Blogger Review

Pak John Steamboat & BBQ | The Best Steamboat Buffet In Town

10:12 AM

Sapa sini suka makan steamboat?? Hahhh mama pun hantu jugak makan steamboat ni. Dah masuk restaurant tengok jer makanan sampai tak tahu nak makan apa sebabnya banyak giler pilihan makanan. Minggu lepas mama dengan 2 blogger iaitu Kak Diya dan Dee Lenoard menikmati food review steamboat untuk dinner. Thanks Dee invite Mama Jue datang makan sini. Heheheh kiranya sempat la makan sebelum mama beranak. 

Ini pertama kali mama mencuba makan steamboat di Pak John Steamboat & BBQ. Sebelum ni mama pernah dengar di Wangsa Walk tapi kat sana dah tutup la. So sekarang yang ada restaurant Pak John Steamboat & BBQ hanya di Ecurve Damansara. Alaaa sapa yang hantu makan tak kesah jarak jauh mana mesti kompom datang makan punya. Yang bestnya Pak John Steamboat ni tempat dia bersih, luas dan berhawa dingin uolls.. so korang tak perlu risau berpeluh-peluh ker apa yer.. 

Pintu masuk Pak John Steamboat. Hahhh nampak logo HALAL tu so korang jangan risau ya.. Nanti tanya lagi halal ker tak.. tu hahhh besar punya logo tak nampak lagi tak tahu ler..

The Best Steamboat Buffet in Town!! Seriusly the best mama cakap.. InsyaAllah nak repeat lagi nak bawak family datang sini..

Di depan pintu masuk restaurant ada fridge open yang ada segala udang kara besar-besar. Hahh ini harga asing yer.. kalo korang nak makan boleh call untuk booking dulu. 

Ukuran tinggi kanak-kanak.. Nanti mama share bahagian last sekali ok..

Di Pak John Steamboat & BBQ ni ada 5 jenis sup yang pelbagai pilihan. Yang mana korang suka pedas boleh pilih pedas, kalau ada anak-anak tak suka pedas boleh pilih tak pedas. Pilihan di tangan anda ok. Sup yang terdapat di Pak John Steamboat adalah :-
  • Prawn Soup
  • Tomyam Soup
  • Chicken Soup
  • Miso Soup 
  • Curry Soup
Pilihan mama Tomyam & Curry soup.. sedap korang patut cuba tau...

Yang bestnya di Pak John Steamboat ni tempat dia sangat luas. Kalau korang nak buat party ker, event untuk office ker boleh jer call untuk booking di sini. Korang jangan risau di sini boleh memuatkan sehingga 250 orang dalam satu masa. Mama pasti gerenti korang selesa dan puas hati dengan tempat ni. Hahh satu lagi di sini ada VIP Room tau dan siapa nak buat birthday party dengan family boleh jer korang tempah kat sini dan tiada charge extra yer.. hahhh best giler!!!


VIP Room siap ada tv lagi uolls.. mana nak dapat macam ni kat Pak John Steamboat jer ada.

Ok jom kita tengok makanan-makanan yang terhidang di sini. Di Pak John Steamboat menawarkan lebih daripada 100 jenis sayuran, daging, makanan laut yang berkualiti dan segar. Selain itu, ada juga hidangan buffet seperti nasi goreng cina, mee goreng dan lain-lain yang dihidang secara buffet. Untuk buffet ini akan ditukar menunya setiap hari. Satu lagi hidangan buffet di sini unlimited time so korang boleh jer makan apa sahaja sampai la korang kenyang! Tapi ingat jangan membazir kang korang kena charge tambahan jika berlebihan RM10 bagi setiap 100 gram tau. 

Bahagian buffet 

Bahagian ayam, daging, makanan laut yang segar dan berkualiti.

Bahagian sayur-sayuran 

Kalau makan steamboat tak sempurna tanpa sos pencicah dia. Di Pak John Steamboat menyediakan sos homemade memang lain daripada yang lain lah. Sos yang dihidangkan seperti 

* Thai Sos
* Belacan Sos
* Sweet Sos
* Thai Green Chili
* Soya Sos
* Garlic Sos
* Pineapple Sos

Bahagian pelbagai mee kering. 

Ini best kanak-kanak pasti suka.. mama pun suka sampai teringat waffle tu.. aduhh sedap!!!

Ahaahhh dim sum pun ada tau.. 

Istimewanya ada steam corn & bubur ikan segar. 

Bahagian air panas, sejuk, manis semua ada. 

Dessert & buah-buahan untuk makanan terakhir nanti

Di Pak John Steamboat & BBQ korang kena wajib makan 4 jenis premium item seperti Abalones Slices, New Zealand Lamb Slices, Australia Beef Slices dan Smoke Duck Breast. Memang terbaik la daging yang dihidangkan disini yang lain dari lain tu ada itik. ehhh sedap sangat tau!! So korang kena cuba hokey!!

Ni lah 4 jenis premium tu yer..


Nampak muka mak buyung dah tak sabar nak makan.. 

Ready nak grill.. yeahh... 

Waffle & Kaya ball ni sedap.. waffle tu korang leh makan panas-panas dengan perasa coklat, butter atau kaya. terbaiklah!!

Ini last makan.. perghh penuh perut mak yong... hehehe

Thanks Dee & Pak John Steamboat... Thorbaik lah makan kat sini.. berbaloi-baloi sebab murah + pilihan pun banyak!!!

Harga Buffet Pak John Steamboat & BBQ

Dewasa : RM39.90+
Kanak-kanak 130 cm : RM19.90+
Kanak-kanak 60 cm & 2 tahun : FREE

Waktu Operasi : Isnin - Ahad | 10:00 pagi - 10:00 malam

 Restaurant Pak John Steamboat & BBQ
ECurve
Lot LG-13A & LG-15 Lower Ground Floor, eCurve
No 2A, Jalan PJU 7/3
Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor

Website : www.pakjohn.com

Telefon RSVP : 03-7733 3913 / 012-705 0684


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook