Campaign Blogger

Sambutan Perayaan Deepavali 2016 Dengan PETRONAS Malaysia

3:50 PM

Deepavali atau lebih dikenali sebagai pesta cahaya adalah antara perayaan utama yang disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu dan Sikh di Malaysia. Festival cahaya ini bertujuan sebagai peringatan untuk memupuk semangat lebih bertimbang rasa terhadap orang lain.

Selain daripada upacara-upacara penuh adat yang dipraktikkan oleh masyarakat India, Deepavali juga merupakan hari untuk mereka bersuka ria. Masyarakat India akan memulakan hari mereka dengan mengenakan pakaian baru serta menjamah beberapa jenis manisan.

Sempena sambutan perayaan Deepavali pada esok hari, marilah semua warga Malaysia menyambut perayaan Deepavali ini tidak kira agama dan bangsa untuk meraikkannya pada setiap tahun. Oleh itu, warga Malaysia sepatutnya saling hormat menghormati tidak kira perbezaan agama dan kita juga meraikannya bersama di antara satu sama lain. 


Dengan ini, pihak Petronas Malaysia telah membuat satu video khas sempena sambutan perayaan Deepavali pada tahun ini khas buat seluruh warga Malaysia. Dalam video ini, anda pasti terhibur dengan 2 lelaki India yang bersungguh-sungguh untuk memastikan perayaan Deepavali ini memberikan yang terbaik kepada warga tua yang susah agar mereka berasa gembira dengan kehadiran perayaan mereka yang sambut merasa gembira bersama.

Sebagai individu dan warga Malaysia agar memberikan cahaya menyinari di sanubari dalam diri dan terus membuat kita saling menghormati di antara satu sama lain. Oleh itu, keharmonian yang lebih baik boleh dicapai melalui pemahaman dan sifat bertimbang rasa yang tinggi. Walau dimana juga perayaan Deepavali disambut, ia membawa bersama kegembiraan, keseronokan, nilai positif dan kesejahteraan yang berpanjangan.

Selamat Menyambut Hari Deepavali!


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook