Resepi

Resepi Elbow Goreng Bolognese Mudah

3:46 PM

Salam korang!! tetiba hari ni mama update pasal resepi masak pulak. lama giler mama tak update kan since mama mengandung mana ada update dah.. setakat masak tu yer memang mama masak & rajin update kat insta.. hehehe.. Ok ni resepi mudah giler lah orang tak reti masak, orang bujang pun boleh. Semua bahan-bahan simple ajer tak payah susah. Dah anak bujang sorang ni tak makan nasi so mama memang spare la spaghetti, macaroni dan spesis macam ni kat rumah. Cuma budak cerewet ni tak nak onions!! pehtu mama hang nak tumis guna apa.. tak kan kosong jer kot.. alahai anak.. mama fening nak kasi budak western jawa celup ni tau.. hahaha dah jom tengok bahan-bahan yang simple ni.

Bahan-bahan :-

* 1 Mangkuk Elbow San Remo
* 1 tin Prego Traditional
* 1 Biji bawang besar
* 1 Mangkuk daging cincang brand Ramly
* 1 Mangkuk sayur campur - korang nak letak sawi carrot pun boleh

Cara-caranya :

- Rebus elbow dahulu tapi mama humban jer dalam Noxxa dan HP selama 4 minit.

Tumiskan bawang besar sehingga wangi kemudian masukkan daging cincang. Korang boleh tambah lada hitam kisar. Biarkan daging masak seketika.

Kemudian masukkan sos prego separuh. kacau sebati. Alaaa macam masak mee goreng tu. kalau nak letak sos pun boleh tapi mama tak der letak apa dah. Kemudian masukkan garam dan perasa.

Last sekali masuk elbow yang direbus tu. kacau sehingga sebati.. kacau macam masak mee goreng mamak gitu!!!

Tadaaa dah siap. Elbow goreng bolognese mudah lagi cepat!!.. 

Selamat mencuba!! hahhh orang tak reti masak pun jadi reti masak kan.. masak itu mudah. 


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook