Blogger Review

Belif Skincare | Produk Penjagaan Kulit Nombor #1 Korea

10:43 AM

Hi korang mama nak share satu benda pasal skin care produk jenama Belif. Korang pernah dengar tak. mesti ada yang pernah dan ada yang tak pernah macam mama ni. Ok sejujurnya mama pertama kali dengar. Lepas mama bersalin kulit muka mama berminyak hmm masalah betul. Memang mama tak ada set skincare yang teratur. Mama hanya cuci muka dengan sabun cuci muka jer. Minggu lepas mama dapat set skincare travel dari Belif boleh la mama mencuba kalau rasi komfom mama beli. Yang mama tahu produk ni organik tau.


Belif merupakan produk penjagaan kulit no 1 di Korea yang berkonsepkan "kosmetik herba sebenar" yang memberikan nilai dan kualiti yang tinggi berdasarkan proses dan falsafah yang dicipta olej pakar herba UK, Duncan Napier pada 150 tahun lalu. Dengan taglinenya "Believe in truth" yang bermaksud mereka percaya akan kebenaran. Ini bermakna Belif boleh dipercayai dan mereka yakin produk ini memberi kesan yang memberansangkan terutama untuk melembabkan kulit

Set skincare Belif yang mama dapat dalam pakej travel ini mengandungi 5 jenis iaitu :
  • Creamy Cleansing Foam Moist
  • Bergamot Herbal Extract Toner
  • Hungarian Water Essence
  • The True Cream - Aqua Bomb
  • Moisturizing and Firming Eye Cream

Belif mempunyai gabungan falsafah formula yang unik diantara tradisi apothecary dengan teknologi canggih penjagaan kulit Korea untuk menyediakan penjagaan yang terbaik dan berkesan untuk kulit. Kesemua bahan dalam Belif ini adalah semulajadi dan ia bebas daripada minyak mineral, wangian sintetik, pewarna sintetik, pengawet sintetik dan bahan-bahan yang berasal dari haiwan.

Yang menariknya mama suka sangat dengan packaging Belif skincare ni kerana setiap produk mereka memaparkan informasi penting setiap produk, contohnya tempoh melembab dan kandungan air di dalam produk tersebut. Jom mama citer mengenai 5 produk Belif ni.

Creamy Cleansing Foam Moist
Pembersih ini mengandungi pembersihan semulajadi dan mempunyai bahan-bahan pelembab. Ia sangat sesuai untuk kulit combination dan kulit kering serta tindakan berbuih lembut membolehkan mencuci kekotoran dari kulit. Diperkaya dengan soapwort yang mempunyai vitamin c dan wormwood dalam busa pencuci membuang toksin serta kulit menjadi bersih tanpa kering.

Cara penggunaan : Picit sedikit pencuci ke atas tapak tangan dan basahkan sedikit dengan air. Urut perlahan-lahan pada muka dan bilas dengan air suam.


Bergamot Herbal Extract Toner
Toner ini menyegarkan kulit dan boleh digunakan pada semua jenis kulit. Ia sangat cepat menyerap gel toner kerana diperkaya dengan Bergamot Ekstrak dapat membantu melembabkan kulit serta menjadikan kulit lembut dan cergas.

Cara penggunannya : Titiskan ke atas kapas muka dan sapu perlahan-lahan ke seluruh muka selepas cuci muka. Gunakan setiap hari pagi dan malam.


Hungarian Water Essence
Essence ini untuk menghidrat kulit serta memberi kelembutan yang berpanjangan. Mengandungi Hungarian Water berfungsi untuk menambah kelembapan kulit, menjadikan muka bertambah muda dan bertenaga.

Cara penggunaanya : Picitkan ke atas tangan dan sapu ke seluruh muka dan leher selepas mencuci dan toner. Gunakan setiap hari pagi dan malam


The True Cream - Aqua Bomb
Cream ini memberikan kelembapan serta merta dan menyegarkan kulit sepanjang hari.

Cara penggunaanya : Sapukan pada muka dan leher selepas menggunakan serum. Gunakan setiap hari siang dan malam.


Moisturizing and Firming Eye Cream
Cream ini memberikan penghidratan dan keanjalan yang berpanjangan pada kawasan mata. Dirumuskan dengan minyak semulajadi termasuklah Cupuacu Seed Butter dan minyak kacang macadamia yang membantu menjaga mata menjadi muda dan lembut.

Cara penggunaanya : Sapu perlahan-lahan di bawah mata dengan jari manis sehingga diserap ke dalam kulit. Gunakan pada waktu pagi dan malam.


Antara dari 5 produk Belif ni mama suka dengan creamy cleansing kerana selepas mencuci kulit mama menjadi lembab dan tidak berminyak di wajah mama. Yang ke 2 mama suka dengan cream The True Cream - Aqua Bomb, cream yang sangat melembabkan kulit mama dan menyegarkan kulit sepanjang hari. Mama dah jatuh cinta dengan 2 produk ni boleh la mama dapatkan yang size besar untuk penggunaan seharian mama.

Untuk pembelian produk Belif di store Malaysia boleh dapatkan di SINI

Untuk maklumat lanjut mengenai Belif, boleh layari :
Website : www.belif.com.my

Love,
/>

You Might Also Like

3 Comments

  1. wah macam best je, nanti nak trylah :D

    http://www.neezalife.com/2016/12/maha-2016-journal.html
    http://www.neezalife.com/2016/12/tips-kurus-dengan-lazz-susu-kambing.html

    ReplyDelete

Like us on Facebook