Kemeriahan Acara "Be My Reason Shower Run" 2016

11:35 AM

Pada 9 October 2016, hampir 1,500 peserta berkumpul di awal pagi Ahad yang indah dan cerah untuk menyertai Be My Reason Shower Run bagi menunjukkan tanda sokongan mereka terhadap kempen pemeriksaan sendiri payu dara ketika mandi, bersempena dengan bulan kesedaran kanser payu dara.


Acara Larian Be My Reason Shower Run ini dianjurkan oleh Shokubutsu, jenama krim mandian terkemuka di Malaysia, bagi menggalakkan wanita dan lelaki dalam meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya pengesanan awal dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi. Ini merupakan tahun ke-2, jenama Shokubutsu mengadakan kempen Pengesanan Awal Kanser Payudara, dimana ia adalah sambungan daripada siri jelajah yang telah pun berlangsung tahun lepas.


Berinspirasikan tema mandian, peserta-peserta secara amnya akan dihujani dengan buih-buih serta pancuran air di penghujung larian, selaras dengan objektif utama Kempen yang memfokuskan tentang pemeriksaan sendiri payudara ketika mandi. Selain daripada larian yang menggalakkan peserta untuk berlari dengan orang-orang tersayang, Be My Reason Shower Run turut mengadakan aktiviti riadah lain seperti senaman ringan dan juga pelbagai elemen keseronakkan lain yang dapat dinikmati bersama yang tersayang yang pastinya menjadi sebab utama untuk mempraktis pemeriksaan payu dara sendiri terutamanya ketika mandi ini.


Bercakap di acara Be My Reason Shower Run, Pengurus Pemasaran, Bahagian Produk Penjagaan Diri, Southern Lion Sdn Bhd, Jackie Low berkata,

“Kami percaya pemeriksaan sendiri payu dara adalah satu amalan yang penting bagi pencegahan awal dalam menyelamatkan nyawa. Mandi adalah masa terbaik untuk melakukan pemeriksaan sendiri payudara, kerana ia tidak memerlukan usaha keras mahupun langkah istimewa. Selain cukup mudah untuk dilakukan, ia juga senang untuk diingati kerana kita semua mandi sekurang-kurangnya sekali sehari!” 

“Kami berharap dengan berlari bersama orang penting dalam hidup kita seperti teman hidup, ahli keluarga dan rakan-rakan, pelari akan lebih bersemangat untuk mempraktis pemeriksaan payudara sendiri bukan saja untuk diri mereka sendiri, malah buat kepentingan orang yang mereka sayangi. Shokubutsu turut mengambil peluang ini bagi meraikan bekas pesakit serta keluarga yang terkesan dengan kanser payudara. Kami faham kesakitan yang dirasai bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui secara fizikal dan emosi, malah merekalah sumber inspirasi kami mengadakan kempen pencegahan awal kanser payudara ini,”tambah Jackie Low. 


Kempen ini disokong sepenuhnya oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NSCM) di mana ini merupakan kerjasama kali kedua bersama Shokubutsu. Turut hadir memeriahkan acara adalah aktor terkenal tempatan, Beto Kusyairy yang menyertai larian ini bersama isterinya, Tisha Shahar sebagai tanda sokongan terhadap kempen ini. Tisha mengesan ketulan kecil di payudaranya tidak lama dahulu ketika melakukan pemeriksaan sendiri. Mujurlah ia tidak membimbangkan. Sokongan dari Beto banyak membantu beliau melalui tempoh debaran menanti keputusan. Ternyata, pengalaman ini menguatkan lagi kepercayaan mereka tentang pemeriksaan sendiri payudara penting untuk pencegahan awal.

Beto Kusyairy bersama isterinya, Tisha Shahar

Tisha berkata,“ Saya lebih bimbangkan Beto sekiranya apa-apa yang tidak diingini berlaku ke atas saya. Namun, dialah penyokong utama saya sepanjang tempoh itu. Jadi saya galakkan semua wanita untuk jadikan langkah mudah ini satu rutin.”


Cek bernilai RM 25,000 disampaikan kepada NSCM di acara larian ini bagi menyumbang atas usaha murni NCSM dalam meningkatkan kesedaran dan mendidik pentingnya pemeriksaan sendiri payudara kepada masyarakat. Wang tersebut diperolehi dari RM10 yuran pendaftaran acara larian Be My Reason Shower Run dan juga RM0.10 dari setiap unit pembelian produk krim mandian Shokubutsu yang dijual di setiap pasaraya yang terlibat. Kempen Pink Ribbon Shokubutsu berlangsung dari 1 Oktober 2016 – 30 Oktober 2016.

Antara barang Shokubutsu yang terdapat dalam goodies bag serta medal dan sijil penghargaan. 
Credit to www.eyzamiel.com

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Shokubutsu Malaysia dan Instagram Shokubutsu Malaysia 


Love,
/>

You Might Also Like

4 Comments

  1. Replies
    1. tak pergi.. buat press release jer ni.. hehehhee

      Delete
  2. Nurse slalu sruh check breast sbb bnda ni bleh jd bile bile masa --'

    ReplyDelete
  3. bestlah event ni
    smbil berlari mandi manda heheh
    baju lak kaler pink aii likee

    ReplyDelete

Like us on Facebook