Product Review

Romano Memberi Keyakinan Kepada Lelaki Urban

10:53 AM

ROMANO | Keyakinan untuk lelaki urban. Romano jenama yang tidak asing lagi yang sangat terkenal di Malaysia khas buat lelaki yang memerlukan ketangkasan dalam bertindak apa jua kerja mereka lakukan. Dengan adanya semburan deodoran mereka lebih maskulin berpanjangan kerana dapat perlindungan dan kesegaran maksimum pada setiap hari. 


Justeru itu, Romano telah memperkenalkan Semburan Deodoran ROMANO dengan wangian maskulin dan diformulasi cepat kering yang memberikan kesegaran 24 jam serta mendapat perlindungan kepada lelaki yang memerlukan sofistikasi dan keyakinan kepada mereka untuk melakukan rutin harian. Dengan kandungan antibakteria, ia melindungi daripada bakteria dan menghalang pembentukan bau badan yang mampu menggugat keyakinan diri.


Semburan Deodoran ROMANO kini lebih berkesan kerana tahap kekuatan harumannya didatangi dalam empat jenis wangian mengikut kesusaian gaya lelaki. Ia sekaligus memastikan semburan dapat bertahan lama dan membolehkan si pemakai berbau harum serta segar sepanjang hari. 


ROMANO Classic - wangian daripada Woody iaitu hasil adunan minyak daripada pokok nilam dan cendana. Esen tumbuhan aromatiknya pula memberikan kesegaran dengan adunan Citrus serta spices. Kehangatan esen-esen membentuk wangian ini versatil. Ia dicipta untuk lelaki perkasa moden dengan tarikan yang terpesona.


ROMANO Prestige - campuran Black Pepper dengan Citrus yang dijalinkan bersama kemewahan Lavender dan Sage serta didasari bauan Amber Woody menjadi tarikan utama dalam haruman ini. Ia berbau akuatik yang sangat menggoda dan menjadikan ia wangian sangat mewah kepada lelaki sofistikated.


ROMANO Urbane Attitude - kesegaran haruman Fougere daripada Lavender bersama percikan Bergamot serta perahan lemon. Esen buah-buahan eksotik seperti Nanas dan Cassis menambah sentuhan berkarisma manakala esen sensual kasturi dan Woody menyepurnakan haruman ini. Sangat sesuai untuk lelaki urban yang bergaya dengan personaliti yang menyerlah.


ROMANO Metro Pulse - Dengan adunan citrus dan aqueous yang menyegarkan serta dicampur bersama pudina dan sage yang menyamankan dan diakhiri dengan kehangatan woody. Haruman ini sempurna untuk lelaki urban yang bersemangat tinggi dan menyegarkan dan provoaktif.


Dengan adanya Semburan Deodoran Romano yang hebat ini membuatkan en papa lebih berkeyakinan diri serta segar sepanjang hari. Oleh itu, en papa dapat perlindungan yang sangat hebat dari semburan deodoran Romano ini agar en papa rasakan diri beliau maskulin, perkasa dan urban dengan haruman Romano baru ini.

ROMANO Deodoran Spray 150 ml ini dijual pada harga RM14.90 dan boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terkemuka seluruh Malaysia.


Love,
/>

You Might Also Like

0 Comments

Like us on Facebook