Blogger Review

Pelikat Pants Kids Dari Ziwani Textile

11:11 AM

Pada zaman sekarang , pelikat pant menjadi trend untuk dipakai tidak kira umur samada dewasa, remaja malah kanak-kanak turut suka memakainya. Sebelum ni mama dah pernah beli kat en papa pelikat pants jenis kembang-kembang gitu. Hehehe. En papa sendiri dah sukakan pelikat pants ni sebab tak terburai, terlondeh dan sewaktu dengannya. Ahakk sebabnya en papa sendiri tak reti nak pakai kain pelikat tu asal pakai jadi skirt line A. kahkahkah. 

Untuk bebudak mama ada cuba cari jugak pelikat pants tapi susah nak jumpa. Kalau jumpa kualiti kain dan jahitan memang spoil abis. Baru-baru ni mama dapat 2 helai pelikat pants dari Ziwani Textile untuk anak-anak mama mencuba seluar tersebut. Memang mama suka giler lah dengan kualiti kain pelikat pants ni. Selain itu, jahitan pelikat pants kids tersebut sangatlah kemas tau. Anak-anak mama suka sangat kata mereka sejuk jer. Mama pun suka lah kalau anak-anak mama suka kan. Ok meh mama citer skit pelikat pants dari Ziwani Textile ni.


Ziwani Textile merupakan syarikat bumiputera yang mengusahakan sektor pembuatan pakaian dimana produk pelikat pants adalah produk utama syarikat tersebut. Disamping itu, Ziwani Textile juga menjual blous, jubah kanak-kanak dan kurta dewasa. Bagi menjamin keselesaan si manja, pemilihan kain pelikat yang digunakan sangat dititikberatkan iaitu benang tenun 5000 cap AYAM SERAMA / MANGGA sahaja. Tekstur kainnya halus dan lembut serta tidak panas agar si manja sentiasa selesa dan gembira. 

Pihak Ziwani Textile mempunyai misi yang jelas dengan menawarkan produk yang berkualiti tinggi pada harga mampu milik. Size untuk pelikat pants ini dari size 1, 2, 4 dan 6 tahun dengan harga yang ditawarkan hanya RM15 sahaja! Murahkan. Sesiapa yang ingin memborong pula, pihak Ziwani Textile menawarkan pelikat pants ini dalam bentuk borong / pukal kepada peniaga yang berminat. Bayangkan dalam masa setahun sahaja pihak Ziwani Textile berada dalam industri pembuatan ini telah membuat pengeluaran mencecah 3000 helai sebulan.

Bahagian getah yang cukup kemas

Dibahagian jahitan yang dicerut pula kemas sangat

Pelikat pants ini boleh di pakai dengan baju melayu, kurta atau pun tshirt. Design kain yang sangat cantik membuatkan kanak-kanak suka memakainya. Anak-anak mama sendiri pun cakap sejuk jer pakai pelikat pants ni. Selalunya anak-anak mama pakai pelikat pants untuk pergi menggaji agama dan juga pakai masa tidur. Memang berbaloi la mama beli lagi pelikat pants ni kat anak-anak, memandangkan seluar baju tidur mereka selalu terkoyak la, mengembang la so gantikan dengan pelikat pants boleh matching dengan baju tidur mereka. Yang menariknya pelikat pants ni termurah di pasaran dan harga mampu milik.

Pakai dengan baju melayu pun boleh. Hensem betul Imam Muda Iqbal & Imam Muda Iqram

Dengan tshirt pun boleh jugak. Stylo memasing dengan pelikat pants ini boleh pakai kemana sahaja

Pelikat pants ini ada 3 kategori iaitu Pelikat Pants Kids, Remaja dan Dewasa. Untuk harga bagi ketiga-tiga pelikat pants berbeza iaitu :-
  • Pelikat Pants Kids | Size 1, 2, 4 & 6 tahun | Harga RM15.00
  • Pelikat Pants Remaja | Size 8, 10 & 12 tahun | Harga RM25.00
  • Pelikat Pants Dewasa | Size S, M, L & XL | Harga RM40.00

Bagi yang ingin memborong atau membeli pelikat pants boleh hubungi :

Puan Wani : 013-779 1601 | Puan Hazlina : 019-944 2889

Instagram : @ziwani_textiles


Love,
/>

You Might Also Like

9 Comments

  1. murahnya harga dia..boleh beli untuk en hubby kita jugak nie

    ReplyDelete
  2. cute pelikat pant..sesuai 2 beradik tu pki

    ReplyDelete
  3. Syahmi ade 3 helai seluar ni :) sedap pakaii..

    ReplyDelete

  4. Sekarang ni pelekat pants dah ada untuk kanak kanak ya 😍 wah senang. Kain pelekat memang selesa. Tapi huduh sikit. Haha 😓

    ReplyDelete
  5. Wah, dah ada untuk kids pula ya sekarang.. ;)

    ReplyDelete
  6. Wahh best lah seluar ni..agak murah pulak tu..

    ReplyDelete
  7. puas hati beli terus yg berkualiti.. budak2 kan lasak diorang lain mcm.. hihihi.. comel je dedua org ni taw! :D

    ReplyDelete

Like us on Facebook