Blogger Review

Pengalaman Encik Husband Saloon Di Gentlemen’s Tonic | Barbershops Hipster, Mewah & Eksklusif

10:45 AM

Pada Sabtu minggu lepas, mama dapat satu jemputan untuk buat review saloon & spa di Gentlemen's Tonic. Tapi jemputan ini hanya untuk lelaki sahaja so mama pun hadiahkan kepada en husband lah. Untunglah en husband dapat buat saloon di barbershop yang hipster mewah lagi eksklusif ni. 

Selama ini kalau en husband nak gunting rambut hanya di saloon mamak jer. Heheheh. Tak pernah terlintas nak buat saloon di tempat yang mewah dan hipster begini. Rezeki en husband kan sempena nak menyambut raya haji katakan. Tersenyum lebar lah beliau sehari tu. Jeles betul mama dengan dia. Hahahah... 

Pintu hadapan Gentlemen's Tonic

Gentlemen's Tonic ditubuhkan pada tahun 2004 di tengah kota London khas bagi lelaki moden untuk mendapatkan perkhidmatan gunting rambut traditional, pelbagai gaya hidup dan perkhidmatan dandanan diri. Produk Gentlemen's Tonic telah memenangi anugerah Babassu dan Produk Bergamot yang telah dilancarkan pada tahun 2008 kerana ia bebas daripada bahan-bahan sintetik, bahan kimia berbahaya dan parabens. Selain di Malaysia, Gentlemen's Tonic mempunyai lokasi di Abu Dhabi, Dubai, Hong Kong, London, Mexico, New Delhi dan Moscow.

Kaunter reception 

Memula mama masuk ke saloon & spa ni mama sangat teruja sebabnya saloon & spa yang sangat hipster, mewah dan eksklusif sangat sampai tak terasa duduk dalam kedai gunting rambut pun. Memang terbaik la. Sesiapa yang pernah merasa masuk ke sini mesti akan rasa nak masuk lagi. Best betul Gentlemen's Tonic ni patut la dapat gelaran barbershop paling hispter di sekitar Kuala Lumpur. Jom kita tengok gambar sekitar di dalam saloon & spa ni ia pasti memukau mata korang punyalah!!

Sofa mewah + hiasan dalaman yang stylo.

Di Gentlemen's Tonic terdapat beberapa perkhidmatan yang disediakan seperti gunting rambut, dandanan diri, gaya hidup serta urutan. Selain itu, perkhidmatan seperti VIP Room serta SPA AT HOME juga terdapat di Gentlemen's Tonic. Jika korang mahukan pakej yang menarik boleh tengok link sini. [PAKEJ MENARIK]

VIP Room & Tempat gunting yang sangat selesa

Pada hari tersebut, en husband mendapat pakej The Shackleton iaitu perkhidmatan haircut & finish, beard trim / traditional wet shave yang mengambil masa selama 70 minit. Untuk harga pakej The Shackleton ini ialah RM190.00 sahaja.

Sebelum gunting en husband siap dapat minum black coffee dulu tau. Mana nak dapat layanan yang super awesome macam ni.

Okey ini Mr Maher yang akan gunting rambut serta mencukur misai serta janggut en husband

Macam mana style rambut en husband korang kena scroll sampai abis entri ni. En husband jenis tak kesah style apa so dia serahkan kepada Mr Maher yang pakar.

Ini lah produk yang digunakan oleh Mr Maher untuk en husband pada hari tu. Semuanya produk dari Gentlemen's Tonic

Selepas gunting rambut en husband, Mr Maher telah membersih rambut dengan menggunakan Daily Shampoo Gentlemen's Tonic untuk mencuci lebihan minyak di permukaan kulit serta rambut. Daily Shampoo ini mempunyai Babassu dan minyak kelapa yang menyuburkan kulit kepala dan melegakan serta menambah folikel rambut. Bahan-bahan yang terkandung dalam Daily Shampoo ini adalah halia, nutmeg, babassu, minyak kelapa dan minyak bergamot.

En husband melayan sampai terlena katanya. Huhh jeles.. hahahah

Kemudian selepas itu, Mr Maher menyapu Protein Conditioner yang diperkaya dengan protein yang sangat berkesan untuk meningkatkan kekuatan rambut. Bahan-bahan yang terdapat di dalam Protein Conditioner adalah yucca vera ekstrak, gandum protein, sutera hydrolysed, babassu, minyak kelapa serta minyak bergamot.

Mr Maher menggunakan warm towel pada bahagian muka en husband agar rasa segar sebelum bercukur selepas ini

Sebelum itu, Mr Maher buat urutan di bahagian belakang leher en husband. Terus en husband cakap hilang stress keje seharian kalo hari-hari macam ni.

Manakala bagi Traditional Wet Shave, Mr Maher menggunakan Pre Shave Oil sebelum mencukur. Ini kerana dapat membantu untuk melegakan, melembabkan serta melindungi kulit ketika mencukur. Oleh itu, ia dapat melembutkan janggut dan misai serta dapat membantu meluncurkan cukur dengan selesa.

Menyapu traditional shave cream sehingga berbuih agar dapat mencukur dengan lancar serta selesa

Setelah itu, baru Mr Maher menyapu Traditional Shave Cream di bahagian janggut serta misai en husband. Untuk pengetahuan semua, minyak babassu yang terdapat dalam produk ini membantu melindungi kulit daripada kering semasa mencukur dan madu manuka pula membantu membaiki, menyuburkan dan mengurangkan kerengsaan serta di samping itu dapat memperbaiki tisu serta melindungi kulit. Selain itu, madu manuka mengandungi anti-bakteria yang kuat untuk kulit dan berfungsi sebagai pelembap ke dalam kulit serta mengandungi asid laktik yang turut membantu membersihkan sel-sel kulit mati. Selepas selesai mencukur, Mr Maher menyapukan Soothing Aftershave Balm untuk kemasan yang sempurna selepas mencukur.

Selepas di cukur terus nampak kulit en husband bersih lagi segar.

Setelah 1 jam lebih en husband gunting rambut serta cukur janggut serta misai, terus nampak kelainan dan hipster dengan style rambut pacak. 

En husband puas hati dengan service perkhidmatan di Gentlemen's Tonic kerana memberi peluang merasai pengalaman saloon & spa di sini. Terbaik!! Terima kasih Gentlemen's Tonic.

Harga untuk setiap perkhidmatan di Gentlemen's Tonic

Khas buat pembaca blog MamaJue | Untuk dapatkan diskaun sebanyak 15% bagi setiap perkhidmatan di Gentlemen's Tonic, korang hanya perlu mention 

BLOG MAMAJUE

Bagi lelaki macho yang ingin mencuba perkhidmatan di Gentlemen's Tonic, boleh hubungi detail  seperti di bawah :-

GENTLEMEN'S TONIC
D5 - G3 - 3, Solaris Dutamas
No 1, Jalan Dutamas 1
50480 Kuala Lumpur

Telefon : 03 - 6412 8660
Email : malaysia@gentlemenstonic.com

Operation Hours : Sunday - Saturday | 10:00 am - 9:00 pm


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook