Blogger Review

Hilangkan Lebam & Hitam Bawah Mata Dengan Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator

11:35 AM

Masalah lebam bawah mata? Kebanyakkan wanita memang mengalami masalah ni. Betul tak? Tapi kan masalah lebam bawah mata ni bukan sahaja dihadapi oleh wanita malah lelaki pun akan mengalami jugak tau. Memang ia akan terjadinya lingkaran bawah mata atau dengan istilah lain iaitu "mata panda" dengan 5 sebab utama iaitu :
  • Keturunan - ini disebabkan oleh tahap tebal nipis kulit di sekitar mata berbeza dan selalunya bergantung kepada genetik atau keturunan. Semakin nipis kulit bawah mata seseorang itu, semakin jelas lebam bawah mata.
  • Stress / Kurang Tidur / Keletihan - Bila kita tertekan, kurang tidur atau keletihan, darah kita akan terarah kepada organ-organ utama badan yang memerlukan lebih darah (mengawal stress) berbanding bahagian muka yang nampak sedikit pucat.
  • Pertambahan usia atau penuaan - Semakin bertambah usia, semakin pembuluh-pembuluh darah di sekitar mata lebih aktif dan terlihat bayang-bayang hitam di bawah kulit mata. 
  • Alergik atau alahan -  ia boleh menyebabkan mata gatal menjadikan kita cenderung untuk menggosok mata. Hal ini meningkatkan tekanan pada kulit dan membuatkan darah memenuhi pembuluh darah di bawah mata.
  • Kekurangan Zat Besi atau Anemia - ini juga terjadi akibat kekurangan zat besi atau anemia akan berlaku lebam bawah mata. Ini kerana sesiapa yang kekurangan zat besi dan menyebabkan hemoglobin dan sel darah merah yang membawa oksigen kepada sel badan akan senang terurai dan berlakulah lingkaran gelap bawah mata.
Mama sendiri mengalami lebam bawah mata akibat kekurangan tidur setiap malam. Mama cuba menggamalkan tips seperti meletakkan timun atau uncang teh di bahagian mata tapi biasalah benda yang senang kalau tak praktiskan akan menjadi susah. So untuk memudahkan mama menghilangkan lebam bawah mata, mama telah diperkenalkan satu produk iaitu Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator


Ameena KSK III Energy Crystal Skin Activator adalah produk gabungan formula negara Jepun dan Malaysia yang mempunyai kandungan bahan semulajadi menggabungkan pelbagai ramuan yang sesuai untuk setiap golongan wanita mahupun lelaki yang berumur 18 tahun ke atas. Keistimewaan Ameena KSK III mampu merawat dan menghilangkan lebam dan hitam bawah mata dengan mudah. Ini kerana Ameena mempunyai sejenis water base dan membuatkan kulit bawah mata dapat direhatkan dengan formulasi baru ini. Produk Ameena KSK III ini sejenis Biomist sangat cair seperti air kerana ia diperbuat daripada bahan berkualiti halus yang mampu meresap dan menyegar serta mengaktifkan kulit lebam bawah mata. 

Ameena KSK III kini mampu meningkatkan aliran darah ke lingkaran mata dan menebalkan kulit di bawah mata untuk mengurangi bayangan mata yang jelas. Selain itu, Ameena KSK III ini dapat 
  • Menolong menegangkan kawasan sekeliling mata
  • Menghilangkan bulatan hitam di bawah mata
  • Melembap dan mengurangkan kesan lebam kulit di sekeliling mata
  • Menenangkan kawasan kulit bawah mata
  • Mengurangkan rasa letih pada kulit bawah mata
  • Menjadikan kulit mata lebih segar dan sihat
  • Menghilangkan garis-garis kulit bawah menjadi licin dan halus sekitar mata

Cara guna Ameena sangat mudah dan menjimatkan kerana ia sejenis cecair aqua waterbase. Selepas disapukan ke bahagian bawah mata ia sangat cepat meresap ke dalam kulit dan rasa sedikit sejuk. Ia juga tidak melekit dan berminyak serta tiada kesan sampingan yang memudaratkan. Dengan bekas yang kecil begini korang boleh jer bawa Ameena kemana sahaja. 


Untuk mendapatkan kesan yang cepat korang boleh pakai 3 - 4 kali sehari seperti waktu pagi, waktu tengahari pada jam 12 tengahari dan 3 petang dan waktu malam sebelum tidur. Caranya mudah sahaja seperti berikut

Step 1 > Sembur pada tapak tangan dengan sekali picit sahaja
Step 2 > Guna jari manis sapukan dibahagian kiri dan kanan pada bawah mata dengan sekata
Step 3 > Selebihnya sapu pada kulit yang bermasalah seperti bahagian jerawat dan parut


Setelah seminggu mama menggunakan Ameena KSK III ini mama dapati hitam di bahagian bawah mata mama berkurangan. Itu pun mama kekadang terlupa nak sapu pada sebelah malam asyik mentido awal jer. Hahaha.. Bagi yang konsisten menggunakan Ameena KSK III ini mereka akan dapat kesan seawal 48 jam. Yang paling menarik produk ini bukan sahaja menghilangkan lebam bawah mata malah parut jerawat pun boleh kurang tau. Wooww ini satu bonus untuk mama yang tak berapa nak rajin sapu krim malam. Hehehe. InsyaAllah mama akan konsisten menggunakan Ameena KSK III untuk menyahkan lebam bawah mata mama ni.

Untuk pengetahuan korang produk Ameena KSK III ini tiada sebarang bahan kimia yang bahaya kerana ia 100% menggunakan bahan yang HALAL dan telah diformulasi oleh kajian pakar. Dan produk ini telah didaftarkan dengan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan ingin membeli produk ini boleh hubungi :-

Website : www.ameenacare.com
Instagram : @ameena_ksk
Telephone : 019-508 1433 [Eyda]


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook