Tengok Dinasour & Transformers Di Nilai 3

1:12 PM

Hai korang.. dah mula kerja ker.. Lagi beberapa hari lagi 2016 dah nak abis kan.. Tahun depan bermulalah sesi sekolah untuk dedua anak2 mama ni.. Kemarin mama bawak bebudak ni jalan pergi Nilai 3. Nilai 3 dengan rumah mama dekat jer dalam 30 minit gitu tapi kami jarang sangat pergi sana. Hahaha sapa pergi Nilai 3 memang tempat lubuk perabis duit en papa cakap.. Kahkahkah.. mama terbuntang mata tengok carpet-carpet cantik kat sana.. camner ni nanti kita pergi lagi ehh.

Sebenarnya mama pergi sana nak tengok dinasour & transformers. Tetiba ada benda alah ni kat sana kan. Ok ini tempat tarikan terbaru di Nilai 3. Wahhh anak-anak tengok gambar dah teruja pergi sana. Kalau pergi petang2 memang ok la sebab tak panas.. kalau pergi malam2 nampak lampu jer lah.. muahahah.. dek kerana petang asyik hujan mama pergi pagi tapi pagi pun panas... huhuhu nak pergi malam2 ok korang paham la mama ada anak kecik kan.. tak berapa nak elok sangat keluar memalam ni.. Dah la korang layan gambar2 yang mama sempat tangkap.. itu pun muka mama pecah peluh. hahaha... Kali ni gambar anak-anak jer banyak yer.. Jom layanzzzz

Besarrrr giler.. mama benda2 macam ni kompom mama akan mimpi dinasour ni kejar mama dalam tido.. cisssssss


Korang nampak anak-anak mama teruja gilerrrr.. nasib tak leh masuk kalo takkkk mama tak tahu la bebudak ni peluk transformer..

Merry Xmas pun ada.. layan jer snap tengah2 panas.. 

Lagiii.. Qebal ngamuk nak naik lompat2.. pehal panas2 nak naik lompat2 nak jadi hitam.. gggrrrr

Muka mencuka qebal tu.. qeram tak abis2 peace dia.. hahahah

Mama why giraffe so high?? banyak tanya budak kecik ni tau.. 

Sapa comei Qeram ker Gogilla.. hahah qeram sebut gorilla is gogilla.. hahah bedasah la asalkan bunyi nak sama khennn

Banyak giraffe kat sini.. 

Menatang ni Qeram takutttt.. 

Chicken pulak.. 

Ulat beluncas.. nasib depa tak duduk.. riso patah jer..

A big egg.. suka nau Qeram ni..

Teruja memasing pegang menatang ni.. tetiba papa dah kena pakai handbag mama..

Tempat ni belum siap sepenuhnya.. tapi mama perasan macam bazar jer sebab banyak gerai2 kat sini. So korang nak abiskan masa datang la sini memacam ada. Maybe lepas ni tempat ni siap mesti lagi menarik. Itu pun mama tak snap sotong kurita kat sebelah sana sebabbb panas yarabbi.. hahaha.. 


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook