Blogger Review

"Easy Go" Car Charger By Sista Malaysia | Kegunaan Ketika Di Dalam Kereta Anda

11:55 AM

Penggunaan gadget seperti smartphone sangat penting ketika travel ke sana ke mari. Jika powerbank korang dah nyawa ikan mesti susah nak selamatkan. Tak kan la nak berhenti di perhentian R&R semata-mata nak charger phone yer tak. Tak pasal-pasal lambat sampai ke destinasi. Ok memandangkan sekarang zaman serba canggih, mama pun tak terkecuali keadaan sebegitu pernah terjadi kat diri mama. Hehehe biasalah manusia pernah melakukan kesalahan macam mama terlupa nak charger powerbank tapi nasiblah ada aksesori dari Sista Malaysia iaitu Easy Go Car Charger yang super pantas ni memang selamatlah smartphone daripada terpadam buat seketika. 


Korang pernah dengar Sista Malaysia? Ok meh mama nak cerita sikit tentang Sista Malaysia ni. Sista Malaysia adalah sebuah syarikat yang berasal dari Hong Kong dan kini ibu pejabat Sista di Shenzhen China yang sangat terkenal dengan produk digital dan perbuatan peralatan yang canggih. Untuk pengetahuan korang, pengasas dan pasukan rekaan khas serta ahli-ahli dari Shenzhen, Hong Kong dan Malaysia mempunyai pengetahuan khas tentang trend pembangunan industri, reka bentuk dan pemasaran untuk mencapai standard produk dari segi kawalan kualiti, inovasi dan utiliti. 

Sista Malaysia ditubuhkan pada 5 August 2015 yang lepas dan kini telah dikenali dengan produk yang berkualiti tinggi dan setanding dengan produk lain di pasaran. Produk yang dikeluarkan oleh Sista Malaysia seperti powerbank, data cable, charger, bluetooth earphone, smartphone cover, smartphone screen film dan pelbagai barangan lagi. 


Untuk kali ni mama nak review satu produk dari Sista Malaysia iaitu Easy Go Car Charger. Hampir seminggu mama menggunakan produk ni memang ternyata mama puas hati sangat kerana salah satu produk ni tersangat cepat charger phone mama ketika di dalam kereta. Selain itu, car charger ni ada 2 USB port memang mudah la nak charger 2 phone dalam satu masa. Yang menariknya lagi easy go car charger ni mudah detect sebarang telefon ok. Selalunya mama beli susah sangat nak detect asyik tak boleh charger jer kat dalam kereta dah rugi jer beli. 

Maklumat Produk Easy Go Car Charger Sista Malaysia :-
  • Dual smart chips
  • Intelligent matching the curret of devices.
  • Multi-Protection (OVP/OCP/UVP/SCP/OTP/OPP) 
  • Fire protection material 
  • Efficiency: 90% 
  • Blue LED indicator 
  • Polished surface 
  • Input : DC 12V-24V 1.5A max 
  • Output : DC 5V 1A/2.4A (2.4A max) 
  • Output watts : 12W 
  • Dimension : 60 x 26 x 26 mm 
  • Net weight : 19g 
  • Operating temperature : 0~50 ℃ 
  • CE FCC ROHS Cerfication
  • Available colour : Black / White
Warna Biru LED menunjukkan car charger berfungsi. 

HARGA Easy Go Car Charger 
RM 59.00 

Untuk mengetahui di mana boleh dapatkan produk Sista Malaysia yang original boleh tekan link ni [WHERE TO BUY SISTA IN MALAYSIA] 

Jika korang nak tengok barang aksesori yang dijual oleh pihak Sista Malaysia boleh #SistaMalaysia


SISTA MALAYSIA

FACEBOOK Sista Malaysia | WEBSITE Sista Malaysia


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook