pra merawat untuk mengelakkan penuaan bagi mengekalkan kulit yang muda serta mengurangkan penuaan.

Galvanic Body Spa

Galvanic Body Spa dan Galvanic Body Shaping Gel pula merupakan mesin yang boleh memecahkan lemak dan toksin serta mengurangkan dan melicinkan selulit di badan anda. Selain itu, ia boleh menegangkan kulit badan yang mengelembir serta memampatkan kulit tona badan anda. Mesin ini boleh digunakan 2x sehari untuk mendapatkan bentuk badan idaman anda. 

Ok meh mama citer pasal facial spa pada hari tu.. memandangkan mama tak boleh guna Galvanic Spa sebab mama kan tengah pregnant so mama ambik facial spa biasa sahaja. Heheh

Creamy Cleansing Lotion & Nu Skin Face Wash

Creamy Cleansing Lotion - Memula mama cuci mekap dengan menggunakan Creamy Cleansing Lotion ni. Kelainan lotion ni sangat smooth tak berminyak dan ia sangat sesuai untuk cucian mekap di muka. 

Nu Skin Face Wash - Selepas itu mama cuci muka dengan menggunakan Nu Skin Face Wash. Face wash ini mempunyai vitamin c yang paling tinggi. Korang pun tahu kan vitamin c ni untuk mencantikkan kulit. Memula masa cuci macam sedikit panas itu menandakan vitamin c untuk pencuci muka ni kuat dan sangat berkesan. Selepas mencuci terus kulit mama rasa segar gitu. Best jugak face wash ni tau.. 

Gambar sebelah kiri selepas menggunakan Creamy Cleanser Lotion, manakala yang sebelah kanan setelah dicuci dengan menggunakan Nu Skin Face Wash


Glacial Marine Mud - Kemudian mama pakai Glacial Marine Mud macam sejenis masker. Glacial Marine Mud memulihkan kulit dan membantu sel-sel kulit mati serta dapat meremajakan kulit. Selain itu, masker ini juga dapat menghilangkan parut jerawat dan mengecilkan pori-pori di wajah anda. Ia diperkaya dengan lumpur glasier yang dapat memelihara kulit dengan lebih 50 mineral dan termasuk zinc serta tumbuhan laut. Mudah jer pakai hanya sapu di seluruh muka dan biarkan selama 15 - 20 minit, kemudian bilas dengan air suam. Dan korang boleh rasa perbezaan kulit selepas menggunakan mask ni sebab rasa kulit jadi lembut dan bersih.

Tetiba muka jadi keras pakai masker ni.. Nampak gambar sebelah kanan tu di bahagian hidung ada biji-biji minyak itu menandakan masker ini menyedut lebihan minyak di wajah kita.


Tru Face Essence Ultra - Selepas pakai mask tu mama sapu Tru Face Essence Ultra pula. Memula mama pakai sebelah nak tengok keunikan tru face ni. Memang ternyata macam susuk uolls.. hahaha kalo korang perasan pakai jer sebelah terus rasa pipi naik tau. Tru Face Essence Ultra ini sangat berkuasa dan sangat terbukti untuk menengangkan kulit dan tampil lebih muda. Selain itu, ia membantu melindungi kulit dari radikal bebas. 

Nampak kan gambar sebelah kiri tu sebelah pipi naik dan sebelah kendur. Gambar kanan setelah memakai Tru Face nampak 2 ketul pipi yang naik tu.. heheheh terus rasa kulit tegang tau.. 

Selain produk-produk di atas, Nu Skin juga ada Nu Colour Replenishing Lipstik. Lipstik ni sangat kaya dengan extra virgin olive oil bagi melicinkan bibir dan membuatkan kulit bibir sentiasa muda. Ada 10 warna yang sangat menarik untuk pilihan korang.


Untuk mengetahui kesemua produk Nu Skin dan ingin menjadi ahli Nu Skin dengan PERCUMA seumur hidup, korang boleh hubungi :-

Miss Shu Yi Wong 

Facebook Personal : Wong Shu Yi
Facebook Page : Nu Igniters 
YouTube : Shu Yi Wong


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook