Advertorial

Tanamera Kidz | Penjagaan Baby Yang Selamat Tanpa Bahan Kimia

8:14 AM

Kalau sebut jer Tanamera Kidz kemungkinan besar ada yang tak tahu selain Tanamera Set Bersalin bukan. Sebelum mama dapat produk ni mama ada Google produk apa ya Tanamera Kidz ni. Ohh Tanamera Kidz ini khas untuk penjagaan diri dari newborn sehingga kanak-kanak. Kelas sangat baby pun ada set penjagaan diri khas tau. Macam best jer produk ni sebabnya 100% bahan semulajadi. Ok dalam entri ni mama akan ceritakan apa yang menarik dengan Tanamera Kidz dan pengalaman menggunakan produk hebat ini ke atas baby Qeisya.


Tanamera Kidz adalah rangkaian produk Tanamera yang dirumus khas untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak. Ianya terdiri daripada :-
  • Baby Shampoo + Body Wash, 200ml
  • Baby Body Moisturizer, 200ml
  • Baby Full Body Massage Oil + Organic VCO, 100ml
  • Baby Body Spot Massage Oil + Organic VCO, 50ml
Kenapa mama cakap produk Tanamera Kidz ini produk hebat kerana Tanamera Kidz merupakan produk penjagaan bayi yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi yang dipilih khusus untuk bayi anda. Ianya bebas dari bahan kimia mahupun wangian yang boleh merengsakan kulit bayi. Selain itu juga, Tanamera Kidz menggunakan minyak mineral, tiada bahan pengawet dan bebas daripada parabens. 

Baby Shampoo + Body Wash, 200ml

Baby Shampoo + Body Wash ni memang sangat menarik tau dengan penggunaanya seperti "head to toe" dan korang tak perlu nak beli shampoo & mandian asing-asing lagi. Yang menarik mama gunakan shampoo & body wash ni sangat la lembut dan tenang selepas menggunakannya. Mama suka sangat produk ni sebabnya tak payah nak ada banyak jenis dah. Satu produk ni sahaja sudah memadai untuk mandikan Qeisya dari kepala hingga kaki. Bagi kulit bayi yang bermasalah seperti eczema atau ruam memang sesuai sangat guna kerana boleh memperbaiki kulit bayi yang sensetif. Untuk harga Baby Shampoo + Body Wash ini hanya RM40.80 sahaja.

Baby Body Moisturizer, 200ml

Selepas mandikan Qeisya mama akan sapukan Baby Body Moisturizer ke seluruh badan Qeisya. Tanamera Baby Body Moisturizer merupakan pelembap badan dengan satu formula menyerap yang tidak berminyak dan cepat kerana menggunakan minyak kelapa dara, minyak tumbuhan, ekstrak herba dan minyak pati untuk memberikan kelegaan menenangkan kulit bayi. Formula yang digunakan dalam pelembap ini seperti lavender, geranium dan minyak pati mandarin. Untuk harga Baby Body Moisturizer ini hanya RM49.50 sahaja.

Baby Full Body Massage Oil + Organic VCO

Ok Baby Full Body Massage Oil + Organic VCO mama suka sangat. Minyak ni memang sangat best kalau guna massage baby sebab baunya yang lembut dan sangat menenangkan. Dengan bauan limau purut dan anggur serta minyak kelapa dara membuatkan baby akan rasa tenang selepas di urut seluruh badan. Yang paling menarik tentang minyak ini bukan sekadar urut sahaja malah sebagai pelembap badan pun sangat bagus juga tau. Pernah dengar kan setiap urutan antara ibu dan bayi mewujudkan satu ikatan yang akan kekal selama-lamanya. Mama recommended sangat minyak ni khas untuk bayi lepas mandi. Untuk harganya pula sangatlah berbaloi kerana dengan harga RM37.00 sahaja korang akan berpuas hati dengan minyak ini.

Qeisya sendiri pun rasa tenang jer selepas mama urut dengan minyak ni tau.

Baby Body Spot Massage Oil + Organic VCO

Minyak yang terakhir untuk set rangkaian Tanamera Kidz ini adalah Baby Body Spot Massage Oil + Organic VCO ini macam minyak telon baby. Walau minyak ini baunya agak pekat tetapi ia sangat terbaik buat menenangkan perut bayi. Caranya mudah sahaja, titiskan minyak ke atas tapak tangan kemudian gosok telapak tangan dan sapukan kepada perut dan telapak kaki bayi. Awas minyak ini sangat panas dan tidak digalakkan terus sapu ke atas perut bayi. 

Kebaikkan minyak ini adalah :- 
  • untuk mengatasi kembung bayi
  • mengurangkan selsema bayi
  • sangat sesuai digunakan pada keadaan yang sejuk
Alhamdulillah semenjak guna minyak ini baby Qeisya tiada kembung perut buat masa sekarang. Dengan kuantiti 50 ml untuk minyak ini cukup untuk penggunaanya yang lama kerana hanya sedikit sapuan sudah memadai pada perut bayi. Harga Baby Body Spot Massage Oil + Organic VCO pula hanya RM23.80 sahaja.


Mama sangat berpuas hati dengan set rangkaian Tanamera Kidz ini kerana ianya sangat selamat untuk bayi dengan 100% bahan semulajadi dan bebas daripada warna, wangian serta bahan kimia yang bahaya. Dan ianya disahkan HALAL oleh pihak JAKIM. Selain itu, Tanamera Kidz mendapat kelulusan sijil daripada Vegetarian Society UK dan Jenama Malaysia yang diyakini.

Untuk sebarang pembelian secara online boleh layari laman web ini www.tanamera.com.my/buy

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

TANAMERA TROPICAL SPA SDN BHD
Lot 3726 Jalan Tembusu 
Kampung Melayu Subang
40150 Shah Alam 
Selangor

Website : www.tanamera.com.my
Facebook : Tanamera Malaysia
Instagram : @tanamera_my
Email : info@tanamera.com.my
Telefon : 03 - 7842 2458

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook