Althea

Althea Xmas Box | Hair Box From Korea

8:30 AM

Althea memang sangat terkenal dalam jualan barangan kecantikan online seperti skincare, make up, hari & body dan korea trendy yang datang jauh dari Korea. Mama yakin ramai wanita dan gadis-gadis suka akan barangan kecantikan bukan. Jadi mama yakin sangat dengan Althea kerana barangan di Althea sememangnya 100% authentic, harga yang menarik, pelbagai diskaun menarik, penghantaran sangat selamat serta penghantaran percuma jika pembelian melebihi RM99 ke atas. 

Pada cuti Krismas yang lalu, mama sangat bertuah kerana mama dapat hadiah sempena Krismas dari Althea Korea. Wowww terima kasih Althea kerana hadiahkan set penjagaan rambut buat mama tau. Baru jer mama ura-ura nak potong rambut sebab keadaan rambut mama yang rosak ni. Kira ini hadiah yang sangat terbaik buat mama untuk mama menjaga semula rambut mama yang ikal mayang gitu. 


Apa yang ada dalam Althea Box | Hair Box ini. Ok meh kita tengok apa yang ada. Memang puas hati la mama dapat set hair box ni tau sebabnya mama dapat 7 jenis barang penjagaan rambut dengan pelbagai jenama. 
  1. Innisfree - Green Tea Mint Fresh Shampoo
  2. Piolang - Raspberry Hair Vinegar
  3. Merit - Perfumegraphy Leave On Treatment
  4. Kokostar - GGongJi Hair Pack
  5. Rire - Scalp Scaling Program
  6. Hello Everybody - Biotin Hair Oil
  7. Missha - Senseful Lady Hair Mist_Sensual Musk

Untuk pengetahuan korang set di atas ini bernilai RM338.00 tapiiii di Althea korang boleh jimat kerana Althea menawarkan diskaun sebanyak 70% untuk set ini. Dan harga set ini selepas diskaun hanyalah RM100.00 sahaja. Woww tak!! Giler tak wowwww memang best betul la.


Innisfree - Green Tea Mint Fresh Shampoo | Kalau dah sebut green tea korang mesti tahu kebaikkan khasiat teh hijau bukan. Ok mama suka betul dengan shampoo ni rasa segar dan sejuk dari green tea itu sendiri. Shampoo ni best seller di website Althea.



Piolang - Raspberry Hair Vinegar | Memula mama agak pelik kenapa vinegar ni mesti untuk merawat rambut. Kalau vinegar ni kan cuka kompom akan bau cuka yang sangat kuat. Ok ni jangkaan mama salah sama sekali dengan produk ni. Mama dah guna selepas shampoo dan mama tak bau langsung cuka raspberry yang kuat cuma mama bau haruman buah raspberry yang wangi. Raspberry Hair Vinegar ini bantu control permukaan kulit rambut dari berminyak dan rambut yang bercabang berkurangan.



Merit - Perfumegraphy Leave On Treatment | Ok produk ni mama suka akan wangian dia. Dah kenapa suka hehehe sebabnya produk ni macam perfume untuk rambut. Hahaha pelik kan tapi percayalah wangi betul kalau sapu pada rambut selepas mandi. Khasiat perfumegraphy ini daripada buah avocado, minyak bunga matahari, grape seed oil dan lain-lain lagi.



Kokostar - GGongJi Hair Pack | Yang ni memula mama ingatkan face mask hahaha.. tapiiii ini mask untuk rambut la. Heheheh comel betul treatment untuk rambut kan. Hair pack ni pakai pada rambut macam ikat tocang gitu. Biarkan selama setengah jam atau 1 jam untuk mendapatkan rawatan rambut yang menawan kerana hair pack ini sangat kaya dengan protein dan acid amino.



Rire - Scalp Scaling Program | Scalp scaling program ni merupakan satu rawatan yang mudah untuk kegunaan di rumah. Bagi wanita yang ada masalah kelumumur di sarankan gosok dengan scalp scaling ini di permukaan kulit kepala. Yang menariknya permukaan botol ini ada 3 scalp massage balls untuk sapu pada atas permukaan kepala kita.



Hello Everybody - Biotin Hair Oil | Minyak ini berfungsi untuk mengelakkan rambut terkena pada sinaran UV dan membuatkan rambut sentiasa bersinar. Penggunaannya sangat mudah pump minyak Biotin ini ke atas tapak tangan dan usap dan urut pada rambut secara perlahan untuk mendapatkan nutrien dari minyak tersebut.


Missha - Senseful Lady Hair Mist_Sensual Musk | Untuk rawatan yang terakhir dengan hair mist dari wangian sensual mask bagi selepas dandanan rambut yang terakhir agar rambut sentiasa terletak dengan cantik. Spray rambut dengan jarak 10 - 15 cm kemudian gunakan tangan atau berus pada rambut anda.



Kalau korang nak dapatkan box Althea ini boleh dapatkan setiap pembelian di website Althea kerana setiap barangan yang korang beli, mereka akan packing cantik-cantik ke dalam kotak ini. Pada setiap perayaan kotak Althea akan bertukar wajah. Jadi korang kena rajin tengok di website Althea ya. 

Untuk set ini korang boleh tengok promosi di SINI. Lepas ni korang kena sentiasa tengok promosi dari Althea kerana pelbagai promosi yang menarik untuk korang dapat di Althea Korea. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari :-

Website : http://my.althea.kr
Facebook : www.facebook.com/altheakorea
Instagram : www.instagram.com/altheakorea


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook