Product Review

Sumber Ayu Pembersih Kewanitaan Dari Daun Sirih Yang Semulajadi

9:39 AM

Setiap wanita harus menitik berat tentang penjagaan kawasan intim anda kerana di situ banyak bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut. Mama yakin setiap anak dara sehingga lah mak dara sangat menjaga kawasan intim tersebut. 

Walaupun mama tengah mengandung mama juga menjaga untuk melindungi dari bakteria. Tambahan pula wanita mengandung amat sensetif jika tidak dijaga dengan betul. Ia boleh mengalami keputihan dan juga kegatalan di tempat tersebut. Selain itu, mama tidak boleh menggunakan pembersih wanita yang mengandungi herba yang kuat ketika mengandung ini kerana ia boleh mengetatkan Miss V dari luaran. 



Oleh itu, mama lengkapkan rutin penjagaan peribadi dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU yang diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik. 

Untuk pengetahuan korang, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar. Ia mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita dan tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga di perakui HALAL oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah. 

3 botol rangkaian daripada 6 yang terdapat di pasaran mama telah cuba. 

So, korang tak perlu susah-susah mencari daun sirih untuk dapatkan air bagi mencuci bahagian intim anda. Sekarang zaman serba moden korang hanya buka penutup dan tuangkan keatas tapak tangan lalu mencuci bahagian tersebut, kemudian korang boleh bilas dengan air. Pembersih Wanita SUMBER AYU ini mempunyai wangian yang menarik. 

Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita pada setiap peringkat umur dan mempunyai enam wangian yang menarik dan pelbagai iaitu :-

  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Orkid - Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunanya dalam pelbagai cara.
  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Mawar - Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis.
  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Floral - Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.
  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Musk - Aroma semulajadi kastrui yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.
  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Gambir - Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.
  • Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU Furity - Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.

Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU yang berkualiti ini dibawakan oleh WIPRO UNZA dan kini boleh didapati di semua pasaraya utama dan farmasi pada harga RM 3.60 (90 ml) dan RM 5.80 (200 ml). Untuk maklumat lanjut boleh layari www.wipro-unza.com



Love,
/>

You Might Also Like

15 Comments

  1. eh suka tau guna ni..wangiiiiiiiiiii

    ReplyDelete
  2. akak pun suke yg nie...sebab bahan2 natural die...

    ReplyDelete
  3. wahh..nak guna lah lepas ni :)..thank you for sharing

    ReplyDelete
  4. salam...
    nieyl jenjalan pagi sini.. ♥
    nieyl pun pakai jugak :)

    ReplyDelete
  5. Baru dapat ptg smalam. Tak sempat nak guna lagi ☺

    ReplyDelete
  6. cik nor dah lama guna guna sumber ayu ni..skali dah review..wow..teruja sgt..:)

    ReplyDelete
  7. wangii benda ni. nk beli la satu. teringat derita UTI memang seram --'

    ReplyDelete
  8. sy dari dulu guna sumber ayu ni..sedap bau dia
    bau sireh tp wangi..

    ReplyDelete
  9. Cantek bentuk baru sumber ayu ni...
    Akak pun dah lama guna jenama ni.

    ReplyDelete
  10. Dari zaman sekolah guna... Best kan

    ReplyDelete
  11. Bagus kan produk ni, harga pun mampu milik :)

    ReplyDelete
  12. ni kalau dapat kat saya ni..err tak tau nak buat apa haha :D

    ReplyDelete
  13. Fruity tu yang paling Ros suka! Wangi.

    ReplyDelete

Like us on Facebook