Blogger Review

Review | LED Glitter Gloss by PSK

10:40 AM

Hi korang!! Ehh entri ni bukan review berbayar tau. Ini mama redeem LED Glitter Gloss brand PSK dari BFF. BFF best friend forever?? Bukan-bukan hahahah.. BFF ini adalah satu website yang menjual barang-barang mekap dari pelbagai jenama. LED Glitter Gloss ini adalah sejenis lip gloss dan dioles pada bibir tau. Ini anak-anak dara, mak dara, mak orang memang tahu dan memang suka lah benda-benda untuk bibir ni. Sapa tak suka tu sila buat-buat suka ok.


First mama bukak jer bungkusan lip gloss ni biasalah mesti mama belek kotak dan design. So far design dia cantik dan transparent sampai nampak warna lip gloss dalam tu. Di permukaan luarnya pula ada cermin comel so senang nak oles lip gloss ni kat dalam kereta ker, sambil berdiri ker sangat mudah sebab ada cermin tu. Design bekas lip gloss ini kecil, petak dan ringan so mudah jer nak letak dalam handbag untuk dibawa kemana sahaja.


Pilihan warna mama pilih code #01 warna Merah. Mama buka jer penutup tengok warna dia memang mengancam habis la. Cantik sangat warna merah yang menggoda dan berani. Manakala teksturnya pula sangat lembut dan mudah untuk dioles pada bibir. Memula mama sangka lip gloss ni biasa jer tapi selepas di oles pada bibir akan kelihatan shining gitu. Yang menariknya kalau korang jenis tak suka pakai lipstik tapi nak terus oles lip gloss seperti ini memang mama recommended sangat sebab tak terasa pakai lipstik yang tebal memang ringan habis la pada permukaan bibir tau.


Ada lagiiii menarik lagi tentang lip gloss ni. Korang perasan tak LED Glitter Gloss tu bukan-bukan sebarang nama jer tapi di bahagian penutup lip gloss tersebut ada lampu LED ok. Perghhh menarik sungguh. Kalau macam ni best la nak oles lip gloss dalam gelap sebab dah ada LED di situ. Lampu LED ni automatik so korang tak perlu nak laras apa-apa pun. Memang terbaik lip gloss ni. 


Setelah mama mencuba lip gloss ni mama rasakan lip gloss ini mengandungi formula penghidratan sebab tak rasa melekat dan merekah pada bibir. Kiranya memang sentiasa cantik di bibir mama dan yang penting selesa jer pakai lip gloss ni. Tekstur lip gloss yang lembut dan wangi kerana diperbuat daripada natural rice bud essence. Warna lip gloss ini boleh bertahan sehingga berjam lamanya korang kena cuba!!

So korang mama memang recommended sangat lip gloss ni sebab warna yang cantik, design menarik dan siap ada lampu LED lagi untuk memudahkan korang nak oles ketika dalam gelap. Korang wajib kena ada satu tau!!. Mama bagi 4/5 untuk lip gloss LED Glitter Gloss dari PSK. 

Kalau korang nak beli lip gloss ini boleh layari :

http://www.bff.com


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook