Product Review

Polished Pink Secret Dari Muuka Kosmetik

2:28 PM

Masuk jer anak 3 mama ada satu masalah yang mama hadapi iaitu mama tak sempat nak manjakan muka sendiri. Hahaha baru 3 anak dah tak sempat kalo 5 anak macam mana la rupa nanti. Ntah-ntah serupa mak lampir pulak. Tambah sekarang mama ada baby memang mama nak kena ada masa yang pantas untuk cepat bersiap. Yer mama akui memang nak pakai scrub muka ker, toner ker, krim malam ker memang dah krik krik krik jer. Kunun lepas baby tido boleh la sapu kejap tapiiii last-last dengan mama sekali tertido tepi baby. Hahaha macam mana mama nak bagi muka cantik. 

Baru-baru ini mama diperkenalkan dengan set Muuka Kosmetik. Mama dengar citer ini produk terbaru di pasaran. No wonder tak pernah dengar sebelum ni. Ok meh mama citer skit apa Muuka Kosmetik ni. Set Muuka Kosmetik ini mengandungi 2 produk sahaja iaitu "Polished Pink Secret CC Cream" dan "Polished Pink Secret Miracle Lotion Mask".



Dengan 2 produk ini mampu membantu untuk mengatasi lebih 30 masalah kulit wajah dengan pantas dalam masa yang singkat. Wahh menarik betul tau produk ni kan dah la mama ni super tak sempat dan super malas nak tenyeh-tenyeh muka ni. Dengan set ini sahaja korang tak payah nak cari produk lain sebabnya ia sangat lengkap dan bukan sahaja menutup cela malah merawat kulit wajah yang bermasalah secara semulajadi.

Untuk pengetahuan korang, set Muuka Kosmetik ini dihasilkan daripada bahan-bahan yang semulajadi dan sangat selamat digunakan bagi semua kulit kerana ianya bebas bahan kimia dan telah terbukti mampu membantu wanita mendapat kulit wajah idaman mereka cantik, sihat, gebu dan berseri-seri. Selain itu juga ia memberi kesan serta-merta kepada kulit wajah agar memastikan kulit wajah tampil sihat dan sentiasa muda remaja.

Penggunaan 2 produk Muuka kosmetik ini tersangatlah mudah. Memula mama ingatkan Polished Pink Secret Miracle Lotion Mask ini macam masker di luar yang kena tunggu bagi kering dan keras kemudian basuh. Jangkaan mama salah la rupanya. Hahahah Miracle Lotion Mask ni tak perlu itu semua tau. Hanya picit ke atas tapak tangan dan sapu pada wajah secara menepuk pada wajah sahaja. Menarik bukan. Tekstur lotion mask ini sangat ringan dan mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak.



Polished Pink Secret Miracle Lotion Mask seperti memakai toner, serum, essence, pelembab dan yang paling unik lotion mask ini juga berfungsi sebagai masker wajah yang boleh dipakai setiap hari. Lotion mask ini dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi yang sangat berkualiti dan mampu membuatkan kulit menjadi sihat serta bercahaya.

Kebaikkan Lotion Mask
  • Mencerah dan menjadikan kulit lebih tegang
  • Memberi kelembapan yang maksimum pada kulit wajah dan mejadikannya lebih sihat dan bercahaya
  • Membantu mengurangi kekusaman kulit dan meratakan warna kulit yang tidak sekata
  • Mengecilkan liang pori agar kulit lebih halus
  • Membantu merawat masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan kulit rosak akibat dari pemakaian produk yang mempunyai bahan kimia
  • Mampu untuk menanggalkan sel kulit mati dan meggalakkan pertumbuhan sel kulit yang baru
  • Mampu mengurangkan kedutan dan membuatkan kulit kelihatan awet muda


Polished Pink Secret CC Cream pula ialah Colour Correcting yang mempunyai pelbagai fungsi seperti make up base dan day cream bagi mama. CC cream ini mampu merawat masalah kulit seperti kulit tidak sekata, kusam, jerawat dan jeragat. Kandungan yang terdapat dalam CC cream ini sangat tinggi dengan anti oksida iaitu ekstrak bunga peoni mampu menyamarkan kedutan pada kulit wajah dan kekal muda. Ia juga diperkaya dengan partikel pencerahan untuk menghasilkan kulit yang lebih cerah bercahaya dengan krimnya yang berwarna pink membuatkan kulit nampak merah jambu.

Kebaikkan CC Cream
  • CC Cream mampu menjadikan kulit sentiasa lembab sama seperti memakai krim pelembab
  • Meratakan dan menyeimbangkan warna kulit
  • Merawat masalah kulit seperti jerawat, kulit sensitif dan jeragat
  • Membantu memudarkan parut jerawat dengan efektif
  • Mengurangkan minyak pada kulit wajah
  • Dengan penggunaan yang konsisten, kulit akan nampak cerah berseri secara semulajadi
  • Terdapat SPF30 yang melindungi kulit dari terkena sinaran UV yang boleh merosakkan kulit
  • Mampu mengurangkan garis halus pada kulit dan membuatkan kulit kelihatan tegang dan anjal
  • Bebas dari bahan kimia yang merbahaya
Untuk pemakaian CC cream ini sangat mudah hanya sapukan secara merata pada kulit wajah dengan menggunakan jari. Dipakai selepas memakai lotion mask untuk mendapatkan kesan yang lebih maksimum. Tekstur CC cream ini berwarna pink yang sangat ringan dan tidak melekit pada muka. Ia sangat mudah disapu pada seluruh wajah.


Setelah seminggu mama cuba dedua produk ni mama sukakan tekstur dia yang sangat ringan dan tidak berminyak. Yang paling menarik kedua-dua produk ini sangat wangi dan bau bunga-bunga gitu. Dalam 2 hari pertama mama mengalami pengelupasan kecil pada bahagian parut-parut jerawat. Mama rasa itu semua tindak balas penggunaan produk ini bagi menanggalkan sel kulit mati yang terdapat pada muka mama. 

Selepas beberapa hari mama rasakan kulit semakin lembab, liang pori-pori mengecil dan parut-parut semakin kurang. Kena ambil masa jugak la kan nak polished parut-parut kat muka ni. Walau seminggu guna mama dah suka pegang muka sendiri sebab kulit mama jadi lembut. Tu baru seminggu kalo sebulan, 2 bulan mau kulit muka mama berseri, bebas dari jerawat dan menjadi lebih muda. 

Untuk melihat testimoni Polished Pink Secret boleh tekan [SINI]


Untuk harga set Polished Pink Secret ini RM168.00 tapiiii sempena harga PROMOSI hanya RM99.90 sahaja dan penghantaran PERCUMA. Apa lagi korang nak wajah cantik berseri dengan mudah jom kita mencuba Polished Pink Secret by Muuka Official yang telah menjadi trend paling hangat dalam industri kecantikan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut dan ingin dapatkan set Polished Pink Secret ini boleh layari : 

Website : www.muuka.my
Facebook : www.facebook.com/MuukaMalaysia
Instagram : www.instagram.com/muukaofficial
No Telefon : 017 - 201 8080

Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook