Blogger Review

Hilangkan Lingkaran Hitam Di Bawah Mata Dengan Micrite 3D All Use Eye Cream

10:31 AM

Lingkaran bawah mata gelap ataupun eye bag ataupun dikenali juga sebagai "Mata Panda" memang boleh menganggu keterampilan terutamanya bagi wanita kan. Heeeee hodoh sangat bila ada mata panda ni? Orang akan cakap eyebag berkilo-kilo. Hahahah. Ini disebabkan adalah tidak cukup tidur akan menyebabkan eye bag terjadi. Bukan setakat lingkaran bawah mata jadi bengkak dan sembab malah akan terjadi kedutan di bahagian mata apabila kita senyum bukan.

Mama sendiri pun tengah mengalami masalah semenjak mama lepas bersalin. Hehehe. Dah namanya ada baby memang mama tak cukup tidur kerana setiap malam berjaga untuk menyusukan baby. Dek kerana ini di bahagian bawah mata mama bengkak, sembab serta mengalami eye bag. Pengorbanan seorang ibu apa boleh buat bukan. Tapi mama pastikan mama akan cuba menyahkan eye bag, kedutan "eye lift" dan "reduce puffiness" atau mengurangkan bengkak tersebut.



Untuk mama menghilangkan masalah yang mama hadapi ini, mama telah mencuba satu produk eye cream iaitu Micrite 3D All Use Eye Cream keluaran Swissvita. Apa Swissvita ini? Ok meh mama terangkan sikit. Swissvita merupakan pakar kecantikan dalam perubatan. Makmal Swissvita dapat menyelesaikan masalah kulit tanpa pembedahan yang merbahaya. Oleh itu, Swissvita ini selamat digunakan pada semua jenis kulit dan sangat berkesan. Formula perubatan daripada AC-11 x B12 adalah yang sangat baik untuk penjagaan kulit. Micrite 3D All Use Eye Cream ini menggunakan alluminium sealed package yang berteknologi tinggi untuk melindungi keaktifan cream tersebut. Cream ini additive-free iaitu selamat dan bebas daripada paraben. alcohol, fragrance dan pigment.


Sekarang tidak perlu susah-susah untuk menghilangkan eye bag dengan cara yang susah. Dengan adanya Micrite 3D All Use Eye Cream ini mama hanya sapu sedikit pada bahagian bawah mata pada siang dan malam sahaja. Dengan cream ini mampu melambatkan penuaan pada kulit di sekitar mata, melincinkan garis-garis halus dan memudarkan melanin dalam kulit. Selain itu, garis-garis halus di sekitar mata akan menjadi kembali tegang dan mengurangkan bengkak di bahagian bawah mata. Cream ini juga dapat melindungi kulit di sekitar mata dan menjadi kelihatan muda.

Mudah sahaja penggunaannya. Picitkan sedikit Micrite 3D All Use Eye Cream ke atas jari.

Kemudian sapu secara bulatan di bahagian bawah mata. Untuk hasil yang lebih cepat gunakan pada siang dan malam. Nampak kan bahagian mata mama bengkak dan gelap.

Baru beberapa kali penggunaan sahaja dah amazing result. Kalau pakai dengan kerap memang selamat tinggal eyebag berkilo-kilo itu. 

Harga Micrite 3D All Use Eye Cream ialah RM108.85. Kejappppp khas bagi pembaca blog MamaJue Story mama nak bagi kod diskaun sebanyak RM10.00 setiap pembelian cream ini. Untuk code diskaun sila masukkan code [JuelizaLoveSwissvita] untuk pembelian cream tersebut.

AMARAN : Sila gunakan dalam masa 6 bulan selepas dibuka. Sila simpan di tempat yang sejuk dan kering, jauh daripada haba dan cahaya. Produk ini untuk kegunaan luar sahaja. Hentikan penggunaan dengan segera jika ada kegatalan, kemerahan, bengkak atau kegatalan kulit yang biasa. Jauhi daripada kanak-kanak. Jika tertelan, dapatkan bantuan perubatan dengan segera. 


Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :

Website : www.allyoung.my

Facebook : All Young Malaysia


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook