Advertorial

Cipta Detik-Detik Indah Setiap Harimu Dengan Enchanteur

9:41 AM

Wanita dan wangian tidak dapat dipisahkan. Sama juga dengan detik-detik indah setiap hari membuatkan wanita mahu menyimpan detik yang penuh bermakna dalam diri. Enchanteur sangat berbangga kerana mereka pakar mencipta produk penjagaan peribadi yang berinspirasikan wangian mewah Perancis.

Bauan, lebih dikenali sebagai deria kelima berkait rapat dengan memori. Bauan akan merangsang deria hidu sekaligus menerbitkan pelbagai perasaan termasuklah tarikan romantis. Bauan sememangnya unik dan memiliki keupayaan untuk membina tanggapan, terutama pada pertemuan pertama dan akan menentukan tindakan susulan berdasarkan kemahuan perasaan yang tercipta ketika itu.


Pada minggu lepas, mama dapat hadiah kotak pink dari Enchanteur Malaysia untuk mencuba produk yang lama tapi diberi wajah baru. Seingat mama masa mama zaman sekolah lagi mama pernah menggunakan produk Enchanteur ini. Tengok sahaja produk tersebut terus teringat detik-detik kenangan dahulu. Memang menjadi kenangan yang membuatkan diri mama bahagia. Masa dulu sesiapa menggunakan produk wangian Enchanteur ni kira dah mewah sangat. Almaklum la zaman sekolah mana ada duit lagi nak membeli produk wangian ni. Produk Enchanteur ni kategori dalam mampu milik kerana harga murah berbanding dari jenama lain. Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu menonjolkan kehadiran diri serta meningkatkan keyakinan diri dan mencipta momen penuh keajaiban setiap hari.

Set yang mama dapat shower creme, lotion, deodorant dan perfume.

Enchanteur Perfumed Shower Creme Intriguing

Mulakan hari dengan Enchanteur Perfumed Shower Creme. Wangian yang menyegarkan ini merangsang keceriaan untuk memulai melalu setiap hari. Enchanteur Perfumed Shower Creme bertindak sebagai asas dalam rutin harian kerana haruman campuran bunga-bungaan di dalamnya menjadikan waktu mandian rasa penuh kemewahan serta menjadikan anda menawan sepanjang hari. Rangkaian Enchanteur Perfumed Shower turut diformulasi dengan kandungan pelembap yang melembutkan kulit sambil membersih untuk kelegaan diri selepas hari yang panjang. Krim mandian dengan haruman mempersonakan ini dapat membantu untuk relaks dan rasa seperti dimanjakan.

Enchanteur Perfumed Lotion Romantic

Selepas mandi, sapukan Enchanteur Perfumed Lotion pada kulit yang telah dikeringkan untuk kelembapan dan mengoptimumkan penyerapan untuk kulit yang lebih lembut dan anjal. Lotion wangian badan Enchanteur yang diadun bersama minyak wangi Enchanteur mengekalkan keanjalan dan kelebapan kulit sepanjang hari. Sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan kelembutan bak sutera kulit sesama sesiapa berjabat tangan dengan anda.

Enchanteur Roll-On Deodorant Charming

Kemudian, sebagai perangsang keyakinan adalah disarankan untuk menggunakan deodoran atau semburan badan (body mist). Oleh kerana kita akan berpeluh sepanjang hari walaupun berada di dalam persekitaran berhawa dingin, jadi gunalah Enchanteur Perfumed Roll-on Deodorant atau body mist yang diaplikasi di bawah lengan (ketiak) akan membantu anda kekal segar dan bersedia untuk menjalani aktiviti harian.

Enchanteur Eau De Toilette Celebrate

Akhir sekali harus disempurnakan dengan semburan Enchanteur Eau De Toilette. Sembur perfume di titik denyut nadi bagi membebaskan haruman yang mempersonakan dan menyempurnakan lapisan wangian yang dicalit dari langkah terdahulu. Jangan langkaui langkah tanpa wangian ini, biarkan wangian ilham haruman mewah Perancis Enhanteur yang tersendiri ini membuatkan anda lebih berasa girang dan lebih menawan. 


Selain Enchanteur Shower Cream Intriguing turut terdapat wangian Charming dan Romantic. Manakala bagi Enchanteur Lotion terdapat Romantic, Charming dan Alluring.


Bagi Enchanteur Roll-on Deodorant terdapat 4 wangian berbeza iaitu Enticing, Romantic, Charming dan Alluring.


Yang terakhir untuk Enchanteur Perfume Eau De Toilette terdapat 3 wangian yang memukau Celebrate, Passionate dan Forever

Ikuti langkah-langkah yang mudah ini setiap hari dan anda pasti mampu mempesona sesiapa sahaja serta akan sentiasa bersedia untuk menikmati momen penuh magis yang romantik. Cipta detik-detik istimewa indah anda bersama haruman menawan Enchanteur yang tahan lama.

Harga Rangkaian Enchanteur :
  • Enchanteur Perfumed Shower dijual pada harga RM9.20 - RM13.65
  • Enchanteur Perfumed Body Lotion dijual pada harga RM7.50 - RM21.00 
  • Enchanteur Perfumed Deodorant dijual pada harga RM4.90 - RM11.90
  • Enchanteur Eau De Toilette yang dijual pada harga RM18.75 - RM33.50
Cipta Detik-Detik Indah Setiap Hari Bersama Yang Tersayang

Kesemua produk Enchanteur boleh didapati di semua kedai utama, pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai Enchanteur, sila layari 

Instagram : @enchanteurMY


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook