Blogger Review

Safi Shayla Pek Fleksi | Shampoo Wanita Bertudung

1:01 PM

Walau wanita bertudung, kita harus menjaga rambut kerana ia adalah mahkota setiap wanita. Dengan rambut yang menawan ia mampu memberikan keyakinan pada diri dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya kita harus menjaga agar keadaan rambut sentiasa sihat dan bermaya.

Memang tidak dinafikan, jika seharian bertudung rambut akan berbau serta gatal jika kita salah penggunaan shampoo yang tidak bersesuaian dengan rambut sendiri. Dengan ini boleh menyebabkan kita kurang keyakinan diri untuk menghadapi seharian serta berhadapan dengan orang ramai. Melihat keadaan ekonomi yang mencabar, kita sebagai pengguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan tapi dalam pada yang sama kita mahukan kualiti yang tinggi. 


Safi Shayla merupakan rangkaian jenama shampoo khas wanita bertudung yang diperkaya dengan Habbatus Sauda yang memperkenalkan satu solusi penuh inovasi iaitu SAFI Shayla Pek Fleksi

SAFI Shayla telah melancarkan satu produk terbaru bagi memudahkan semua wanita yang bertudung agar berbangga dan yakin dengan rambut walau mereka masih bertudung. Selain itu, SAFI Shayla Pek Flexi ini memudahkan pengguna boleh menggunakan terus atau digunakan sebagai pek isian semula ataupun sebagai pek kembara. 


Dengan adanya inovasi pek flexi ini merupakan inovasi yang pertama dalam industri shampoo. Ini telah diambil dari perkataan "fleksibel" iaitu sesuatu yang boleh digunakan dalam pelbagai cara dan keadaan. Dengan itu, SAFI Shayla melengkapkan kehidupan wanita bertudung moden yang sentiasa mencari produk yang berkualiti pada harga mampu milik. 


Jika korang perhatikan warna dan corak reka bentuk pada setiap variasi shampoo SAFI Shayla Pek Fleksi ini masih mengekalkan format asal SAFI Shayla pek pam dan botol, agar dapat memberikan kemudahan kepada pengguna untuk mencari produk ini. So, senanglah kalau nak beli isian semula shampoo ni bukan. 

Pek inovasi bersaiz 480 gram ini sangat memudahkan pengguna membawa kemana sahaja dan pek ini juga mesra alam dengan penggunaan plastik lebih kurang 65%. SAFI Shayla mengeluarkan lapan  shampoo yang berbeza iaitu :-
  • SAFI Shayla Hitam Menawan
  • SAFI Shayla Segar Bermaya
  • SAFI Shayla Anti Kelemumur
  • SAFI Shayla Itch Kontrol
  • SAFI Shayla Kawalan Minyak
  • SAFI Shayla Kawalan Rambut Gugur
  • SAFI Shayla Kawalan Rambut Rosak
  • SAFI Shayla Licin Terurus
Rangkaian Shampoo SAFI Shayla | Shampoo Wanita Bertudung

Ini adalah pertama kali mama menggunakan shampoo keluaran SAFI Shayla. Sebelum ni memang mama hanya memandang sahaja sebab mama risau rambut mama akan jadi keras dan tidak sesuai dengan rambut mama. Tapi jangkaan mama meleset sangat dan ternyata shampoo ini terbaik, wangi serta melembutkan rambut mama tanpa menggunakan pelembut lagi. Dengan harga yang murah mama ternyata puas hati dengan kualiti shampoo SAFI Shayla ini. 

Produk ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuklah pasaraya dan pasaraya hiper utama dengan harga RM14.65 sahaja. 

Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI, sila layari 

Facebook SAFI : www.facebook.com/SAFI.MY 
Instagram SAFI : @safimalaysia


Love,
/>

You Might Also Like

5 Comments

  1. bagus ni, boleh beli utk refill..akak guna shampoo ni..

    ReplyDelete
  2. mek guna yg ni jugak :) dah lame mek wonder kenapa pengeluar shampoo tak keluarkan pek refill padahal sabun mandi ade je yg refill :) and wallla to Shayla sbb jadi legasi pertama untuk buat pack refill :)

    ReplyDelete
  3. Sya guna yg biru khas utk masalah kelemumur... Ok lah setakat ni... Bau wangi

    ReplyDelete

Like us on Facebook