MAHA 2016 Mendapat Sambutan Yang Meriah

11:08 PM

Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2016 telah melabuh tirainya pada 11 December 2016 baru-baru ini di MAEPS, Serdang Selangor. Bagi MAHA 2016 kali ini telah pecah rekod pengunjung paling ramai iaitu 3.7 juta pengunjung. Ini merupakan satu rekod yang terbaik setakat ini dan diluar jangkaan orang ramai.


Bertemakan "Makanan Kita Masa Depan Kita - OUR Food OUR Future" telah menarik minat ramai pengunjung ke MAHA 2016 kali ini tidak kira peringkat umur, kaum dan bangsa untuk datang dan tidak melepaskan peluang mendekati pameran antarabangsa terbesar bagi mendapatkan pelbagai barangan dan produk seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bunga dan macam-macam lagi.


Selain itu juga, pada kali ini MAHA 2016 telah menarik ramai golongan muda untuk datang ke sini dan MAHA memperkenalkan pendekatan menarik seperti Kampung Mok Cun, Kampung Durian Runtuh Upin Ipin dan festival muzik. Dan lagi menarik di MAHA 2016 seperti  Nafas Cube merupakan penginapan berkonsepkan rumah tube, kontena dan khemah malah orang ramai boleh bermalam di sini dengan harga yang berpatutan. Permandangan di Nafas Cube sangat cantik dengan tasik yang luas dan menyamankan.


Bagi yang hadir ke pameran ini bukan sahaja melihat pameran Agro malah yang lebih penting mereka dapat pelbagai ilmu, informasi serta mengetahui tentang industri dan teknologi pertanian pada masa kini yang mampu menjana pendapatan yang lumayan. 

Oleh itu, generasi muda zaman sekarang boleh belajar dari sini agar mereka berani mencari peluang pekerjaan dalam bidang berkenaan kerana bidang ini telah mendapat tempat di Malaysia.



Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur kerana telah berjaya membuatkan MAHA 2016 kali ini menarik jutaan pengunjung dari serata Malaysia untuk hadir ke sini pada tahun ini. Malah jualan pada 11 hari sangat memberangsangkan apabila RM380 juta telah dicatat di MAHA 2016. Semoga pihak MAHA akan mengadakan pameran seperti ini pada setiap tahun kerana ia dapat mendekatkan orang ramai dengan industri pertanian kelak.


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook