Lunavie

Lunavie Breast Thermo Pad | Terapi Untuk Ibu Menyusu

9:15 AM

Benda yang paling mama risau semasa mama dalam tempoh penyusuan anak adalah bengkak susu. Allah sakit ya amat tau kalau bengkak sampai berketul-ketul nak buat kerja apa pun tak boleh. Ibu-ibu yang pernah kena bengkak susu mesti setuju dengan mama kan. Kalau mama bengkak susu mesti mama akan tuam dan cuba perah tapiiiii kalau dah bengkak cuba lah perah memang tak keluar punya lah. Derita beb derita!!! Hahahah


Ehh sekarang ni ada lagi mudah moden untuk melegakan bengkak susu ni sebenarnya. Kiranya kita tak payah la guna cara biasa tu kita guna jer Breast Thermo Pad dari Lunavie ni. Modern la sikit khennn. Lunavie Breast Thermo Pad ini mempunyai 2 fungsi iaitu kegunaan untuk pemanasan dan penyejukkan. Thermo pad ini direka bentuk 3D donut berbentuk pek sejuk / suam dan mempunyai lubang di tengahnya bagi memudahkan para ibu gunakan pada bahagian breast mereka. Thermo pad ini sangat lembut dan fleksibel serta gel pack ini non toxic, hypoallergenic dan selamat digunakan.


Kegunaan pemanasan - Untuk merangsangkan pengeluaran susu serta melancarkan aliran susu. Penggunaannya sangat mudah sahaja hanya rendamkan thermo pad ini ke dalam mangkuk yang berisi air panas selama 10 minit, kemudian rasa suhu kepanasan dengan tapak tangan dan lapik dengan sehelai kain nipis sebelum letakkan thermo pad ini pada breast anda.

Kegunaan penyejukkan - Untuk melegakan sakit dan bengkak susu. Bagi kaedah penyejukkan korang hanya simpan thermo pad ini ke dalam peti sejuk kemudian boleh tekapkan pada breast untuk melegakan sakit dan bengkak susu. Dengan cara begini dapat meredakan serta memberi ketenangan kepada ibu menyusu.

Kelebihan Lunavie Breast Thermo Pad boleh digunakan untuk :
  • Membantu merangsang pengeluaran susu
  • Mengurangkan bengkak susu
  • Melegakan sakit kepala
  • Mengurangkan bengkak pada tempat lain
  • Melegakan sakit gigi
  • Menurunkan suhu badan yang panas
  • Mengurangkan kegatalan
Bagi yang ingin dapatkan Lunavie Breast Thermo Pad ini untuk kegunaan harian boleh dapatkan dengan harga yang cukup murah iaitu RM21.00 sahaja. Ia boleh dijadikan sebagai terapi bagi ibu menyusu serta sangat sesuai digunakan untuk seisi keluarga.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :

Website : www.lunavie.com
Instagram : @lunavie_com


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook