Product Review

Resepi Frutzee - Sarapan Pagi Yang Mudah Dan Berkhasiat Dari Frutzee

7:00 AM

Bagi memberikan makanan yang terbaik buat anak-anak tengah membesar adalah satu cabaran yang hebat buat ibu-ibu muda seperti mama. Mana tak nya mereka hanya memilih untuk makanan yang tidak sihat seperti makanan ringan yang mempunyai warna dan perasa yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Dengan ini tidak lagi dengan The Frutzee Family iaitu makanan ringan yang dikenali dengan snek buah-buahan pertama di pasaran. The Frutzee Family terdiri daripada 4 rasa buah-buahan iaitu rasa pisang, strawberri, anggur dan epal. Jadi, ibu bapa tidak lagi rungsing untuk memberikan snek makanan seperti ini kerana ia selamat dan sangat sesuai bagi kanak-kanak dari umur 1 tahun dan ke atas. Dengan adanya The Frutzee ini buah-buahan sebenar telah dikeringkan agar supaya mengekalkan zat-zat dan kebaikkan nutrisi buah-buahan yang segar.


Terdapat 4 rasa iaitu :-
  • Crispy Apple - mempunyai isi epal yang mengandungi mineral yang amat penting untuk kesihatan tulang dan pertumbuhan otot. Pektin pula mengawal sistem penghadaman anak-anak kita. Satu biji epal mempunyai jumlah yang sama serat dengan satu mangkuk bijiran serta tinggi dengan vitamin c dan membantu meningkatkan sistem imun anak-anak kita.
  • Crispy Banana - Pisang adalah sumber yang sangat baik Vitamin B-6, yang membantu badan kita tumbuh sel-sel baru. Kandungan kalium yang tinggi adalah penting untuk otot yang baik dan fungsi saraf. Mangan adalah penting untuk kesihatan tulang dan metabolisme.
  • Crunchy Berry - Strawberry adalah tinggi dalam serat dan juga merupakan sumber yang menakjubkan folat. Ia dipenuhi dengan antioksidan, penggalak imuniti yang kuat untuk kanak-kanak. Mangan adalah penting untuk kesihatan tulang dan metabolisme. Fitonutrien dan flavonoid dalam strawberi membantu sistem pencernaan, pemutihan dan kerengsaan kulit.
  • Crunchy Grape - Kalsium adalah penting untuk diet kanak-kanak kerana ia menyumbang kepada pertumbuhan tulang dan gigi. Kalium dalam anggur adalah penting untuk kesihatan jantung. Anggur adalah tinggi dengan vitamin C, yang mengandungi antioksidan yang kuat.
Dengan khasiat yang terdapat di dalam setiap Frutzee, mama hanya buat sarapan pagi yang mudah dan berkhasiat buat anak-anak mama. Selain itu, mereka makan begitu saja kerana ia sangat sedap dan tiada pewarna yang berbahaya.

Bahan-bahan :-

* 1 kotak susu Dutch Lady Full Cream Milk
* 1 bungkus nestum
* Beberapa biji anggur segar
* 1 peket Banana Frutzee
* 1 peket Strawberry Frutzee

Cara-caranya :-

Masukkan Nestum serta susu full cream ke dalam 1 mangkuk, kemudian potong buah anggur segar (boleh tukar kepada buah kiwi atau mana-mana buah yang korang suka), kacau hingga sebati. Kemudian taburkan 1 peket Frutzee banana serta strawberry. Siap...

Sangat berkhasiat untuk makan ketika sarapan pagi. 

Untuk maklumat lanjut mengenai The Frutzee Family boleh layari www.frutzee.my atau Facebook www.facebook.com/NutrioMalaysia/


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook