Food Review

Pizza Puff Crust Baru Di Domino's Pizza

8:17 AM

Pada Jumaat lepas, mama telah dijemput untuk mencuba pizza terbaru dari Domino's Pizza. Domino's Pizza telah melancarkan produk baru dalam menunya dengan sajian yang ringan, pedas atau manis. Dengan sajian yang kreatif, luar biasa dan lazat ini mendorong semangat inovasi bagi pihak Domino's Pizza sangat terunggul dalam makanan pizza di Malaysia.


Piza Puff Crust Domino's Pizza benar-benar unik kerana ia merupakan piza berkulit pastri lapis segi empat pertama yang dicipta dan diperkenalkan oleh restoran perkhidmatan pantas di Malaysia. Pizza Puff Crust disajikan dalam bentuk segi empat dengan kotak piza yang direka khas. Ia dihasilan untuk dipadankan dengan inti daging lembu dan tuna yang merupakan kegemaran ramai. Pizza Puff Crust daripada Domino's Pizza disediakan dalam dua perisa baru yang hebat iaitu Fiery Beef Diavola dan Sriracha Tuna.

Antara taburan di atas pizza puff

Kombinasi ratusan lapisan mentega yang dibalut dalam ratusan lapisan helaian pastri lapis yang ringan dan kemudian dibakar sempurna sehingga rangup dan berwarna perang keemasan, menghasilkan kulit piza yang tersendiri. Mama sendiri suka akan rasa pizza crust puff ini sebab kulit pastri yang ringan dengan rasa sos yang pedas, manis dan limpahan cheese memang korang tidak akan lupakan pizza puff ini. Kulit piza baru ini disediakan dalam semua perasa dan boleh didapati dalam dua saiz, sederhana dan besar. 

Close up skit.. ohhnomnom sedap sangat

Penciptaan Piza Puff Crust ini telah mengambil masa selama enam bulan untuk memilih dengan teliti ramuan terbaik yang sesuai untuk mencipta pastri lapis dengan sempurna. Proses ini sememangnya rumit tetapi tetap dilakukan kerana dedikasi kepada pelanggan Domino's Pizza untuk menawarkan hidangan mewah demi meningkatkan pengalaman yang amat bermakna, kata Pengurus Besar Kanan, Operasi Domino's Pizza, Shamsul Amree.

Kombinasi pastri lapis klasik Perancis bersama inti sentuhan Sepanyol dan sos sriracha mencentus keserasian cita rasa antarabangsa yang luar biasa. Fiery Beef Diavola menggunakan sosej daging lembu Sepanyol yang dijamin halal, bawang, cendawang, bayam kecil dan tomato ceri di atas dasar sos sriracha yang pedas, ditambah sedikit serbuk sriracha. 

Fiery Beef Diavola

Turut menandinginya dari segi kepedasan ialah Sriracha Tuna yang menggunakan dasar sos sriracha dengan inti ketulan tuna, bawang, nenas, cili merah dan sedikit ketumbar. Puri cili sos sriracha yang pedas diperbuat daripada jalapeno segar dan lada serrano yang diadun dengan herba dan rempah untuk menambah kepedasan rasa dan digandingkan dengan kulit pastri lapis yang garing menghasilkan cita rasa gourmet yang lazat lagi unik.

Sriracha Tuna

Pelancaran kulit piza baru ini dilakukan serentak dengan pengenalan Kek Lava Coklat Mentega Kacang yang baru. Gabungan inti coklat hitam yang enak dan mentega kacang berlemak yang menambat selera menjadikan manisan ini pencuci mulut yang sempurna. Bagi pengemar kek coklat boleh mencuba rasa kek lava ini memang sangat sedap dengan gabungan yang sangat menarik. Pelanggan boleh menikmati pencuci mulut ini pada harga tambahan RM7.00 setiap satu dengan pembelian piza peribadi minimum atau RM13.50 apabila membeli mana-mana dua Kek Lava Coklat Mentega Kacang atau Kek Lava Coklat.

Kek Lava Coklat Mentega Kacang


Di samping itu, dengan Domino's Pizza Deals, pelanggan boleh memilih 2 piza Biasa pada harga RM30.00 manakala tawaran 2 piza Besar boleh didapati daripada harga RM50.00. Tambahan lagi, set 2 piza Ekstra Besar boleh dinikmati pada harga hanya RM70.00. Bagi harga Piza Puff Crust pula, untuk caj tambahan sebanyak RM5 untuk pizza biasa dan RM7 untuk yang pizza besar akan dikenakan.

Cepat-cepat datang cuba Pizza Puff Crust yang baru ini di Domino's Pizza

Muka blogger yang super happy pada malam tersebut. Enjoy habis siap ada blogger kecik pun baik jer malam tu. Heheheh

Terima kasih Domino's Pizza kerana menjemput mama mencuba pizza terbaru yang sedap. Tak cukup rasa sekeping mesti berkeping-keping nak makan piza puff crust ni. Memang pizza lain dari yang lain tau korang kena patut cuba piza terbaru ni di Domino's Pizza yang berhampiran.

Untuk maklumat lanjut mengenai Domino's Pizza Malaysia boleh layari www.dominos.com.my


Love,
/>

You Might Also Like

11 Comments

  1. Woweeee best nyer dapat jemputan Dominos lagi! Best best best..pizza Dominos semua pun sedapppppp :)

    ReplyDelete
  2. Suka mkn domino pizza sbb rasa x pernah mengecewakan

    ReplyDelete
  3. haaaa... terlioqnya tengok Domino pagi-pagi ni...

    ReplyDelete
  4. wahhh macam sedap je dialova tu jue.....

    ReplyDelete
  5. ooo menu baru ek.. nanti nk kena pi try..lama dah xmakan dominos..hehehe

    ReplyDelete
  6. sedapnya coklat lava tu..yum, yum..hehe.. untung jue..

    ReplyDelete
  7. menu baru... msti sedap rangup2 gitu dia punya crust tuh....

    ReplyDelete
  8. Berbunyi perut tengok gamba pizza ni. Sedapnyaaa

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete
  9. eh eh... ada mamajue time nie.. tak keperasanan pula.. ahhaha

    ReplyDelete

Like us on Facebook