Product Review

Baby Love Playpants Diperbaharui Dengan Nano Power Plus Di Lazada

11:59 AM

Hi korang.. Korang pernah dengar tak pampers jenama BabyLove Playpants? Mama pernah dengar lama dah tapi tak pernah mama nak cuba. Hahaha anak sampai 3 dah baru nak cuba tau. Sebelum ni memang mama tak berani nak guna almaklum la mama risau harga mahal dan tak sesuai untuk anak-anak. Tapi kan BabyLove Playpants ni lain tau bukannya jenis tape tu semuanya jenis pants so sangat mudah untuk ibu-ibu pakaikan baby dengan pampers ni. 


Untuk pengetahuan semua, BabyLove Playpants terbaru ini diformulasi dengan nano power plus iaitu ia menyerap basahan dengan cepat dan pengeringan yang lebih cepat. BabyLove Playpants ini diperbuat daripada Nano Gel Bead dan mempunyai lapisan penyerapan 2 lapis dan menjadikan kulit baby akan sentiasa kering. 

Mama kalau pants ni memang mama suka pakaikan masa jalan dan malam dimana ia sangat sesuai pakai lama tanpa perlu menukarnya selalu. Dengan hanya sekeping pants boleh baby tidur dengan lena dan sentiasa aktif.


Yang menariknya pants jenama BabyLove ini mempunyai lapik getah yang elastik dan selesa untuk baby Qeisya. Mama perasan walau semalamam baby Qeisya pakai pants ini, di permukaan pants still lagi kering dan tak bocor tau. Pants ini jugak mempunyai aliran udara yang baik dan membolehkan peredaran udara dapat membantu kulit baby sentiasa kering dan segar. Oleh itu, ia sangat selesa untuk setiap pergerakan Qeisya bebas bergerak kemana-mana sahaja.


BabyLove Playpants ini terdapat lima pilihan saiz dari S hingga saize paling besar XXL. Jadi ibu-ibu boleh memilih saiz dengan mudah hanya mengikut berat baby masing-masing. 


Bagi Qeisya pulak dah pakai saiz M memandangkan saiz S dia semakin ketat pada bahagian peha. Heheheh.. memang fit saiz M ini dengan Qeisya tau. Dia rasa selesa sampai tidur sepanjang hari. 


Memandangkan Qeisya pakai pampers sekarang ni mama memang rajin beli stok pampers di Lazada sebabnya memudahkan mama. Klik klik sahaja barang yang ingin beli dah sampai depan rumah. Apa kata korang cuba BabyLove Playpants ini dan boleh didapati di Lazada dengan harga RM25.90 sahaja. 

Di Lazada sekarang ada promosi beli satu percuma satu!!. Cepat-cepat sementara stok masih ada. Untuk dapatkan BabyLove Playpants Nano Power Plus ini boleh terjah di Lazada.

Love,
/>

You Might Also Like

3 Comments

  1. pernah beli dulu masa econ save buat promotion. beli bnyk2. lepas tu x beli dah.. mahal sikit.

    ReplyDelete
  2. harga boleh tahan murah utk pants...

    comei lak tu...

    ReplyDelete

Like us on Facebook