Drama

Rumi & Jawi

8:18 PM

Dalam 2 minggu lepas mama pasang astro mama terlayan 1 drama ni tau.. tajuk dia Rumi & Jawi.. Apa best sangat citer ni.. sekali dah tertengok ehh best.. jalan citer lain dan tak macam drama lain. serius mama suka dengan watak Rumi yang kadang2 buat orang akan gelak dengan dia. Patern mama kalo dah tengok sekerat jalan mula lah tak tahu awal2 citer.. dah kena marathon semalam dari episod 1 tau.. dekat kul 3 pagi baru abis episod 9.. whatttt rabak mata.. sampai senget la duduk atas kerusi depan pc ni tau.. nasib mama boleh bersila atas kerusi ni lagi.. kekekek..

Kalau sapa dah tengok kat Astro citer ni dah habis last week.. dah la episod last tak tengok geram jer.. hahaha.. ramai jugak yang layan citer ni rupanya.. sapa tak terlayan tu korang layan jer online senang takder iklan... kalo dah tertengok mesti korang akan tengok sampai abis punyalah.. ni ada lagi 7 episod nak abis.. nasib 20 episod jer mau kata sampai 60 episod jenuh ngadap!!!.. dah la korang baca sinopsis citer ni yer.. nanti kat bawah mama bagi link drama ni.. terbaik lah lakonan Remy Ishak ni.. comel jer dia bawa watak ustaz yang alim-alim macam ni.. 


Sinopsis Rumi dan Jawi 

Lahir Islam belum menjanjikan mati sebagai Islam. Manusia makin keliru antara hukum dan adab, akidah dan kepercayaan. Apatah lagi bila merasakan ilmu tebal didada. Makanya mulalah dia mengambil tugas Tuhan iaitu hukum dan hukum. Semuanya bermula bila Rumi pulang ke Malaysia dari Mesir dengan Masternya iaitu Master Akidah dan Filosofi. Rumi terkejut melihat cara hidup keluarganya yang sudah tidak mengamalkan ajaran islam dalam hidup mereka. Berpegang pada hukum, Rumi bertekad untuk merubah hidup keluarganya, namun ianya tak semudah yang disangka kerana keluarga Rumi agak tertekan dan mula memberontak dengan sikap Rumi yang terlalu memaksa mereka untuk berubah.

Sikap Rumi yang gemar membantu orang dalam kesusahan dan ingin kembali ke pangkal jalan membuatkan Maya dan Keisya sama-sama jatuh hati pada Rumi. Kematian adik bongsu Rumi iaitu Aisya memberi tamparan hebat pada keluarga Rumi dan Rumi kemudiannya terpaksa ke New York atas urusan kerja. Di sana dia bertemu dengan seorang wanita yang bernama Jawi yang sangat bencikan dirinya. Keadaan mula menjadi rumit bila Ibu Rumi ingin menjodohkan Rumi dengan Jawi namun mereka saling benci-membenci. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

Nah link drama untuk citer ni korang layan la yer.. mama nak marathon lagi 7 episod tengah malam ni.. Link Drama [Rumi & Jawi


Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. wahh..ceritanya ada nampak iklan dia hari tu,tapi irda tak sempat nak layan ,,hehe tengok iklan hari tu nampak menarik juga cerita ni...bytheway salam ukhuwah mamajue

    ReplyDelete
  2. aida tgk 1-2 episod jer, jue.
    memang x dpt tgk.
    timing nyer tak sesuai dgn aida hu hu hu...
    mcm menarik.
    mau klik la itu link later.

    ReplyDelete
  3. Korean Drama · KShow · Dramanice · Kissasian · MyAsianTV · KShowOnline · Dramalove · Dramafire · Goblin All Episodes · My Secret Romance · Taiwanese

    ReplyDelete

Like us on Facebook