Product Review

Wangian Mandian Mewah Dari Bath & Shower I Love & Kustie

11:05 PM

Pada minggu lepas, mama dapat satu hamper barangan Krismas dari Watson Malaysia. Terima kasih kepada Butterfly Project Malaysia dan Watson Malaysia atas hamper wangian set Shower Bath I Love dan Kustie. Wowww mama teruja sangat dengan set ini kerana shower bath tersebut diperkaya dengan haruman buah-buahan dan bunga-bungaan yang cukup wangi. Teruja tak? Tak sabar nak guna masa mandi tau.


Terdapat 2 set bath & shower I Love dan Kustie. Korang pernah dengar tak? Mama pernah dengar dan nampak bath & shower ini jual di Watson. Ok mama akan mencuba sendiri bath & shower ini samada wangi ker tidak. 

I Love Bath & Shower Creme Strawberry & Creme dan Mango & Papaya. Dedua bath & shower ini bau yang sangat menarik dengan bau buah-buahan yang menyegarkan. Bayangkan ketika mandi dengan bath & shower creme ini korang rasa macam nak makan jer tau. Dengan sedikit penggunaan sahaja bath & shower ini akan dapat buih yang banyak. Yang paling penting, bath & shower creme ini memberikan haruman dan kesegaran serta membuatkan kulit sentiasa segar, halus dan lembut.


Terdapat 6 pilihan wangian yang menawan bath & shower creme I Love ini seperti :
  • I Love Coconut & Cream
  • I Love Raspberry & Blackberry (Red)
  • I Love Mango & Papaya
  • I Love Chocolate Truffle
  • I Love Strawberries & Cream 
  • I Love Raspberry & Blackberry  (Pink)
Untuk set bath & shower I Love terdapat 2 botol iaitu 500 ml dan 50 ml bagi nourishing body butter. Bagi harganya pula hanya RM27.60 setiap kotak dan percuma pink body puff untuk kegunaan mandian anda.


Okey satu set lagi Shower  & Bath Gel Kustie Cherry Blossom & Chamomile. Shower & bath gel ini sangat istimewa kerana terdapat kelopak bunga di dalam shower gel tersebut. Ia sangat menarik kerana dengan kelopak bunga tersebut dapat membersih kulit secara mendalam dan mencerahkan kulit. Selain itu juga, chamomile ini dikenali untuk membantu kulit sensetif dan mengurangkan tona kulit tidak sekata. 


Terdapat 4 aroma pilihan yang menawan bagi shower & bath Kustie ini seperti Lavender, Rose, Chamomile dan Cherry Blossom. Bagi shower & bath gel ini sangat sesuai untuk semua kulit dan bebas dari paraben. Shower & bath gel ini diperbuat daripada minyak tulen dan aroma bunga-bungaan yang tulen. Bagi shower & bath gel Kustie ini didatangi dalam 2 size iaitu 100 ml (size travel) RM11.66 dan 500 ml RM34.98.


Untuk dapatkan Bath & Shower Creme I Love dan Shower & Bath Gel Kustie ini boleh dapatkan eksklusif di Watson terpilih seperti KLCC, Pavilion, Mid Valley, Paradigm Mall, The Curve, Aeon AU2 Shopping Mall, IOI Mall, Sunway Pyramid, One Utama, Jusco Kepong, Alamanda, The Mines, Kinta City Shopping Mall, Johor City Square, Gurney Plaza, Queensbay Mall, Prangin Mall 2, Suria Sabah dan Watson E-store.


Relaxkan kulit anda dan segarkan fikiran anda dengan haruman mandian I Love & Kustie. Bagi set ini boleh juga hadiahkan sempena perayaan atau hadiah hari jadi untuk orang yang tersayang. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.watsons.com.my


Love,
/>

You Might Also Like

3 Comments

  1. msti semerbak haruman dia....

    sellau pakai yg watson tuh pun dh wangi kalau yg ni msti lg semerbak n fresh gitu

    ReplyDelete

Like us on Facebook